Gegar (stesen radio)

Gegar (dahulu dikenali sebagai THR Gegar) merupakan sebuah stesen radio swasta komersial di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. Gegar ialah radio swasta komersial pertama yang ditempatkan di luar Kota Bharu, iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sejak 2005, stesen ini berasal daripada inisiatif dan pada berapa ketika ialah sebuah stesen rasmi kerjasama TIME Engineering sebuah syarikat dimiliki oleh Dato' Zaidan Hj. Othman, dan nama ini mencadangkan stesen ini menyasarkan pengguna jalan raya/lebuh raya dengan laporan trafik dan hiburan. Disebabkan kerana Gegar bersiaran melalui frekuensi radio di Kelantan, Pahang dan Terengganu, Permata Pantai Timur telah menjadi tema rasmi stesen radio ini. Sehingga kini, Gegar telah menjadi stesen radio nombor 1 di Pantai Timur dengan purata 4 juta orang pendengar setiap minggu. Sasaran pendengar Gegar ialah mereka yang berusia 18-40 tahun di seluruh Pantai Timur. Namun dengan perkembangan teknologi, Gegar tidak terhad didengari oleh pendengar di Pantai Timur namun juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui Saluran Astro 863, dan di aplikasi Syok (https://syok.my/).

Gegar
BandarBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan penyiaran
Slogan
  • Permata Pantai Timur
    (1 Januari 2005 hingga 2021)
  • Pilihan #1 Pilihan Timur
    (2021 hingga Kini)
Tarikh siaran pertama1 Januari 2005; 19 tahun yang lalu (2005-01-01)
FormatMuzik Kontemporari (Tempatan, Antarabangsa dan Pantai Timur)
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluTHR Gegar
(1 Januari 2005 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
(Radio Lebuhraya Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/gegar
Tapak webgegar.syok.my
Logo lama Gegar (sebagai THR Gegar).

Penyampai radio sunting

Penyampai Harian sunting

  • Shah Muhammad
  • Ewan Mardzuki
Nama Nama samaran Mula kerja Catatan
Wan Nur Shafieqa Wan Musa Scha Musa Jun 2019
Issey Titan Issey 15 Ogos 2021
Tengku Rea Rea 2 Januari 2022
Aswad Jalil Aswad Jalil 14 Ogos 2022

Bekas Penyampai sunting

  • Nasa
  • Amirul Agam
  • Suzanna
  • Rezlynn Ramli
Nama Nama samaran Tempoh kerja Catatan
Siti Azuraina Sheik Omar Mek Zura 2011 - 2016, 2020 - Disember 2021 Berpindah ke Molek FM
Nazrin Nordin DJ Nazz 3 Mac 2016 - 18 Mac 2022 Berpindah ke Molek FM
Anna Aljuffrey Anna Mei 2016 - Ogos 2021 Berpindah ke Suria

Slot Siaran Gegar sunting

Ahad - Khamis sunting

Segmen Penyampai Masa
Pilihan #1 Pantai Timur 00:00 - 06:00
Gegar Pagi Issey & Shah 06:00 - 10:00
Gegar 10-3 Scha 10:00 - 15:00
Gegar Petang Ewan & Rea 15:00 - 19:00
Senja Pantai Timur - 19:00 - 20:00
Gegar Malam Aswad 20:00 - 00:00

Jumaat sunting

Segmen Penyampai Masa
Pilihan #1 Pantai Timur 00:00 - 06:00
Hujung Minggu Gegar Shah 06:00 - 10:00
Seleksi Gegar 10:00 - 15:00
This Is Pantai Timur Pakdo (Ewan) 15:00 - 16:00
Seleksi Gegar Ewan 16:00 - 19:00
Senja Pantai Timur - 19:00 - 20:00
Carta Hits Gegar Aswad 20:00 - 22:00
Leleh @ Gegar - 22:00 - 00:00

Sabtu sunting

Segmen Penyampai Masa
Pilihan #1 Pantai Timur - 00:00 - 06:00
Terbaik Gegar Pagi Issey & Shah 06:00 - 08:00
Ulangan Carta Hits Gegar Aswad 08:00 - 10:00
Lagu Baru Gegar @ Seleksi Gegar - 10:00 - 11:00
Seleksi Gegar - 11:00 - 14:00
Seleksi Gegar - 14:00 - 19:00
Senja Pantai Timur - 19:00 - 20:00
9O-AN Gegar - 20:00 - 22:00
Retro @ Gegar - 22:00 - 00:00

Frekuensi sunting

Radio sunting

Frekuensi Kawasan Pemancar Kuasa Pemancar
88.8 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung 1 kW
106.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung 1 kW
88.1 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau 1 kW

Televisyen sunting

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 863

Radio internet sunting

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Rujukan sunting

Pautan luar sunting