Franz Kafka (3 Julai 1883 – 3 Jun 1924) merupakan penulis novel negara Jerman abad ke-20. Beliau merupakan seorang Yahudi yang lahir di Praha. Novelnya banyak memainkan perasaan dan mempunyai kelainan tersendiri serta banyak yang tidak lengkap.

Franz Kafka
Lahir3 Julai, 1883
Austria-Hungary Praha, Austria-Hungary (kini di Republik Czech)
Meninggal dunia3 Jun 1924(1924-06-03) (umur 40)
Austria Kierling berdekaran Vienna, Austria
Pekerjaanpegawai insurans, pengurus kilang, penulis novel dan cerpen
WarganegaraAshkenazi Jewish-Bohemian (Austria-Hungary)
Genrenovel, cerita pendek
Pergerakan sasteramodernisme, eksistensialisme, surrealisme, duluan realisme
Kafka ketika umur 5 tahun

Antara karya Kafka ialah Das Urteil (1913, "Juluman"), In der Strafkolonie (1920, "Dalam Koloni Tahanan"); novella Die Verwandlung ("Metamorfosis"); novel tak siap Der Prozess ("The Trial") and Das Schlos ("Istana") . Novel-novel ini berunsur janggal, surealis, dan tampak mengarut - pengkritik sastera memanggil unsur yang dikongsi dalam karya-karya ini sebagai "keKafkaan" (kafkaesque).

Keluarga sunting

Kafka dari keluarga Yahudi pertengahan di Praha, ibu kota Bohemia. Bapanya Hermann Kafka ( 1852- 1931) digambarkan ahli perniagaan yang lokek dan sombong. Kafka terasa amat dikongkong oleh bapanya dan hasil dari tekanan hidup itu, Kafka telah menghasilkan beberapa novel yang menderita 'tekanan jiwa'.

Kafka adalah anak sulung daripada enam adik-beradik.Mereka sekeluarga hidup miskin dan terpaksa bekerja 12 jam sehari.

Pendidikan sunting

Kafka fasih bahasa Jerman dan bahasa Czechoslovakia. Seterusnya beliau mahir bahasa dan budaya Perancis . Antara penulis yang diminatinya ialah Flaubert.Beliau menerima pendidikan rendah di di Fleischmarkt . Bapanya sesekali sahaja membawa beliau ke sinagog ( kuil Yahudi), oleh itu pengetahuannya tentang agama Yahudi agak terhad.

Kafka belajar di Universiti Charles-Ferdinand Jerman di Prague dalam bidang kimia.Tetapi bertukar kepada jurusan undang-undang. Di universiti menyertai kelab Lese- und Redehalle der Deutschen Studenten - aktif dalam bidang kesusasteraan, membaca dan lain-lain aktiviti.

Kafka mendapat ijazah kedoktoran pada 18 Jun 1906 dan berkhidmat di mahkamah jenayah dan sivil.

Novel The Metamorphosis sunting

 
Kubur Franz Kafka di Prague-Žižkov
 
Patung gangsa Franz Kafka di Prague
 
Muzium Franz Kafka di Prague

.


Kafka pernah menerbitkan beberapa cerita pendek dan tak pernah menyiapkan novel-novelnya. Antara novel pendek beliau ialah The Metamorphosis.

Novel Metamorphosis mengisahkan tentang Gregor Samsa yang hidup bersama dengan ahli keluarga di sebuah apartmen . Pada suatu pagi ketika bangun , telah terkejut besar kerana mendapati dirinya telah menjadi seekor serangga besar dan aneh.

Gregor tidak segera berubah bentuk. Sebaliknya merayap di luar dalam hujan lebat. Dia terus mengembara dan mengembara di luar. Perubahan menjadi serangga merupakan hukuman di atas kejahatan-kejahatan yang dlakukan pada masa lalu. Amat terasa sekali perbezaan antara mimpi-mimpi dengan kehidupan sebenar. Novel ini merupakan tafsiran tentang realiti kehidupan hasil tekanan dan kongkongan bapanya.

Rujukan sunting