Generalisimo Kesatuan Soviet

Generalisimo Kesatuan Soviet (Rusia: Генералиссимус Советского Союза; Generalissimus Sovyétskovo Soyuza) adalah pangkat tentera cadangan yang dizahirkan pada 27 Jun 1945, mengikuti tradisi Tentera Darat Imperial Rusia (pangkat berkenaan dipegang sebanyak 4 kali. Pertama disandang oleh Negarawan Rusia Aleksei Shein dan yang terakhir disandang oleh Count Aleksandr Vasiliyevich Suvorov ). Pangkat ini diberikan kepada Joseph Stalin selepas Perang Dunia II; walau bagaimanapun, Stalin menolak secara rasmi kelulusan pangkat ini dan meninggal dunia dengan pangkat Marsyal Kesatuan Soviet. Ia akan menjadi pangkat tentera tertinggi dalam Soviet Union bersamaan dengan pangkat enam bintang.

Generalisimo Kesatuan Soviet
Generalissimus Sovyétskovo Soyuza

Insignia cadangan


Epaulet cadangan

Negara Kesatuan Soviet
Cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Soviet
Pangkat Pangkat enam bintang
Diperkenalkan 1945
Persamaan
NATO
OF-11
Pangkat rendah seterusnya

Marsyal Kesatuan Soviet

Pangkat rendah seterusnya Laksamana Armada Kesatuan Soviet
Persamaan pangkat Generalisimo

Rumusan sunting

Pangkat tentera ini secara khusus dicipta untuk Joseph Stalin. Namun, menurut penulis biografi Stalin Robert Service, Stalin sendiri menyesal dengan pangkat tentera yang maha hebat ini, dan meminta Winston Churchill terus memanggilnya Marsyal sahaja.[1] Stalin juga menolak sebarang bentuk perbezaan antara pangkat tenteranya dan marsyal Soviet yang lain, dan kekal menggunakan insignia dan pakaian seragam asal Marsyal Kesatuan Soviet sepertimana marsyal Soviet yang lain.[2]

Perkara tentang Generalissimus of the Soviet Union telah disebut sekali lagi selepas perang, apabila satu draf perintah mengenai pangkat Soviet ini dipersembahkan kepada Stalin. Kemudian, Jeneral Andrey Khrulyov – pengarah Jabatan Am Logistik – telah diberi tugas untuk mereka bentuk pakaian seragam Generalissimus untuk Stalin gunakan dalam perarakan kemenangan pada 9 Mei 1947. Pakaian seragam ini telah siap dan dipersembahkan kepada Stalin seminggu sebelum perarakan itu.

Selepas menelitinya, Stalin sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati. Kemudian beliau memegang draf perintah mengenai pangkat Generalissimus dan mengisytiharkan: "Aku tidak akan menandatangani perintah ini. Tentera Merah Soviet hanya mempunyai gelaran Marsyal sebagai pangkat tertingginya." Selepas itu, subjek pangkat baru ini tidak pernah dibangkitkan lagi.[2]

Sampel rekaan telah ditolak oleh Stalin, yang menganggapnya terlalu mewah dan kuno. Kini ia disimpan di Muzium Perang Patriotik Besar di Moscow di Poklonnaya Gora.

Cadangan insignia bahu sunting

Dibawah adalah reka bentuk cadangan lencana bahu Generalissimus of the Soviet Union.

Turutan pangkat
Pangkat rendah:
Marsyal Kesatuan Soviet
(Маршал Советского Союза)
 
Generalisimo Kesatuan Soviet
(Генералиссимус Советского Союза)
Pangkat tinggi:
Tiada
Laksamana Armada Kesatuan Soviet
(Адмирал Флота Советского Союза)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Service, Robert (2005). Stalin: A Biography. Cambridge: Harvard University Press. p. 548. ISBN 978-0-674-01697-2.
  2. ^ a b Shtemenko, Sergey M (1985). Генеральный штаб во время войны. 2-е издание-е. (dalam bahasa Russian). Moscow: Воениздат. m/s. 587–588. ISBN 5-9713-0069-5.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting