Friedrich Carl Krupp (Essen, 17 Julai 1787 – Essen, 8 Oktober 1826)[1] ialah seorang pengeluar baja dan pengasas perniagaan keluarga Krupp, yang kini telah digabung sebagai ThyssenKrupp AG.

Batu nisan Friedrich Krupp dan isterinya, Therese Johane Helene Wilhelmi di Friedhof Bredeney, Essen

Biografi sunting

Selepas kematian bapanya, beliau tinggal bersama neneknya, yang pada tahun 1800 membeli Sterkrade Works. Di syarikat tersebut, Friedrich membuat baja cetak, yang pada ketika itu proses pembuatannya masih dirahsiakan di England.[2] Bersama Gottlob Jacobs, seorang jurutera, Krupp mengadakan eksperimen pertamanya di Sterkrade Works, dan setelah menjual kilang tersebut pada tahun 1808, beliau tetap meneruskan eksperimennya di Essen. Pada tahun 1810, beliau menubuhkan kilang penempaan baja kecil di dekat Essen, dan pada tahun 1815 mengadakan kerjasama dengan Friedrich Nicolai untuk menghasilkan baja cetak, sebuah produk yang ternyata sesuai untuk menjadi bahan pembuatan beberapa alat, seperti besi acuan, setem untuk butang, dll.[3] Biarpun begitu, permintaan yang ada pada masa itu masih belum cukup untuk menutup biaya operasi kilang, sehingga 1820, Krupp harus menjual rumahnya dan pindah ke sebuah pondok buruh berdekatan kilagnya. Pondok ini tetap dipertahankan di tengah perniagaan Krupp yang semakin berkembang. Tidak lama sebelum meninggal, beliau menceritakan rahsia untuk membuat baja cetak kepada anaknya, Alfred yang kemudian berjaya dalam mengembangkan perniagaan keluarga Krupp.

Rujukan sunting

  1. ^ Friedrich Carl Georg Müller, Felix Schmidt (1898). "Krupp's Steel Works" (dalam bahasa English). W. Heinemann. Dicapai pada 24 October 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Friedrich Krupp, Therese Krupp". thyssenkrupp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 October 2017.
  3. ^ "Krupp AG | German company". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 24 October 2017. In 1811 Friedrich Krupp and two partners founded in Essen a plant to produce English cast steel and related products, called a Gussstahlfabrik (cast-steel factory).

Catatan sunting