Garisan Artik (Jawi: ڬاريسن ارتيک) ialah salah satu daripada lima garis lintang utama yang menandai peta Bumi. Pada tahun 2012, Garisan Artik selari dengan latitud 66° 33′ 44″ (or 66.5622°) [1] di utara Khatulistiwa.

Peta dunia yang menandakan Garisan Artik dengan warna merah.
Peta Artik dengan Garisan Artik bertanda Biru.

Kawasan di utara Garisan Artik dipanggil Artik, sementara kawasan di selatannya dipanggil Zon Sederhana Utara. Garisan kutub yang seumpamanya di Hemisfera Selatan dipanggil Garisan Antartik.

Garisan Artik adalah garis lintang yang paling selatan di Hemisfera Utara di mana matahari boleh kekal di atas atau bawah kaki langit selama 24 jam (iaitu masing-masing pada solstis Jun dan solstis Disember). Di utara Garisan Artik, matahari berada di atas kaki langit selama 24 jam berturut-turut sekurang-kurangnya sekali dalam setahun (oleh itu tampak pada tengah malam), dan di bawah kaki langit selama 24 jam berturut-turut sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pada Garisan Artik itu sendiri, fenomena-fenomena itu berlaku tepat setahun sekali secara prinsip, iaitu masing-masing pada solstis Jun dan Disember.

Oleh itu, nampaknya Garisan Artik menandakan hujung selatan siang kutub (24-hour sunlit day, often referred to as the matahari tengah malam) dan malam kutub (24-hour sunless night) di hemisfera utara. Sebenarnya, disebabkan pembiasan atmosfera, logamaya dan rupa matahari sebagai cakera dan bukan titik, sedikit matahari tengah malam itu boleh kelihatan pada malam solstis Jun sehingga sekitar 50 (90 km (56 bt)) ke selatan Garisan Artik; begitu juga pada hari solstis Disember, sedikit matahari boleh kelihatan hingga 50′ di utara Garisan Artik. Itu benar di paras laut; had-had itu bertambah sejajar dengan ketinggian tanah dari paras laut, namun di kawasan bergunung lazimnya tidak boleh melihat kaki langit secara terus.

Kedudukan Garisan Artik tidak berkekalan di satu tempat. Ia secara langsung bergantung pada kecondongan paksi Bumi yang berubah-ubah dalam margin 2° selama 40,000 tahun,[2] terutama sekali disebabkan oleh daya pasang surut dari orbit Bulan. Garisan Artik kini sedang hanyut ke arah utara pada kelajuan sekitat 15 m (49 ka) setahun.

Rujukan sunting

  1. ^ obliquity of the ecliptic (Eps Mean)
  2. ^ "Arctic Circle". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-11. Dicapai pada 2013-01-25.

Pautan luar sunting