Geseran farinks tak bersuara

Geseran farinks tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ħ (huruf h kecil berpotong) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan X\ dalam X-SAMPA.

Nombor AFA144
Pengekodan
X-SAMPAX\
Imej
Sampel audio
noicon

Penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf ح (ḥa) sebagai wakil bunyi ini,[1] huruf itu pula dikenali sebagai ha pedas kerana keterdekatannya dengan bunyi cungapan yang terhasil apabila memakan makanan pedas. Walau bagaimanapun, kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah fonemnya kepada yang hampir mirip iaitu geseran glotis tak bersuara (/h/).[1]

Ciri-ciri sunting

Ciri-ciri geseran farinks tak bersuara:

Penggunaan sunting

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Abkhaz ҳара [ħaˈra] 'kami'
Agul ? [muħ] 'bangsal'
Arab Baku[2] واحد [wɑːˈħid] 'satu' Rujuk fonologi bahasa Arab
Avar xIебецI [ħeˈbetsʼ] 'tahi telinga'
Chechen ач/ [ħatʃ] 'plam'
Galicia[3] [[[Abjad Rumi|gato]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈħato] 'kucing'
Ibrani חַשְׁמַל [ħaʃmal] 'elektrik' Sebutan Sefardi, rujuk fonologi bahasa Ibrani
Kabardia щхьэ [ɕħæ] 'kepala'
Kabyle aḥeffaf [aħəffaf] 'perias rambut'
Kurdi hol [ħol] 'alam sekitar' sesetengah dialek; dialek lain menyebut [h]
Malta Baku wieħed [wiħːed] 'satu'
Sioux Nakota [haħdanahã] 'semalam'
Somali [[[Abjad Rumi|xood]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ħoːd] 'tongkat'

Rujukan sunting

  1. ^ a b Zaharani Ahmad; Maizura Osman; Nor Hashimah Jalaluddin (2011). "Penyerapan dan pengubahsuaian konsonan Arab dalam Bahasa Melayu". Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1: 116, 122–3.
  2. ^ Watson (2002:19)
  3. ^ Regueira (1996:120)

Bibliografi sunting

  • Ladefoged, Peter & Ian Maddieson (1996), The Sounds of the World's Languages, Blackwell, ISBN 0-631-19815-6
  • Regueira, Xose (1996), "Galician", Journal of the International Phonetic Association 26 (2): 119-122
  • Watson, Janet (2002), written at New York, The Phonology and Morphology of Arabic, Oxford University Press