Dalam mitos Cina, Fu Xi atau Fu Hsi; juga dikenali sebaga Paoxi, merupakan yang pertama daripada Tiga Tokoh Mulia (三皇 sānhuáng) di negara China purba. Beliau ialah seorang wira budaya yang dipercayai merupakan pencipta penulisan, perikanan, dan pemerangkapan haiwan. Bagaimanapun, Cangjie juga dipercayai sebagai pencipta tulisan.

Fu Xi

Bahasa Cina:
Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional: 庖犧
Tulisan Ringkas: 庖牺

Kehidupan awal sunting

Fu Xi lahir di hulu bawah Sungai Kuning, di suatu tempat yang dipanggil Chengji (mungkin Lantian, Shaanxi atau Tianshui, Gansu pada masa kini).[1]

Legenda penciptaan sunting

Menurut legenda, bumi dilanda banjir yang teramat besar sampai hanya Fu Xi dan adindanya Nüwa terselamat. Mereka melarikan diri ke Gunung Kunlun, di mana mereka berdoa agar diberi petunjuk daripada Maharaja Syurga. Setelah mendapat restu, pasangan saudara-saudari itu mula mencipta kaum manusia. Untuk mempercepat proses penciptaan itu, Fu Xi dan Nüwa menggunakan tanah liat untuk membuat bentuk manusia. Dengan kuasa kedewaan yang diamanahkan kepada mereka, mereka berdua menghidupkan hasil tanah liat itu.[1] Kemudian, Fu Xi pun memerintah keturunan-keturunannya. Tempoh pemerintahan Fu Xi didapati daripada sumber yang saling bercanggah, iaitu selama 115 tahun (2852–2737 SM) atau 116 tahun (2952–2836 SM).

Kematian sunting

Fu Xi hidup selama 197 tahun dan mangkat di sebuah tempat yang dipanggil negeri Chen (kini Huaiyang,Henan), di mana permakamannya masih boleh ditemui dan dikunjungi sebagai tarikan pelancong.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Worshiping the Three Sage Kings and Five Virtuous Emperors - The Imperial Temple of Emperors of Successive Dynasties in Beijing. Beijing: Foreign Language Press. 2007. ISBN 978-7-119-04635-8. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
Fu Xi
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Suiren
Maharaja Mitos China
c 2800 – 2737 SM
Diikuti oleh:
Shennong