Generalfeldmarschall

Generalfeldmarschall (Melayu: jeneral fil marsyal, fil marsyal jeneral, atau Fil Marsyal; Mengenai audio inilisten ; disingkatkan pada Feldmarschall) adalah sejenis pangkat dalam tentera darat beberapa negeri Jerman dan Empayar Suci Rom; didalam Monarki Habsburg, Empayar Austria dan Austria-Hungary, pangkat Feldmarschall ini telah digunakan. Pangkat ini setaraf dengan Grossadmiral (Melayu: Laksamana Besar) dalam Kaiserliche Marine dan Kriegsmarine, sejenis pangkat lima bintang, setanding dengan OF-10 dalam tentera laut NATO hari ini.

Baton marsyal Prusia, dianugerahkan kepada Kaiser Franz Joseph I dari Austria tahun 1895.

Empayar Suci Rom sunting

Gelaran Kaiserlich-Königlicher Feldmarschall ("Fil Marsyal Diraja dan Imperial") digunakan dalam statut Empayar Suci Rom untuk menggambarkan pegawai kanan tentera.[1]

Empayar Austria dan Austria-Hungary sunting

Lihat juga: Senarai fil marsyal Austria

Pangkat ini wujud didalam Empayar Austria sebagai Kaiserlicher Feldmarschall ("Fil Marsyal Imperial") dan didalam Empayar Austria-Hungary sebagai Kaiserlicher und königlicher Feldmarschall ("Fil Marsyal Diraja dan Imperial"). Kedua-duanya berdasarkan pada penggunaan dalam Empayar Suci Rom. Rajanya menyandang pangkat ex officio (kerana jawatan), pegawai-pegawai lain dinaikkan pangkat seperti yang diperlukan. Antara tahun 1914 dan 1918, 10 orang mendapat pangkat ini, 4 daripadanya adalah ahli kerabat dinasti Habsburg yang sedang memerintah.

Jerman sunting

 
Replika baton Generalfeldmarschall Wolfram Freiherr von Richthofen

Empayar Prusia dan Empayar Jerman sunting

Insignia pangkat
Generalfeldmarschall sehingga 1918

Didalam Tentera Darat Prusia-Jerman dan kemudian didalam Wehrmacht, pangkat Generalfeldmarschall memiliki beberapa keistimewaan, seperti diangkat menjadi golongan bangsawan, sama pangkat protokol dengan menteri kabinet, hak melapor terus kepada raja, dan mendapat pengiring tetap.

Pada tahun 1854, pangkat Kolonel Jeneral (Jerman: Generaloberst) telah diwujudkan supaya dapat menaikkan Maharaja Jerman William I ke pangkat kanan dengan tanpa melanggar peraturan iaitu hanya panglima perang yang boleh menerima pangkat field marshal untuk kemenangan dalam pertempuran muktamad atau penawanan sebuah perkubuan atau bandar utama. Persamaan pangkat kolonel jeneral dalam Tentera Laut Jerman ialah Generaladmiral ("Laksamana Jeneral").

Pada tahun 1870 Putera Friedrich Karl dari Prusia dan Putera Mahkota Friedrich Wilhelm—yang memerintah ketumbukan tentera semasa Perang Perancis-Prusia—menjadi putera pertama Prusia dilantik sebagai field marshal.

Jerman Nazi sunting

 
Jeneral Fil Marsyal
Generalfeldmarschall
 
 
Lencana
kolar
Papan
bahu
Negara Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan   Tentera Darat Jerman
Pangkat Lima bintang
Singkatan GFM
Diperkenalkan 20 April 1936
Dimansuhkan Mei 1945
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya

Reichsmarschall

Pangkat rendah seterusnya

Generaloberst

Persamaan pangkat Grossadmiral
 
Jeneral Fil Marsyal
Generalfeldmarschall
 
 
Lencana
kolar
Papan
bahu
Negara Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan

  Tentera Udara Jerman

Pangkat Lima bintang
Singkatan GFM
Diperkenalkan 1938
Dimansuhkan 1945
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya

Reichsmarschall

Pangkat rendah seterusnya

Generaloberst

Persamaan pangkat Grossadmiral

Didalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II, pangkat Generalfeldmarschall merupakan pangkat tertinggi tentera sehingga Julai 1940, apabila Hermann Göring telah dinaikkan ke pangkat baru yang lebih tinggi iaitu Reichsmarschall.

