Fred Harman (9 Februari 1902 - 2 Januari 1982) terkenal sebagai pelukis Red Ryder, "koboi pejuang terkemuka di Amerika."

Fail:Fhroping.jpg
Roping, lukisan oleh Fred Harman

Harman berusia dua bulan apabila keluarganya berpindah dari St. Joseph, Missouri, ke Pagosa Springs, Colorado, di mana beliau membesar bersama gaya hidup berkuda dan menternak. Ketika bekerja sebagai pembantu pemberita akhbar The Kansas City Star, beliau bergaul dengan para pelukis yang bekerja untuk akhbar tersebut.

Ketika berusia 20 tahun, beliau mula melukis kartun dan iklan di syarikat Kansas City Filmad Co., di mana beliau bertemu dengan Walt Disney. Mereka bersekutu untuk masa yang singkat di Bandaraya Kansas; setelah Disney menuju ke Hollywood, Harman juga mengikutinya. Di Pantai Barat, Harman menyunting, mengilustrasi dan menerbitkan majalah Western yang lingkup selepas hanya mengeluarkan tiga isu.

Red Ryder sunting

Ketika mengusahakan komik Bronc Peeler, Harman cuba mensindiketkan komik itu sendiri dengan kunjung-mengunjungi pejabat akhbar di Pantai Barat. Pada tahun 1938, beliau menemui kejayaan setelah berjumpa dengan usahawan perdagangan Stephen Slesinger. Harman bekerja bersama Slesinger selama setahun untuk membangunkan Red Ryder. Slesinger menjual komik tersebut kepada NEA lalu memulakan kempen pembarangan dan pelesenan intensif dengan barisan buku komik, Big Little Books, novel, bab-bab bersiri, drama radio dan barang-barangan yang seolah-olah tidak berkesudahan.

National Cowboy Hall of Fame sunting

Setelah Harman bersara dari komik pada tahun 1964, beliau beralih kepada bidang seni lukis di studionya di Albuquerque. Beliau adalah salah seorang daripada ahli-ahli terulung Cowboy Artists of America pada tahun 1965, di samping Joe Beeler, Charlie Dye, John Hampton dan George Phippen. Karya lukisan Harman disertakan dalam pameran tahunan pertama Cowboy Artists of America pada 9 September 1966 di National Cowboy Hall of Fame di Bandaraya Oklahoma.

Antara kehormatan yang diterima oleh Harman adalah menjadi salah satu daripada 75 orang berkulit putih yang diterima masuk dalam Bangsa Navajo. Beliau meninggal dunia di Phoenix, Arizona, pada tahun 1982.

Antara tinggalan beliau termasuk acara Red Ryder Round-up yang diadakan pada hujung minggu Hari Kemerdekaan AS (4 Julai) di Pagosa Springs, Colorado, di mana terletaknya Muzium Seni Fred Harman.

Pautan luar sunting