Gambus atau qanbūs (Arab: القنبوس ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yaman dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.

Lut qanbūs di Kunsthistorisches Museum, Vienna.

Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin, sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai majoriti masyarakat Muslim. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.

Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Nota sunting

  1. ^ The gambus (lutes) of the Malay world: its origins and significance in zapin Music, Larry Hilarian, Nanyang Technological University, Singapore, 06 Jul 2004

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Templat:ArabicInstruments

Pautan luar sunting