Freundel Jerome Stuart (lahir c. 1951) merupakan Perdana Menteri Barbados yang ketujuh.[1][2] Beliau mengambil alih jawatan David Thompson yang meninggal dunia akibat barah pankreas pada 23 Oktober 2010.[3][4] Beliau merupakan ahli Parti Buruh Demokratik (DLP).


Freundel Stuart

Perdana Menteri Barbados
Memegang jawatan
23 Oktober 2010
RajaElizabeth II
Gabenor JeneralClifford Husbands
Didahului olehDavid Thompson
Butiran peribadi
Lahir1951?
Saint Philip, Barbados
Parti politikParti Buruh Demokratik
Alma materUniversiti Hindia Barat
ProfesionPeguam

Biografi sunting

Kehidupan dan kerjaya awal sunting

Stewart lahir di Saint Philip, Barbados.[5] Beliau merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan yang mengkaji sosiologi di kampus Universiti Hindia Barat di Cave Hill Campus di Barbados.[6]

Beliau sendiri juga merupakan lepasan Universiti Hindia Barat yang memegang ijazah sains politik dan undang-undang.[6] Beliau merupakan seorang peguam yang berpraktikkan undang-undang jenayah dan korporat.[6]

Kerjaya politik sunting

Freundel Stuart merupakan seorang penyokong setia Parti Buruh Demokratik yang pernah berkhidmat sebagai Presiden parti. Beliau mewakili kawasan parlimen St. Michael South.

Perdana Menteri sunting

Stuart bertugas sebagai pemangku Perdana Menteri Barbados sejak Mei 2010 apabila David Thompson uzur akibat barah pankreas.[6] Thompson meninggal dunia akibat penyakit itu pada 23 Oktober 2010.[5] Para pemimpin Parti Buruh Demokratik mengadakan mesyuarat gempar di ibu pejabat parti di George Street, Bridgetown pada pagi hari pemergian Thompson, untuk melantik Stewart sebagai Perdana Menteri.[5]

Freundel Stewart mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Barbados yang ketujuh pada 23 Oktober 2010, di hadapan Gabenor Jeneral Clifford Husbands.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Staff writers (23 Oktober 2010). "Breaking News: Cabinet members to be re-confirmed this afternoon". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Staff writer (23 October 2010). "Stuart sworn in Prime Minister". Nation Newspaper (dalam bahasa English). Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  3. ^ Staff writer. "Urgent Barbados Death: Barbados Prime Minister David Thompson is dead" (dalam bahasa English). Caribbean News Agency (CANA). Dicapai pada 23 October 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "New Barbados PM to be sworn in". RJR News. 23 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 23 October 2010.
  5. ^ a b c d "Barbados' Seventh PM". Trinidad & Tobago's Newsday. 2010-10-25. Dicapai pada 2010-10-25.
  6. ^ a b c d "Meet Barbados' New Prime Minister". CaribWorldNews. 2010-10-23. Dicapai pada 2010-10-25.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
David Thompson
Perdana Menteri Barbados
2010–kini
Pemegang jawatan kini