Fundamentalisme Islam


Fundamentalisme Islam (Arab: usuliyah, "dasar" atau "asas") ialah istilah yang digunakan Barat untuk memerikan ideologi keagamaan yang dilihat menyeru pengembalian kepada "dasar" Islam: al-Quran dan Sunnah. Takrifan istilah ini berbeza-beza. Ia dianggap bermasalah bagi mereka yang menganggap kepercayaan Islam menghendaki semua Muslim menjadi fundamentalis,[1] manakala yang lain melihatnya sebagai istilah yang digunakan orang luar untuk memerikan arah aliran yang dilihat dalam Islam.[2] Contoh tokoh fundamentalisme Islam yang juga disebut sebagai Islamis adalah Sayyid Qutb dan Abul Ala Mawdudi.[3] Namun ramai juga yang tidak setuju dengan istilah ini. Ahli ekonomi Eli Berman dan tokoh antarabangsa Joey Kettel berhujah bahawa Islam radikal adalah nama yang lebih tepat bagi banyak gerakan pasca-1920-an bermula daripada Ikhwan Muslimin, kerana gerakan-gerakan ini dilihat mengamalkan "faham pelampau yang tidak pernah berlaku dahulu", jadi tidak layak digelar kembali ke asas bersejarah.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Bernard, Lewis, Islam and the West, New York : Oxford University Press, 1993.
  2. ^ " 'The Green Peril': Creating the Islamic Fundamentalist Threat," Leon T. Hadar, Policy Analysis, Cato Institute, 27 Ogos 1992.
  3. ^ Esposito, Voices of Resurgent Islam ISBN: 019503340X
  4. ^ Eli Berman, Hamas, Taliban and the Jewish Underground: An Economist’s View of Radical Religious Militias, UC San Diego National Bureau of Economic Research. Ogos 2005, m/s. 4

Pautan luar sunting