Sebuah gelombang haba merujuk kepada suatu tempoh di mana cuaca dirasai terlalu panas yang mungkin disertai dengan kelembapan yang tinggi, terutamanya di negara-negara beriklim lautan. Meskipun pentakrifan tepat yang diberikan adalah berbeza,[1] gelombang haba diukur relatif kepada cuaca yang biasa dialami di kawasan itu serta suhu-suhu normal pada musim yang sedang dialami. Suhu yang dirasakan biasa bagi penduduk kawasan beriklim yang lebih panas boleh dianggap termasuk dalam gelombang haba di kawasan yang lebih sejuk jika ia berada luar daripada corak iklim kawasan tersebut yang biasa.[2]

Istilah ini digunakan untuk kedua-dua untuk perubahan cuaca panas dan bahang luar biasa yang mungkin terjadi hanya sekali dalam satu abad. Gelombang haba yang dahsyat telah menyebabkan bencana kegagalan tanaman, ribuan kematian akibat hipertermia, serta meluasnya gangguan bekalan disebabkan peningkatan penggunaan udara dingin. Fenomena ini dianggap cuaca ekstrim serta suatu ancaman kerana kepanasan dan cahaya matahari ini boleh memanaskan tubuh manusia pada tahap yang membahayakan.

Pembentukan sunting

 
Tekanan tinggi di atmosfera atas memerangkap haba berdekatan permukaan tanah lalu membentuk gelombang haba

Gelombang haba terbentuk apabila tekanan tinggi di udara (setinggi 10,000–25,000 kaki atau 3,000–7,600 meter) bertambah kuat dan kekal meliputi sesebuah kawasan dari beberapa hari sehingga beberapa minggu. Ia merupakan kebiasaan di musim panas (dalam kedua-dua Hemisfera Utara dan Selatan) ketika arus jet 'mengikut peredaran matahari'. Kawasan yang bertekanan tinggi ini terletak di lapisan atas atmosfera kawasan arus jet belahan Khatulistiwa.

Pola cuaca musim panas biasanya lambat berubah berbamding dengn pola cuaca pada musim sejuk. Berikutan ini, tekanan tinggi lapisan atas ini juga bergerak secara perlahan-lahan. Tekanan yang tinggi ini menyebabkan udara tenggelam ke permukaan, menghangatkan dan mengeringkan persekitaran secara adiabatik. Udara panas yang tenggelam ini mewujudkan suatu songsangan tahap tinggi yang bertindak seakan kubah menutup atmosfera, menghalang perolakan haba seterusnya memerangkap udara panas berkelembapan tinggi di bawahnya. Perolakan ini biasanya hadir bersama-sama pinggir puncak di mana tekanan menjadi kurang. Perolakan sisi ini, bagaimanapun, menguatkan kubah tekanan tinggi dengan mengalihkan udara keluaran ribut petir ke dalamnya. Haba terkumpul secara berterusan pada permukaan seterusnya mewujudkan gelombang haba yang dirasai penghuni di permukaan Bumi.[3]

Pemanasan global meningkatkan kemungkinan tinggi rendah cuaca melampau seperti gelombang haba dengan lebih banyaknya daripada fenomena serupa tahap sederhana.[4][5][6] Kawasan daratan lebih kerap dan kuat dilanda gelombang-gelombang ini seluruh dunia sejak dekad-dekad susulan tahun 1950-an akibat perubahan iklim, begitu juga dengan perairan lautan sejak 1980.[7]

Kesan sunting

Kesihatan manusia sunting

Antara komplikasi yang boleh terzahir akibat fenomena ini kepada badan manusia termasuk ruam panas, ruam yang diiringi keradangan akut serta pembengkakan liang peluh; kejang haba iaitu kelesuan yang menyebabkan kejangan otot akibat kehilangan air dan garam dari badan melalui aktiviti senaman; dan juga hipertermia iaitu pengumpulan haba dalam badan pada kadar lebih cepat daripada lesapan haba.

Infrastruktur sunting

Jika sesebuah gelombang haba itu muncul sewaktu cuaca kemarau, kebakaran hutan boleh berlaku berpunca daripada tumbuhan yang mengering sewaktu musim ini. Misalnya, pada tahun 2003, sebuah gelombang haba yang merebak ke serata Eropah menyebabkan api-api besar di Portugal yang memusnahkan lebih daripada 3,010 kilometer persegi (1,160 bt2) atau 301,000 hektar (740,000 ekar) hutan dan 440 kilometer persegi (170 bt2) atau 44,000 hektar (110,000 ekar) tanah pertanian, menyebabkan kerugian yang dianggarkan sebanyak 1 bilion.[8]

Gelombang haba juga boleh menyebabkan jalan raya mengembang dan cair,[9] paip-paip air pecah serta transformer kuasa meletup yabg boleh mengakibatkan kebakaran. Landasan kereta api turut terjejas di mana pelengkokan (buckling) dan pemundingan (kinking) akan berlaku yang boleh menyebabkan trafik menjadi perlahan, malah juga perjalanan yang dirancang sama ada akan ditunda mahupun dibatalkan kerana keadaan landasan yang terlalu bahaya dipakai oleh gerabak.

Rujukan sunting

  1. ^ Meehl, George A.; Tebaldi, Claudia (13 Ogos 2004). "More Intense, More Frequent, and Longer Lasting Heat Waves in the 21st Century". Science. 305 (5686): 994–7. Bibcode:2004Sci...305..994M. doi:10.1126/science.1098704. PMID 15310900.
  2. ^ Robinson, Peter J. (April 2001). "On the Definition of a Heat Wave". Journal of Applied Meteorology. American Meteorological Society. 40 (4): 762–775. Bibcode:2001JApMe..40..762R. doi:10.1175/1520-0450(2001)040<0762:OTDOAH>2.0.CO;2. ISSN 1520-0450.
  3. ^ "Heat Index". US National Weather Service.
  4. ^ "Has global warming brought an early summer to the US?". New Scientist.
  5. ^ Global Warming Makes Heat Waves More Likely, Study Finds (10 Julai 2012). New York Times
  6. ^ Hansen, James; Makiko Sato; Reto Ruedy (Ogos 2012). "Perception of climate change". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. National Academy of Sciences. 109 (32): E2415–E2423. Bibcode:2012PNAS..109E2415H. doi:10.1073/pnas.1205276109. Dicapai pada 10 Ogos 2012.
  7. ^ "Summary for Policymakers" (PDF). Climate Change 2021: The Physical Science Basis. Intergovernmental Panel on Climate Change. 2021. m/s. 8–10. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 November 2021.
  8. ^ Bell, M.; A. Giannini; E. Grover; M. Hopp; B. Lyon; A. Seth (September 2003). "Climate Impacts". IRI Climate Digest. The Earth Institute. Dicapai pada 28 Julai 2006.
  9. ^ BBC News - Who, what, why: When does tarmac melt?

Pautan luar sunting