Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping CBE (nama Cina : 楊肅斌; pinyin: Yáng Sùbīn, lahir 23 Ogos 1954) ialah seorang ahli perniagaan Malaysia, dan anak sulung kepada billionair Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (Hons.) di dalam kejuruteraan am dari Universiti Kingston, United Kingdom pada tahun 1978.

Tan Sri (Dr)

Francis Yeoh Sock Ping

CBE, FICE
Pengarah Urusan YTL Corporation
Memegang jawatan
1988
Butiran peribadi
Lahir (1954-08-23) 23 Ogos 1954 (umur 69)
Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganMendiang Puan Sri Paduka Rosaline Yeoh
Anak-anakRuth Yeoh
Jacob Yeoh
Joseph Yeoh
Joshua Yeoh
Rebekah Yeoh
Alma materKingston University
University of Nottingham
ProfesionAhli perniagaan
Francis Yeoh ialah seorang personaliti perniagaan di Malaysia.

Francis mendapat pendidikan menengahnya di Victoria Institution di Kuala Lumpur, Malaysia di mana beliau pernah menjadi Ketua Pelajar. Beliau telah menjadi Pengurus Besar kepada Syarikat YTL Corporation pada tahun 1988. Di bawah kelolaannya, Kumpulan YTL telah membesar daripada satu senarai tunggal pada tahun 1985 kepada satu kuasa yang mengandungi lima syarikat disenaraikan dan beliau menjadi konglomerat terbesar di Malaysia.

Pendidikan sunting

Yeoh mempunyai pendidikan sekolah menengah di Institusi Victoria di Kuala Lumpur, di mana beliau ialah pengawas sekolah. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Awam dari Politeknik Kingston (kini Universiti Kingston, United Kingdom) pada tahun 1978. Beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat dari alma maternya, Universiti Kingston pada Februari 2014. Pada Julai 2014 beliau menerima ijazah kehormat dari Universiti Nottingham, England. Beliau ialah Felo Institusi Jurutera Awam.

Anugerah sunting

Pada 16 Januari 2003, beliau telah dianugerahkan Ernst & Young Master Entrepreneur of the Year Award Malaysia yang pertama pada tahun 2002 sebagai tanda menghargai kepintarannya di dalam bidang keusahawanan.

Beliau telah dianugerahkan BusinessWeek's "25 Stars of Asia 2003" pada 6 November 2003 diHong Kong; dan diletakkan pada kedudukan 21 oleh Fortune Magazine Asia 25 Personaliti Paling Berkuasa pada 9 Ogos 2004.

Pada 2006, beliau telah dianugerahkan Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE) oleh Ratu Elizabeth II kerana usahanya yang dermawan.

Kehidupan peribadi sunting

Francis telah berkahwin dengan Rosaline Yeoh (meninggal pada 5 Ogos 2006) pada tahun 1982,[1] dan mereka mempunyai lima anak. Adik beradiknya tinggal di Malaysia dan menjadi pengarah di dalam YTL Corporation.[2] Pada tahun 2017, Yeoh menyumbangkan RM 8 juta untuk amal bagi menghargai bapanya Tan Sri Yeoh Tiong Lay. [3]

Rujukan sunting

  1. ^ Interview with GoodTV - 打造神國企業 - 楊肅斌, Video di YouTube
  2. ^ "Francis Yeoh recounts an enriching, humbling experience". The Edge Markets. 2017-06-12. Dicapai pada 2018-11-01.
  3. ^ "Yeoh family donates RM8mil to charity - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-11-08.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting