Gelung penyalaan merupakan sejenis gelung peraruh di dalam sistem penyalaan automotif yang menukarkan voltan 12 volt dari bateri (6 volt bagi sesetengah kenderaan lama) kepada ribuan volt (20-30 kV atau lebih) yang diperlukan untuk menghasilkan bunga api elektrik pada palam pencucuh untuk membakar bahan api. Sesetengah gelung mempunyai perintang dalaman untuk mengurangkan voltan dan ada juga yang bergantung kepada wayar perintang atau perintang luaran daripada pendawaian 12 volt kereta ke gelung. Wayar voltan tinggi dari gelung ke pengagih serta dari pengagih ke setiap palam pencucuh dikenali sebagai wayar tegangan tinggi.

Gelung penyalaan Bosch.
Dua gelung penyalaan pada kereta Saab 92.

Bentuk khusus autotransformer ini, bersama-sama dengan titik sesentuh serta kapasitor, menukarkan voltan rendah dari bateri kepada voltan tinggi yang diperlukan oleh palam pencucuh pada enjin pembakaran dalaman.

Prinsip asas sunting

Semasa titik sesentuh tertutup, ia membenarkan arus dari bateri mengalir untuk membina arus pada lilitan primer gelung. (Arus tidak mengalir terus kerana Aruhan elektromagnet pada gelung.) Sebaik arus pada gelung sudah terbentuk sepenuhnya, titik sesentuh terbuka. Memandangkan ia mempunyai kapasitor yang disambungkan padanya, lilitan primer serta kapasitor membentuk litar yang ditala, dan tenaga yang tersimpan diayunkan antara peraruh yang dibentuk oleh gelung dan kapasitor, medan magnet yang berubah pada teras magnet mengaruhkan voltan yang jauh lebih tinggi pada lilitan sekunder. Sistem penyalaan moden juga beroperasi menggunakan prinsip yang sama, tetapi sesetengahnya lebih bergantung kepada pengecasan kapasitor pada voltan 400 V dan bukan pengecasan gelung seperti pada sistem penyalaan nyahcas kapasitor.

Penggunaan pada kereta sunting

Pada kereta-kereta lama, satu gelung yang besar digunakan untuk menyalakan kesemua palam pencucuh melalui pengagih, kecuali beberapa model kereta seperti Saab 92, sesetengah kereta Volkswagen, dan Wartburg 353 yang mempunyai satu palam pencucuh bagi setiap silinder.

Sistem penyalaan moden sunting

Pada sistem moden, pengagih dimansuhkan dan penyalaan dikawal secara elektronik. Gelung yang kecil digunakan bagi sistem satu gelung bagi setiap palam pencucuh ataupun satu gelung untuk dua palam pencucuh (misalnya, dua gelung bagi enjin empat silinder). Gelung yang besar sedikit menghasilkan 20 kV, manakala gelung kecil seperti pada mesin rumput menghasilkan lebih kurang 15 kV. Gelung ini boleh ditempatkan jauh dari enjin ataupun terus di atas palam pencucuh. Bagi sistem satu gelung untuk dua palam pencucuh, ia dilakukan melalui sistem "bunga api dibazirkan" di mana palam pencucuh menghasilkan bunga api semasa penghujung lejang mampatan dan pada lejang ekzos. Bunga api yang tercetus pada lejang ekzos tidak membawa apa-apa kesan. Sistem ini lebih boleh diharap daripada sistem pengagih serta lebih murah daripada sistem gelung atas palam pencucuh.

Lihat juga sunting

Paten sunting

Pautan luar sunting