Dato’ Luciana Francissca Lucian Gabriel Peter atau lebih dikenali sebagai dengan panggilan Fran (dilahirkan pada 6 September 1961 di Klang, Selangor) ialah seorang penyanyi dan penggubah lagu di Malaysia. Beliau mempunyai lebih daripada 20 buah lagu popular dan telah dianugerahkan "Vokal Wanita Terbaik" sebanyak lima tahun berturut-turut pada pertengahan tahun 1980-an. Selain itu, beliau pernah menjadi duta untuk "World Vision Malaysia" sejak tahun 2004.

Yang Hormat Dato'
Francissca Peter
DIMP
Nama lahirLuciana Francissca Lucian Gabriel Peter
Kelahiran (1961-09-06) 6 September 1961 (umur 62)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, dance, jaz, balada
PekerjaanPenyanyi, komposer, penerbit, pencipta lirik, pengajar vokal
InstrumenVokal
Tahun aktif1982–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Scat Records
Millenium Art Sdn. Bhd.
Inderoc Records USA
EMI Records
Pengkarya berkait
Royston Sta Maria, Jamal Abdillah, VE, Julfekar

Di samping itu, beliau juga dikenali sebagai seorang guru vokal yang mendapat peranan juri untuk beberapa pertandingan nyanyian. Beliau juga mengadakan kelas tarian, kelas mencipta lagu, serta mengendalikan beberapa bengkel motivasi tentang pengurusan artis dan pengurusan vokal. Fran juga dikenali sebagai "The Fundraising Queen" kerana beliau banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan masyarakat.

Kehidupan awal sunting

Fran merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau memulakan persekolahan di Tarcisian Convent dan The Holy Infant Jesus (Main Convent) di Ipoh, Perak. Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Sultan Alam Shah di Petaling Jaya dan seterusnya di Sekolah Kebangsaan Selayang, Selangor. Setelah tamat sekolah menengah, beliau mengambil kelas menaip dan mula bekerja sebagai wakil jualan dan seterusnya menjadi pembantu pegawai perhubungan awam (PRO) di sebuah kilang batik yang terkenal.

Roy & Fran sunting

Beliau mencipta nama pada tahun 1982 bersama Royston Sta Maria melalui lagu duet "Siapa Dia Sebelum Daku", disusuli oleh lagu "Bersama Pertemuan Ini" pada tahun 1983.

Pada tahun 1984, Francissca Peter mula menyanyi secara solo dan mengeluarkan album "Komputer Muzik" pada tahun 1984, diikuti dengan lagu "Sekadar Di Pinggiran" pada tahun 1986. Lagu lagu yang menaikkan nama Fran ke dunia seni hiburan tanah air ialah Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang, Kerna Terpaksa, Diri Ku Terbelenggu dan banyak lagi. Artis pertama di Malaysia menang di Asean Song Festival. Artis pertama Malaysia di jemput merakam di America Syarikat berduet bersama Jazz saxophonist Cal Bennett.

Francissca Peter telah mengambil masa di tengah kerjayanya untuk mendalami bidang nyanyian di Amerika Syarikat dan juga di Eropah, China dan Hong Kong di merata rata tempat mulai daripada tahun akhir 1986. Francissca juga adalah Duta untuk Oganasasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia (International Aid Organisation World Vision) selama 6 tahun 2006-2011.

Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter sunting

Pada 4, 5, dan 6 Februari 2011, Fran telah mengadakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Panggung Sari, Istana Budaya menjadi artis bukan melayu pertama membuat Konsert di Istana Budaya sempena 33 tahun pembabitannya dalam industri muzik Malaysia. Menyampaikan 33 lagu, Persembahannya diiringi 33 orang pemuzik yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Datuk Haji Ramli MS. Rakan duetnya, Royston Sta Maria turut diterbangkan khas dari Perth Australia untuk berpadu suara menerusi lagu berjudul , Tak Kenal Maka Tak Cinta, Siapa Dia Sebelum Daku dan Bersama Pertemuan Ini.

Ketika konsert prebiu untuk media yang dibuat sehari sebelum konsert sebenar, Fran yang selama ini bijak menyimpan rahsia peribadi beliau, telah mengumumkan perpisahan beliau dengan suami sejurus sebelum mendendangkan lagu "Aku Kehilanganmu".

