Gadoh merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh Pusat Komas iaitu sebuah badan hak asasi manusia di Malaysia pada tahun 2009.Cerita filem ini berkisah tentang konflik yang berlaku antara pelbagai kaum dalam sebuah sekolah menengah.Untuk mengembalikan reputasi sokolah tersebut, seorang cikgu yan bernama Ann telah menjemput seorang ahli seni pentas yang bernama Azman untuk mengubahkan persepsi negative antara pelajar tersebut melalui latihan drama.[perlu rujukan]

Gadoh
Fail:Gadoh poster.gif
Poster Filem Gadoh
PengarahBrenda Danker
Namron
PenulisNamron
R. Cong
Dihasilkan olehAnna Har
DibintangiNamron sebagai Azman
Zahiril Adzim sebagai Khali)
Nicholas Liew Davis sebagai Ah Heng
Amerul Affendi sebagai Zahir
Zhao Yuk Hwa (nama traslate) sebagai Mr Chua
Maya Arissa Tan Abdullah sebagai Anne
Ryan Lee Bhaskaran sebagai Raj
Khairil Ridzuan Saharudin sebagai Jan
Intan Diyana Zainal Abidin sebagai Linda
Muhd Hilmi Che Azman sebagai Am
Ivan Chan Chee Pang sebagai Ah Foon
Cher Yew Kay sebagai Ah Seng
Yeo Keong Lee sebagai Lee Wei
SinematografiTayanithi a/l Ramanujem
Disunting olehNik Johan Nik Mohd. Noor
Muzik olehSavvy Ho
Nick Davies
Bo
Bin Jidan “Garisan Abstrak”
Diedarkan olehKomas
Tarikh tayangan
Tahun 2009
Masa tayangan
70 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Kantonis
Bahasa Inggeris

Mengikut penerbit serta watak utama dalam filem ini iaitu Namron, beliau berkata asal usul untuk membuat filem ini atas sebab pengalaman zaman sekolahnya yang tidak begitu harmoni antara pelbagai kaum. Malahan dalam sistem Pendidikan formal amat kurangnya ruangan untuk pelajar pelbagai kaum untuk berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa atau agamanya. Oleh itu, beliau berkerjasama dengan pengarah filem iaitu Brenda Danker untuk memperbincangkan  isu sensitif melalui cara seni dengan harapan agar dapat memperjelaskan sentime stereotaip yang berlaku dalam kehidupan harian. [1] [2]

Kisah sunting

Kisah bermula dengan pertengkahan yang berlaku antara Kalil (Zahiril Adzim) yang mengetui pelajar melayu dan Ah Heng (Nicholas Liew Davis ) yang mengetuai pelajar Cina dalam sebuah sekolah.Pengetua Mr Chua telah menerima pendapat Cikgu Ann (Maya Arissa Tan Abdullah) untuk membenarkan palajar yang terlibat menerima latihan pentas drama sebagai gantian hukuman. Ann menjemput rakan universitinya Azman (Namron) untuk menjadi pelatih kepada kumpulan pelajar tersebut, dengan niat supaya Azman dapat menyelesaikan masalah perkauman antara pelajar dengan caranya.Selain pelajar yang terlibat diwajibkan menyertai kelas drama tersebut, Raj yang sentiasa dibuli dan juga Linda yang tidak suka akan sistem pembelajaran sekolah juga menyertai kelas tersebut.Pada pemulaannya, para pelajar tidak mempercayai terhadap Azman namun sekian hari mereka mencapai persefahaman antara satu sama lain.Pelajar dalam kelas drama telah dapat menyingkirnya tanggapan negative dan diskriminasi mereka terhadap kaum lain dan Azman juga memikirkan kehidupan beliau pada masa depan dalam proses tersebut.

[3]

Isu larangan untuk ditayang sunting

Filem <Gadoh> telah ditayangkan secara umun bermula pada tahun 2009.Namun pada 31 Ogos 2010, sesi tayangan yang dianjurkan oleh badan masyarakat sivil iaitu LLG Foundation dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Melaka telah menyebabkan filem ini gagal untuk ditayangkan secara umum.Mengikut penganjur, alas an daripada polis adalah disebabkan filem ini mengancam ketenteraman masyarakat dan merosakkan hubungan persaudaraan antara kaum. [4] [5]

Pautan luaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris)"Gadoh Review". KLUE. 2009-06-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-16.
  2. ^ (Inggeris)Hari Azizan (2009-06-12). "Make art, not war". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-20.
  3. ^ (Cina)梁友瑄 (2010-10-11). "电影Gadoh的社会批判". 独立新闻在线. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-13.
  4. ^ (Cina)陈慧思 (2010-09-01). "政府独立日禁播独立电影,理由:危害国安破坏和谐". 独立新闻在线. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-13.
  5. ^ (Cina)王德齐 (2010-09-01). "否认Gadoh被禁使放映会流产,内政部反指影片尚未获准公映". 当今大马.