Genomik ialah cabang biologi yang mempelajari genom dari suatu organisme atau virus. Genomik dapat dikatakan sebagai cabang genetik apabila dilihat dari segi sejarah, meskipun dalam genomik, banyak kaedah yang digunakan, berasal dari cabang biologi lain, seperti bioinformasi dan biologi molekul. Genomik tidak mungkin berdiri sebagai cabang sains tanpa bantuan bioinformatik kerana objek kajiannya sangat besar (urutan basa nitrogen) dan memerlukan pengurusan data yang rumit.

Termasuk yang dikaji ialah struktur, organisasi serta fungsinya. Objek kajiannya oalah DNA secara keseluruhan (DNA nuklear/inti, cpDNA, dan mtDNA) ataupun sebahagian ("gen"). RNA sebagai bahan genetik atau DNA yang dibuat berdasarkan RNA (cDNA) juga menjadi objek kajian genomik.

Etimologi sunting

Dari bahasa Yunani[1] gen, "gen" (gamma, epsilon, nu, epsilon) yang bermaksud "menjadi, membuat, mencipta, melahirkan", dan varian-varian berikutnya: genealogi, genesis, genetik, genik, genomere, genotipe, genus dll. Sementara perkataan genom (dari Genom Jerman, dikaitkan dengan Hans Winkler) digunakan dalam bahasa Inggeris pada awal 1926,[2] istilah genomik dicipta oleh Tom Roderick, seorang ahli genetik di Makmal Jackson (Bar Harbor, Maine), sambil minum bir di sebuah perhimpunan yang diadakan di Maryland tentang pemetaan genom manusia pada tahun 1986.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1889). Intermediate Greek-English Lexicon γίγνομαι. Oxford: Clarendon Press. ISBN 978-1-61427-397-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-20. Dicapai pada 2015-05-13.
  2. ^ "Genome, n". Oxford English Dictionary (Third ed.). Oxford University Press. 2008. Retrieved 2012-12-01.(subscription required)
  3. ^ Yadav SP (December 2007). "The wholeness in suffix -omics, -omes, and the word om". Journal of Biomolecular Techniques. 18 (5): 277. PMC 2392988. PMID 18166670.