Gambang kromong (juga ditulis gambang keromong) adalah sejenis ensembel muzik yang menggabungkan gamelan dengan alat-alat muzik Cina seperti sukong, tehyan, dan kongahyan.[1] Sebutan gambang kromong diambil dari nama dua buah alat perkusi, yaitu gambang dan kromong. Awal mula terbentuknya gambang kromong tidak lepas daripada seorang pemimpin serta bangsawan tempatan Cina abad ke-18, Nie Hoe Kong.[2]

Alat-alat muzik gambang kromong

Alat muzik sunting

Papan pada gambang berjumlah 18 buah, dan biasanya terbuat dari kayu suangking, huru batu, manggarawan atau kayu jenis lain yang empuk bunyinya bila dipukul. Kromong biasanya dibuat dari gangsa atau besi, berjumlah 10 buah (sepuluh pencon). Tangga nada yang digunakan dalam gambang kromong ialah tangga nada pentatonik Cina,[1] yang sering disebut salendro Cina atau salendro mandalungan. Alat muzik pada gambang kromong terdiri atas gambang, kromong, gong, gendang, suling, kecrek, dan sukong, tehyan, atau kongahyan sebagai pembawa melodi.

Ensembel gambang kromong merupakan perpaduan yang serasi antara unsur-unsur peribumi dengan unsur Tionghoa. Secara tampak, unsur Cina tampak pada alat-alat muzik gesekan seperti sukong, tehyan, dan kongahyan. Perpaduan kedua-dua unsur kebudayaan tersebut tampak pada struktur lagu-lagunya.

Zaman moden sunting

Gambang kromong merupakan muzik Betawi yang paling merata penyebarannya di wilayah budayanya, baik di wilayah DKI Jakarta sendiri mahupun di daerah sekitarnya (Jabotabek). Jika terdapat lebih banyak penduduk peranakan Cina dalam masyarakat Betawi setempat, lebih banyak ensembel gambang kromong dapat ditemui. Di Jakarta Utara dan Jakarta Barat, misalnya, terdapat lebih banyak ensembel gambang kromong dibandingkan dengan di Jakarta Selatan dan Jakarta Timur.[3]

Kini, terdapat juga "gambang kromong kombinasi".[4] Gambang kromong kombinasi merujuk kepada ensembel gambang kromong yang turut disertai alat-alat muzik Barat modern seperti gitar, organ, saksofon, dram dan sebagainya, yang mengakibatkan terjadinya perubahan nada daripada laras pentatonik menjadi diatonik tanpa sebarang gangguan pada irama.[5] Hal tersebut tidak mengurangi pengkhususan suara gambang kromong sendiri, dan lagu-lagu yang dimainkan berlangsung secara wajar dan tidak dipaksakan.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Napsirudin dkk. Pelajaran Pendidikan Seni. 2003. Jakarta. Penerbit: Yudhistira
  2. ^ Situs Fauzi Bowo (diakses pada tanggal 25 Desember 2009)Templat:Pautan mati
  3. ^ Situs Strada (diakses pada tanggal 25 Desember 2009)Templat:Pautan mati
  4. ^ "Situs Pemerintah Kota Jakarta (diakses pada tanggal 25 Disember 2009)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-09. Dicapai pada 2009-12-24. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ a b Situs Pariwisata Jakarta (diakses pada tanggal 25 Desember 2009)