Gerakan anti rasuah India 2011

Gerakan anti rasuah India 2011 merujuk kepada siri bantahan terhadap Kerajaan India agar menggubal dan menguatkuasakan undang-undang anti rasuah. Mereka mahu undang-undang yang dikenali sebagai Rang Undang-Undang Jan Lokpal dibentang diluluskan agar semua kakitangan kerajaan, menteri yang rasuah dapat didakwa di mahkamah. Pembantah berpendapat kerajaan mahu melemahkan cadangan dalam draf asal rang undang-undang Jan Lokpal. Mereka percaya perubahan rang tersebut akan membuatkan badan yang dicadangkan menyelia isu ini, Lokayukta, hanya menjadi badan penasihat tak bergigi dalam birokrasi India.

Gerakan anti rasuah India 2011
Tarikh13 Mac 2011 (2011-03-13) – 9 April 2011 (2011-04-09)
04 Jun 2011 (2011-06-04) – 5 Jun 2011 (2011-06-05)
16 Ogos 2011 (2011-08-16) – kini (IST)
Lokasi
 India
—dengan bantahan juga diadakan orang berketurunan India di beberapa negara lain seperti A.S., Australia & UK.
MatlamatUndang-undang anti-rasuah lebih ketat bagi menangani korupsi yang sentiasa meningkat di India dan membawa balik wang gelap India yang disorokkan di bank Swiss dan seberang laut.
KaedahTanpa kekerasan, Satyagraha, tunjuk perasaan, mogok duduk, kempen tandatangan, puasa sampai mati, Jail Bharo Andolan
StatusRang undang-undang versi kerajaan dihantar kepada jawatankuasa tetap Parlimen; Rang undang-undang digelar "Jokpal" berbanding "Lokpal" dalam masyarakat awam. Belum ada undang-undang membawa balik wang gelap seberang laut.
Korban
Tercedera53 pembantah[1]

Gerakan ini telah mendapat momentum khususnya sejak 5 April 2011, apabila Anna Hazare, seorang aktivis terkenal melancarkan mogok lapar di taman awam Jantar Mantar agar dia cepat mati. Seorang pengikut Gandhisme, beliau menuntut penubuhan jawatankuasa bersama untuk rang undang-undang ini, dengan anggota daripada kedua-dua "masyarakat awam" dan kerajaan.[2]

Selepas tindakan berpublisiti pertama Hazare, bantahan besar kedua menyaksikan beberapa peristiwa kontroversi terjadi di Ramlila Maidan, New Delhi pada 4 Jun 2011. Tokoh utama kali ini adalah Swami Ramdev dan isu yang diserlahkan ialah perlunya undang-undang tegas untuk membawa balik ke dalam negara apa yang dipanggil "wang gelap" disimpan di luar negara. Ramdev menuntut wang tak bercukai dilabur di luar negara diisytiharkan sebagai harta negara dan, seterusnya, tindakan menyimpan wang yang diperolehi secara haram di bank asing diwartakan sebagai jenayah terhadap negara. Beliau juga mendesak kekayaan negara yang disimpan di bank asing dibawa pulang dan India patut menandatangani Konvensyen Menentang Rasuah PBB. Dianggarkan sekitar AS$ 350 bilion hingga AS$ 1400 bilion wang haram India berada dalam bank asing.[3][4]

Bantahan Ogos sunting

Hazare telah mengumumkan yang beliau akan berpuasa untuk tempoh tak tetap bermula 16 Ogos di Jantar Mantar. Akan tetapi pada pagi tersebut sebelum beliau ke Jantar Mantar, beliau dan beberapa yang lain ditahan polis, untuk tempoh tujuh hari. Lantas beliau memulakan puasa beliau dalam lokap polis. Penahanan ini bagaimanapun menimbulkan bantahan ramai pihak, termasuk parti politik, ketua menteri negeri, NGO dan ahli parlimen. Sidang parlimen gagal dijalankan akibat isu ini.[5]

Apabila bantahan semakin merebak ke seluruh negara, polis dan kerajaan bertindak membebaskan Anna Hazare dan pengikutnya selepas berpendapat menahan beliau di dalam penjara cuma mengganggu undang-undang dan ketenteraman.[6] Bagaimanapun, Hazare enggan meninggalkan penjara sehingga kerajaan bersetuju memberi kebenaran tanpa syarat untuk membantah di Taman JP.[7] Akhirnya pada 19 Ogos, beliau keluar dari penjara di Tihar selepas polis membenarkannya berpuasa 15 hari di Ramlila Maidan.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "Indian police storm yoga guru's corruption protest". The Telegraph (UK). 5 Jun 2011. Dicapai pada 17 Jun 2011.
  2. ^ "Will fast unto death, asserts Anna Hazare". The Pioneer. 7 April 2011. Dicapai pada 17 Jun 2011.
  3. ^ "India yoga guru Baba Ramdev vows anti-graft fast". BBC News. 2 Jun 2011. Dicapai pada 2011-06-17.
  4. ^ V. Venkateswara Rao (13 Ogos 2010). "Black, bold and bountiful". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 17 Jun 2011.
  5. ^ Aarti Dhar (16 Ogos 2011). "Anna arrest echoes in Parliament, both Houses adjourned". The Hindu. New Delhi. Dicapai pada 16 Ogos 2011.
  6. ^ "Cornered govt to release Anna from Tihar after public backlash". The Indian Express. New Delhi. 16 Ogos 2011. Dicapai pada 16 Ogos 2011.
  7. ^ "Anna Hazare refuses to come out of Tihar Jail". NDTV. 16 Ogos 2011. Dicapai pada 16 Ogos 2011.
  8. ^ "Anna Hazare accepts Delhi Police offer, to fast for 14 days". Times of India. 18 Ogos 2011. Dicapai pada 18 ogos 2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)