Wanita yang paling berinspirasi di Malaysia sunting

Pada 8 Mac 2011, Fran telah dipilih sebagai salah satu daripada wanita-wanita yang paling berinspirasi di Malaysia.[perlu rujukan] Lagu "Tomorrow" dan "It Starts with Me" telah dipilih oleh The International Aid Organisation World Vision pada tahun 2012 untuk mempromosikan biasiswa kanak-kanak menerusi saluran TVB Hong Kong. Lagu tersebut ditulis oleh Fran dan Bibiana Peter.[1]

Keluarga dan perkahwinan sunting

Bapanya, Lucian Gabriel Peter atau nama islamnya, Muhammad Gabriel Peter Abdullah telah meninggal dunia pada 12 April 2011 di Dungun, Terengganu pada usia 78 tahun. Bapanya pernah berkhidmat dalam Tentera British dan mengajar askar-askar Britain mengenai tatabahasa dan ejaan bahasa Inggeris. Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, bapanya menjadi salah satu wartawan pertama untuk Reuters International di Malaysia. Kemudian, bapanya bekerja sebagai penyunting di Bernama, New Straits Times, dan Straits Echo. Sebuah buku yang ditulis bapanya berjudul The Phantom Doctors.[perlu rujukan]

Fran telah mendirikan rumah tangga pada 1993. Namun, rumahtangga Fran tidak kekal lama apabila beliau mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami pada penghujung tahun 2009 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Diskografi sunting

Album duet bersama Royston Sta Maria sunting

Album studio sunting

Album kompilasi sunting

  • Suara Rindu (1991)
  • Siri Legenda (1994)
  • 10 Tahun Gemilang (1996)
  • Alunan Mesra (1999)
  • Every Journey Travelled (2000)
  • A Christmas Gift (2002)
  • Dulu, Kini dan Selamanya (2007)
  • Memori Hit - Roy & Fran (2007)
  • Berlian (2008)
  • Nostalgia Abadi (2009)
  • Memori Hit Francissca Peter (2009)
  • Cinta 101 (2010)
  • Keunggulan (2010)
  • Sukma Rindu (2010)
  • Kenangan Abadi (2011)
  • DIA - kompilasi bersama Fauziah Latiff (2011)
  • Francissca Peter & Friends – The Love & Hope Album (2012)

Francissca:30 Tahun Gemilang (2013)

Single sunting

  • "To Know Malaysia Is To Love Malaysia" (Carol O Connors - untuk Pelancongan Malaysia)
  • "Reach For The Sky" (Goh Boon Ho)
  • "Setia" (Lagu Kebangsaan Ke-2 RTM)
  • "Your Love" (Michael Winans, AS)
  • "You Are" (Brian Simpson, AS)
  • "Liberian Girl" (Berduet bersama Jazz Saxophonist Cal Bennett, AS dalam albumnya, "Local Hero")
  • "I Love You Still" (Manan Ngah)
  • "I’m On The Air Again" (Manan Ngah)
  • "Janji Kekasih" (Fauzi Marzuki)
  • "Begitulah Aku" (Manan Ngah)
  • "Tomorrow" (Lagu tema untuk The International Aid Organisation World Vision Malaysia)
  • "The Power Of We"
  • "Tiada Gementar Lagi" (2011)
  • "It Starts With Me" (Lagu tema untuk World Vision Malaysia 15th Anniversary 2011)
  • "Maaf Ku Pinta" (2023)

Pencapaian sunting

Sejak dari tahun 1984 lagi, Fran telah banyak kali dinobatkan sebagai Penyanyi Terbaik melalui undian dibuat di suratkhabar berbahasa inggeris dan berbahasa melayu. Ketika itu undian cuma dibuat melalui kad yang diberi oleh syarikat rakaman dan akan dihantar oleh peminat-peminat ke pihak yang menganjurkan Festival/Anugerah tersebut.

Penghargaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Francissca Peter (2011). Francissca Peter 'It Starts With Me' (World Vision Theme Song 2011) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ DUA KSU dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang

[1]

Pautan luar sunting