Gabungan Sabah Bersatu (GSB/USA) merupakan sebuah gabungan politik tidak rasmi yang menggabungkan parti tempatan di Sabah di Malaysia. Ia diasaskan bersama oleh Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) selepas SAPP meninggalkan gabungan Barisan Nasional. Parti Cinta Sabah (PCS) juga menyertai gabungan ini tetapi meninggalkannya pada tahun 2017 disebabkan perselisihan faham.[1] Kemudian, Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) mengikuti gabungan ini.[2][3]

Gabungan Sabah Bersatu
United Sabah Alliance
ݢ‬ابوڠن سابه
沙巴联合阵线
SingkatanGS
USA
PengerusiMohd Noor Mansoor
Timbalan PengerusiYong Teck Lee
Mohd. Arshad Mualap
SetiausahaEdward Dagul
Ditubuhkan21 November 2016
Didahului olehUnited Borneo Alliance (UBA)
Digantikan olehGabungan Bersatu Sabah (GBS)
Ibu pejabatKota Kinabalu, Sabah
Keanggotaan1.SAPP
2.STAR SABAH
3.PHRS
4.PCS
5. PKS
IdeologiNasionalisme
Tempatan Sabah
Liberalisme ekonomi
Warna     Hitam, merah, putih dan hijau
SloganPerpaduan Orang-Orang Sabah Untuk Sabah
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Gabungan Sabah Bersatu menjadi salah satu blok politik[4] dalam pilihan raya umum 2018 menentang Barisan Nasional dan gabungan Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2018, PHRS meninggalkan gabungan ini.[5][6]

Bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah pada September 2020, SAPP dan STAR menyertai gabungan politik tempatan baharu iaitu Gabungan Rakyat Sabah bersama-sama Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah yang asalnya dari Gabungan Bersatu Sabah, manakala dua parti lain iaitu PPRS dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bertanding secara sendirian[7]. Walaubagaimanapun, Parti Bersatu Rakyat Sabah telah kembali menjadi ahli Barisan Nasional pada September tahun 2020 yang membuatkan parti berkenaan diliputi oleh banyak khabar-khabar angin berbentuk kontroversi termasuk kontroversi pecah undi parti tempatan Sabah dan kontroversi pengerusi BN, Bung Mokhtar yang terselit dengan aktiviti rasuah. Pada tahun 2016, Khabar angin pernah mengatakan bahawa Parti Kerjasama Rakyat Sabah menyatakan hasrat menyertai gabungan tempatan GS, namun tiada pengesahan telah dibuat pada waktu itu.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Olivia Miwil (28 April 2017). "Parti Cinta Sabah opts out of United Sabah Alliance". New Straits Times. Dicapai pada 22 April 2018.
  2. ^ "Opposition parties form United Sabah Alliance". Daily Express. 10 March 2015. Dicapai pada 12 April 2018.
  3. ^ "Gabungan Sabah, perpaduan parti parti pembangkang tempatan yang dinantikan sekian lama" (dalam bahasa Malay). Sabah Progressive Party. 12 February 2018. Dicapai pada 12 April 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Poliana Ronnie Sidom (7 April 2018). "Gabungan Sabah tanding hampir semua kerusi Parlimen". BHarian. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Izyan Liyana Mohd. Darif (30 June 2018). "Harapan Rakyat umum keluar Gabungan Sabah" (dalam bahasa Malay). Kosmo!.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Parti Harapan Rakyat Sabah keluar Gabungan Sabah (1:21). Astro Awani. 30 Jun 2018. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  7. ^ Wartawan NSTP (12 September 2020). "PRN Sabah: 447 calon, 16 parti". HMetro. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)