Gerard dari Cremona

Gerard of Cremona (Itali: Gerardo da Cremona; Latin: Gerardus Cremonensis; c. 1114–1187), ialah penterjemah karya-karya saintifik berbahasa Arab yang berbangsa Lombard.

Gambaran orang Eropah bagi ahli perubatan Parsi al-Razi, dalam "Recueil des traités de medecine" oleh Gerard of Cremona 1250-1260. Gerard de Cremona telah menterjemahkan sebilangan karya-karya sarjana Arab.[1]

Dia merupakan salah seorang daripada kumpulan kecil sarjana yang menyedarkan Eropah Zaman Pertengahan pada kurun ke-12 melalui pemindahan tradisi-tradisi Yunani dan Arab dalam bidang-bidang astronomi, perubatan dan sains-sains lain, dalam bentuk terjemahan ke dalam bahasa Latin, yang menjadikannya tersedia bagi setiap orang yang celik huruf di Barat. Salah satu terjemahannya yang terkenal ialah Almagest oleh Ptolemy yang diterjemahkan daripada teks-teks berbahasa Arab yang ditemui di Toledo. Gerard disalahanggap sebagai penterjemah karya Ibn Sina yang berjudul al-Qanun fi al-Tibb.

Riwayat hidup sunting

Gerard dilahirkan di Cremona. Tidak puas hati dengan kelemahan falsafah guru-guru Itali, Gerard menuruti nalurinya dan pergi ke Toledo. Di sana dia mempelajari bahasa Arab pada awalnya, dengan begitu dia mampu membaca Almagest Ptolemy yang memiliki reputasi tradisional yang tinggi di kalangan para sarjana, namun masih belum dikenali dalam terjemahan bahasa Latin sebelum pemergiannya ke Castile. (Terjemahan bahasa Latin yang pertama dilakukan daripada bahasa Yunani sekitar tahun 1160 di Sicily).[2] Walaupun kita tidak mempunyai maklumat mendalam mengenai tarikh Gerard pergi ke Castile, itu seharusnya tidak kemduian daripada tahun 1144.

Toledo yang pernah menjadi ibukota wilayah dalam Kekhalifahan Cordoba and kekal sebagai pusat pembelajaran, adalah selamat bagi seorang Katholik seperti Gerard kerana ia ditawan daripada orang Moor oleh Alfonso VI of Castile pada tahun 1085. Toledo kekal sebagai ibukota pelbagai budaya, selagi pemerintahnya melindungi kuarter-kaurter Yahudi dan Muslim yang besar dan menjaga kota itu sebagai pusat penting bagi budaya Arab dan Ibrani. Salah seorang sarjana agung yang dikaitkan dengan Toledo ialah Rabbi Abraham ibn Ezra yang sezaman dengan Gerard. Penduduk Toledo yang beragama Islam dan Yahudi menerimapakai bahasa dan banyak budaya penakluk mereka yang berdasarkan budaya Mozarab. Kota itu dipenuhi perpustakaan dan manuskrip dan merupakan salah sebuah tempat di Eropah Zaman Pertengahan yang mendedahkan bahasa dan budaya Arab kepada orang Kristian.

Di Toledo, Gerard menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menterjemahkan karya-karya saintifik daripada bahasa Arab ke bahasa Latin.

Catatan sunting

  1. ^ "Inventions et decouvertes au Moyen-Age", Samuel Sadaune, p.44
  2. ^ R. W. Southern, The Making of the Middle Ages New Haven: Yale University Press, 1953, p. 64-65.

Rujukan sunting

  • Burnett, Charles. "The Coherence of the Arabic-Latin Translation Program in Toledo in the Twelfth Century," Science in Context, 14 (2001): 249-288.
  • Campbell, Donald (2001). Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages. Routledge. (Reprint of the London, 1926 edition). ISBN 0-415-23188-4.
  • Haskins, Charles Homer. The Renaissance of the Twelfth Century. Cambridge: Harvard Univ. Pr., 1927. See especially chapter 9, "The Translators from Greek and Arabic".
  • Katz, Victor J. (1998). A History of Mathematics: An Introduction. Addison Wesley. ISBN 0-321-01618-1.

Pautan luar sunting