Genre

kategori hasil karya kreatif yang berdasarkan kriteria stilistik dan/atau tema

Genre (disebut [gén.ré];[1] pinjaman Perancis turunan Latin generis terbitan kata dasar genus "asal, kelahiran"[2]) ialah satu set kriteria yang longgar untuk karya seni dan budaya terutama sekali karangan sastera; ia juga digunakan untuk menentukan bentuk seni atau ujaran.

Dalam mana-mana seni, genre adalah satu bentuk kategori yang agak kabur, tanpa sempadan yang jelas. Genre dibentuk oleh satu set konvensi dan kekadang melintasi sempadan berganda.

Genre, ialah konsep terkemuka dalam klasifikasi dan identifikasi karya seni, membentuk pemandangan seni yang pelbagai dan memperkaya pengalaman seni . Ia melibatkan kategorisasi yang menyeluruh dalam bidang muzik, filem, sastera, dan seni visual, memberikan arah kepada ciri-ciri khusus, gaya, dan tema setiap karya(Arti Genre dalam Seni dan Budaya, 2023, November 1). Esei ini meneroka pengertian genre, peranan utamanya dalam seni, persembahan beberapa tokoh yang membentuknya, dan memperincikan contoh-contoh karya yang menonjol dalam pelbagai genre.

Genre, sebagai himpunan kategori, memainkan peranan utama dalam membezakan satu karya seni daripada yang lain. Di bidang muzik, genre seperti rock, pop, jazz, dan hip-hop membentuk aliran yang jelas. Sementara itu, dalam filem, genre seperti drama, komedi, seram, dan fiksyen sains menjadi panduan untuk pemahaman dan penilaian karya. Begitu juga dalam sastera dengan genre seperti novel sejarah, cerpen romantis, dan puisi eksperimental yang menandakan kepelbagaian karya seni.

Dalam konteks kesusasteraan Melayu, genre memainkan peranan yang penting dalam membentuk identiti dan corak karya sastera (Ani binti Haji Omar 2015). Genre menyumbang kepada kepelbagaian dan kekayaan kesusasteraan Melayu dengan membimbing penulis dalam memilih bentuk, struktur, dan tema karya mereka.

Genre muzik sunting

Latar Belakang Genre dalam Muzik:

Pada Zaman Barok, genre musik klasik seperti sonata, simfoni, dan oratorio mulai berkembang. Konvensi genre ini membantu membentuk struktur musikal dan memberikan arahan bagi komponis.

Di Zaman Romantis, genre muzik mengalami perkembangan pesat, dengan munculnya genre baru seperti lagu art, etude, dan prelude. Komponis seperti Beethoven dan Chopin memainkan peranan besar dalam merumuskan dan memperluas genre musik.

Karya kesusasteraan sunting

Genre dalam kesusasteraan termasuklah epik, lirik, dramatik, sandiwara, ejekan, sindiran, satira dan lain-lain. Selain itu terdapat juga puisi, prosa, tragikomedi, cereka sains dan banyak lagi.

Latar Belakang Genre dalam Filem:

Sejarah genre filem bermula dengan munculnya sinema pada awal abad ke-20. Filem bisu awal sering diorganisasikan berdasarkan genre melodrama, komedi, dan horor.

Era Emas Hollywood pada tahun 1930-an hingga 1950-an menyaksikan perkembangan genre-filem seperti film noir, musical, dan western, yang membentuk konvensi dan formula khas masing-masing.

Seni lukis sunting

Genre dalam seni lukis termasuklah lukisan sejarah, lukisan potret, lukisan pemadangan, lukisan alam benda dan lain-lain.

Latar Belakang Genre dalam Seni Visual:

Sejak zaman kuno, seni visual seperti lukisan dan patung diorganisasikan berdasarkan tema dan motif, termasuk genre potret, pejalan kaki, dan pemandangan.

Pada abad ke-19, munculnya seni impresionis dan seni abstrak membawa genre baru yang mengeksplorasi ekspresi dan perasaan dalam seni.

Rujukan sunting

  1. ^ Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8339-0.
  2. ^ "Etymologie de genre". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles (dalam bahasa Perancis). 2012. Dicapai pada 11 Jun 2023.

Arti Genre dalam Seni dan Budaya. (2023, November 1). Pengertian dan Istilah.