Garisan air atau garisan beban ialah satu garisan pada badan kapal yang menandakan paras timbul sesebuah kapal atau bot di permukaan air. Paras di garisan air dipengaruhi oleh suhu dan kemasinan air. Air suam atau panas dan air masin (air laut) mempunyai ketumpatan dan kadar keapungan yang lebih tinggi.

Tujuan utama garisan beban diperkenalkan ialah untuk memastikan kapal mempunyai lambung bebas dan keapungan yang mencukupi. Lambung bebas untuk sebuah kapal komersil dikira antara titik terendah pada sisi geladak kapal dan garisan air, dan nilainya mesti tidak kurang daripada paras lambung bebas yang ditanda pada sijil garisan beban yang dikeluarkan untuk kapal tersebut. Hampir semua kapal komersil,[1] ditanda dengan garisan beban pada kedua-dua belah peminggang kapal.

Garisan ini yang juga dikenali sebagai garisan beban antarabangsa atau garisan Plimsoll, juga menunjukkan drauf maksimum yang selamat dan lambung bebas minimum untuk kapal dalam pelbagai keadaan operasi.[2]

Sejarah sunting

Peraturan rasmi pertama berkaitan pemuatan kapal terdapat dalam undang-undang maritim kerajaan Crete, pada tahun 2500 SM. Melalui peraturan ini, kapal-kapal diwajibkan lulus pemeriksaan ke atas pemuatan dan penyelenggaran. Peraturan yang sama juga terdapat dalam undang-undang laut kerajaan Rome.

Pada Zaman Pertengahan, republik Venice, bandar Genoa dan liga Hanseatic mewajibkan pemuatan dihadkan pada paras tertentu. Venice menanda paras ini dengan tanda palang di kedua sisi kapal, dan Genoa menandanya dengan 3 garisan melintang.

Peraturan pemuatan pada kurun ke-19 diperkenalkan oleh Lloyd's Register dari British and Foreign Shipping pada tahun 1835, selepas perbincangan dengan pemilik kapal, syarikat penghantaran dan institut taja jamin. Lloyds mencadangkan lambung bebas bersamaan dengan kedalaman badan kapal (tiga inci untuk setiap kaki kedalaman). Peraturan ini diguna pakai dengan meluas sehingga tahun 1880, dan dikenali sebagai "Hukum Lyod" (Lloyd's Rule).

Pada tahun 1860-an, selepas meningkatnya kes kapal yang karam akibat terlebih muatan, seorang ahil parlimen British, Samuel Plimsoll mencadangkan peraturan baru untuk garisan beban. Satu Suruhanjaya Diraja untuk kapal yang tak layak belayar ditubuhkan pada tahun 1872, dan pada tahun 1876 Akta Kapal Dagang United Kingdom mewajibkan penggunaan garisan beban, walaupun kedudukannya tidak ditetapkan oleh undang-undang sehingga tahun 1894. Pada tahun 1906, satu undang-undang diluluskan yang mewajibkan setiap kapal dagang asing yang datang ke pelabuhan British mesti ditanda dengan garisan beban. Pada tahun 1930, Konvensyen Garisan Beban telah diadakan yang menetapkan penggunaan seluruh dunia untuk peraturan garisan beban.

Beberapa lagi Konvensyen Garisan Beban telah diadakan pada tahun 1966, 1971, 1975, 1979, 1983, 1995 dan 2003 bagi menilai semula dan meminda beberapa peraturan dari tahun 1930.[3]

Piawai tanda garisan beban sunting

 
Garis-garis dan tanda Garisan Beban untuk kapal komersil

Tanda Plimsoll yang asal ialah sebuah bulatan dengan garis melintang melaluinya untuk menunjukkan drauf maksimum bagi sebuah kapal. Tanda-tanda lain telah ditambah kemudiannya, untuk menunjukkan ketumpatan air yang berbeza dan jangkaan keadaan laut.

Abjad-abjad juga tertera di sebelah tanda garisan beban untuk menunjukkan pertubuhan yang memantau garisan beban sesebuah kapal. Antara yang digunakan ialah AB untuk (American Bureau of Shipping), LR untuk (Lloyd's Register), GL untuk (Germanischer Lloyd), BV untuk (Bureau Veritas), IR untuk (Indian Register of Shipping), RI untuk (Registro Italiano Navale) dan NV untuk (Det Norske Veritas). Abjad-abjad ini mesti 115 millimeter tinggi dan 75 millimeter lebar.[4]

Abjad pada tanda garisan beban mempunyai maksud seperti berikut:

  • TF – Air tawar tropika (tropical fresh water)
  • F – Air tawar (fresh water)
  • T – Air laut tropika (tropical seawater)
  • S – Air laut suhu musim panas (summer temperate seawater)
  • W – Air latu suhu musim sejuk (winter temperate seawater)
  • WNA – Musim sejuk Atlantik Utara (winter North Atlantic)

Ketumpatan air tawar ialah 1000 kg/m³ dan air laut 1025 kg/m³. Sebuah kapal yang dimuatkan sehingga mencapai paras tanda air tawar (FW) di kawasan air tawar akan berada pada paras tanda air laut (SW) apabila ia sampai ke kawasan air laut.

  • Garisan beban musim panas ialah garisan beban primer kerana semua tanda lain terbit daripadanya. Posisi garisan beban musim panas dikira berdasarkan Hukum Garisan Beban dan bergantung kepada banyak faktor seperti panjang kapal, jenis kapal, jenis dan jumlah struktur besar, jumlah naikan, tinggi lengkung dan sebagainya. Garisan melintang yang melalui bulatan tanda Plimsoll berada pada paras yang sama dengan garisan beban musim panas.
  • Garisan beban musim sejuk bersamaan dengan satu per empat puluh lapan daripada beban drauf musim panas di bawah garisan beban musim panas.
  • Garisan beban tropika bersamaan dengan satu perempat puluh lapan daripada beban drauf musim panas di atas garisan beban musim panas.
  • Garisan beban air tawar bersamaan dengan   sentimeter di atas garisan beban musim panas di mana   ialah sesaran dalam tan metrik pada beban drauf musim panas dan T ialah tan metrik bagi setiap sentimeter perendaman bagi drauf tersebut.

Dalam kes-kes di mana   tidak boleh ditentukan, garisan beban air tawar adalah bersamaan dengan garisan beban tropika.
Posisi garisan beban air tawar tropika nisbi kepada garisan beban tropika boleh diperolehi dengan kiraan yang sama untuk garisan beban air tawar nisbi kepada garisan beban musim panas.
Garisan beban musim sejuk Atlantik Utara digunakan untuk kapal-kapal yang panjangnya tidak melebihi 100 meter yang berada di beberapa kawasan di utara Lautan Atlantik ketika musim sejuk. Garisan ini terletak pada 50 millimeter di bawah tanda musim sejuk biasa.[5]


Lihat juga sunting


Rujukan sunting

  1. ^ Statutory Instruments 1998 No. 2241 The Merchant Shipping (Load Line) Regulations 1998 Sections 5(1) and 5(3)
  2. ^ Notes on Cargo Work: Kemp and Young: ISBN 0853090408
  3. ^ Précis of IMO web site. History of the Load Line.[1]
  4. ^ Statutory Instruments 1998 No. 2241 The Merchant Shipping (Load Line) Regulations 1998
  5. ^ Notes on Cargo Work: Kemp and Young: ISBN 0853090408

Pautan Luar sunting

Carilah waterline dalam Wiktionary, kamus bebas.