Gempa bumi Afghanistan Jun 2012

Pada 11 Jun 2012, dua gempa bumi melanda utara Afghanistan, menyebabkan tanah runtuh besar. Setakat 13 Jun, hanya dua jasad berjaya dikeluarkan dan 69 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan dengan peluang terselamat dinyatakan "sangat tipis",[2] dan kemudian disahkan maut.[3]

Gempa bumi Afghanistan Jun 2012
Tarikh11 Jun 2012 (2012-06-11)
Masa09:32:17
Magnitud5.4 Mw
Kedalaman15 km (9 bt)
Koordinat36°02′53″N 69°18′07″E / 36.048°N 69.302°E / 36.048; 69.302Koordinat: 36°02′53″N 69°18′07″E / 36.048°N 69.302°E / 36.048; 69.302
Kawasan terjejas Afghanistan
Jumlah kerosakanRatusan bangunan musnah
Tanah runtuhYa
Gegaran susulan5.7 Mw
Korban71[1]

Gempa bumi sunting

Gempa bumi pertama terjadi pada 9:32 am waktu tempatan (05:02 UTC), dengan bacaaan magnitud 5.4 pada kedalaman 15 kilometer (9.3 bt). Gempa bumi kedua melanda 25 minit kemudian, berukuran 5.7 magnitud.[2] Pusat gempa kedua-dua gegaran terletak kira-kira 160 kilometer (99 bt) barat daya Faizabad.[2] Gempa bumi ini dapat dirasa 170 km (110 bt) jauhnya di ibu negara, Kabul.[4]

Kemusnahan sunting

Gempa bumi ini menyebabkan bahagian besar gunung di kawasan Hindu Kush pecah. Diramalkan satu hektar tanah ditimbus sehingga 100 meter (330 ka) tanah runtuh di daerah Burka di wilayah Baghlan.[2][5] Kampung Sayi Hazara merupakan yang terterus, tertanam di bawah 30 hingga 100 meter tanah dan batu.[2][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Rahim Faiez (13 Jun 2012). "Bulldozers dig for victims of Afghan earthquakes". Google. Associated Press. Dicapai pada 13 Jun 2012.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b c d e "More than 70 feared dead in Afghan quakes". Bangkok Post. AFP. 12 Jun 2012. Dicapai pada 13 Jun 2012.
  3. ^ 71 mangsa gempa bumi Afghanistan disahkan maut Utusan Online. 13 Jun 2012.
  4. ^ "Afghan quakes: Landslide killed 80, says governor". BBC News. 13 Jun 2012. Dicapai pada 13 Jun 2012.
  5. ^ a b Amir Shah (12 Jun 2012). "Afghanistan Earthquake: Dozens Feared Buried After Deadly Quakes". Huffington Post. Associated Press. Unknown parameter |http://www.huffingtonpost.com/2012/06/12/afghanistan-earthquake-_n_1590083.html?utm_hp_ref= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luar sunting