Perkataan gek[1] (disebut [gék] serapan Belanda bererti "[meng]gila[kan sesuatu kerana suka]"[2] seturunan bahasa Inggeris: geek[3]) adalah istilah gaulan untuk orang aneh atau tidak diketahui secara arus perdana, dengan konotasi yang berbeza mulai dari "seorang ahli komputer atau peminat tegar komputer" sehingga "orang yang sangat tertarik pada hobi" ataupun dengan makna yang kurang menyenangkan seperti "orang aneh atau tidak disukai", terutama orang yang dianggap terlalu intelektual ".[3] Takrifan moden perkataan ini dalam konteks kepeminatan bidang sains, matematik, atau teknologi datang dalam cerita pendek karya Robert Heinlein tahun 1952 berjudul "The Year of the Jackpot".

Geek sering dikaitkan dengan kemahiran dalam ilmu matematik.[perlu rujukan] Di sini, angka Pi memanjang dari logo pada sebuah mobil.

Sebelum itu, pada abad ke-18 di Austria-Hungary, Gecken adalah orang berperangai aneh yang ditunjukkan oleh beberapa sarkas. Pada abad ke-19, di Amerika Utara, istilah ulat buku disebut sebagai aneh dalam pertunjukan sarkas Sideshow (lihat juga pertunjukan orang aneh). Perkataan ini juga merujuk kepada petunjuk sarkas yang melakukan pertunjukan yang mengerikan, seperti menggigit kepala ayam sehingga terputus. American Heritage Dictionary edisi 1976 hanya memasukkan definisi mengenai geek show.

Meskipun dianggap sebagai istilah yang merendahkan martabat seseorang, istilah ini juga sering digunakan untuk merujuk kepada diri sendiri tanpa konotasi negatif atau menunjukkan kebanggaan diri. Contohnya adalah 'Geek Squad', iaitu khidmat bantuan pelanggan dari perusahaan Best Buy.

Rujukan sunting

  1. ^ geek Definisi: gekselanjutnya di PRPM
  2. ^ Badings, A. H. L. (1901). "gek". Nieuw Hollandsch-Maleisch, Maleisch-Hollandsch Woordenboek. Tjeenk Willink. m/s. 89 – melalui Delpher. ...ook van vreugde, enz. – gila.
  3. ^ a b "Dictionary: Geek". Dictionary.com-Merriam-Webster entry. Dicapai pada 2007-10-12.

Pautan luar sunting