Empat minggu selepas Heer dan Luftwaffe telah memenangi Pertempuran Perancis, iaitu Blitzkrieg di Negeri-Negeri Pamah dan Perancis (10 Mei – 22 Jun 1940), Hitler menaikkan pangkat dua belas orang Jeneral ke Fil Marsyal. Mereka-mereka yang dinaikkan pangkat pada 19 Julai 1940, ialah Walther von Brauchitsch, Wilhelm Keitel, Gerd von Rundstedt, Fedor von Bock, Wilhelm Ritter von Leeb, Wilhelm List, Günther von Kluge, Erwin von Witzleben, Walther von Reichenau (Heer) and Albert Kesselring, Erhard Milch, Hugo Sperrle (Luftwaffe).[2]

Pada tahun 1942, 3 lagi jeneral telah dinaikkan pangkat—"Wüstenfuchs" (desert fox) Erwin Rommel (22 Jun) kerana memenangi Pengepungan Tobruk, Erich von Manstein (30 Jun) kerana memenangi Pengepungan Sevastopol dan Georg von Küchler (30 Jun) kerana kejayaannya sebagai 'Oberbefehlshaber der Heeresgruppe Nord' ("Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara").

Hitler menaikkan Friedrich Paulus—Panglima Tentera Darat Ke-6 di Stalingrad—ke pangkat field marshal yang telah diumumkan pada 30 Januari 1943, agar menggalakkan beliau terus berjuang hingga mati atau bunuh diri, sehari sebelum ketumbukannya menyerah kalah.[3] Sewaktu kenaikkan pangkat itu Hitler menyatakan bahawa tiada dalam sejarah field marshal Jerman atau Prusia pernah ditangkap hidup-hidup. Namun Paulus menyerah diri keesokkan harinya, mendakwa Ich habe nicht die Absicht, mich für diesen bayerischen Gefreiten zu erschießen ("Saya tidak mempunyai niat untuk membunuh diri demi koperal Bavaria ini").[4] Hitler yang kecewa telah mengulas "Itulah field marshal terakhir yang aku pernah lantik dalam perang ini!" Akan tetapi, beliau melantik tujuh lagi fil marsyal.

Generalfeldmarschall merupakan pangkat tentera tetap tertinggi dalam Wehrmacht Jerman, bersamaan dengan kod pangkat NATO OF10, dan dengan pangkat lima bintang dalam angkatan tentera yang berbahasa Inggeris.

Dari segi kewangan pangkat Generalfeldmarschall dalam Jerman Nazi sangat menguntungkan kerana, selain daripada gaji bulanan, Hitler memperkenalkan faedah sampingan bebas cukai bagi para Jeneral dalam bentuk 2,000 hingga 4,000 Reichsmark sebulan pada tahun 1940. Beliau juga mengurniakan hadiah kepada pegawai tertingginya, dengan Wilhelm Ritter von Leeb menerima RM 250,000 untuk harijadinya yang ke-65 tahun daripada Hitler.[5]

Insignia lain Generalfeldmarschall sunting

Pangkat junior
Generaloberst
 
(Pangkat Wehrmacht)
Generalfeldmarschall
Pangkat senior
Reichsmarschall

Jerman Timur sunting

Nationale Volksarmee ("Tentera Rakyat Nasional") dari Deutsche Demokratische Republik atau DDR (German Democratic Republic, iaitu Jerman Timur) mewujudkan pangkat Marschall der DDR ("Marsyal GDR") pada 25 Mac 1982. Seorang Jeneral boleh dilantik ke pangkat ini oleh Staatsrat (Majlis Negara GDR) semasa perang atau untuk pencapaian tentera yang luar biasa; namun, tiada siapa yang pernah menyandang pangkat itu.

Jerman moden sunting

Pangkat Generalfeldmarschall, Generaloberst, Großadmiral dan Generaladmiral tidak lagi wujud dalam Angkatan Tentera Jerman baru (sehingga tahun 1990 Jerman Barat), iaitu "Bundeswehr" (bermaksud "Tentera Pertahanan") yang ditubuhkan pada tahun 1956. Pada masa ini, gred tertinggi tentera dalam Bundeswehr baru ialah Jeneral dan Laksamana.

Pemerintah Tertinggi (Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt) Bundeswehr dalam masa aman, menurut Artikel 65a Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman (perlembagaan), Menteri Pertahanan Persekutuan (Jerman: Bundesminister der Verteidigung) awam, yang memegang kuasa pemerintahan tertinggi angkatan tentera. Semasa perang, kuasa pemerintahan tertinggi dipindahkan kepada Canselor Persekutuan.

Generalinspekteur der Bundeswehr (Ketua Turus Bundeswehr, bermaksud "Inspektor Jeneral Tentera Pertahanan") ialah Ketua Pertahanan dan ketua Markas Turus Angkatan Tentera (Jerman: Führungsstab der Streitkräfte).

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ Snyder, Louis (1994) [1976]. Encyclopedia of the Third Reich, pp. 111, 112
  3. ^ Snyder, Louis (1994) [1976], p. 112
  4. ^ Beevor, Antony (1998). Stalingrad, The Fateful Siege: 1942-1943. New York: Penguin Books. p. 381
  5. ^ "Dienen und Verdienen. Hitlers Geschenke an seine Eliten" [Book review: Serving and earning. Hitlers presents to his elite]. www.hsozkult.de (dalam bahasa German). Dicapai pada 19 March 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting