Ghostbusters adalah sebuah filem komedi cereka sains 1984 comedy film mengenai tiga parapsikologis New York yang pelik. Setelah mereka dibuang kerja dari Universiti Columbia, mereka bermula perniagaan sendiri untuk menyiasat dan menangkap hantu.

Ghostbusters
Poster pawagam
PengarahIvan Reitman
PenulisDan Aykroyd
Harold Ramis
Dihasilkan olehBernie Brillstein
Ivan Reitman
DibintangiBill Murray
Dan Aykroyd
Sigourney Weaver
Harold Ramis
Rick Moranis
Ernie Hudson
Annie Potts
William Atherton
SinematografiLászló Kovács
Disunting olehDavid E. Blewitt
Sheldon Kahn
Muzik olehElmer Bernstein
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
8 Jun 1984
Masa tayangan
107 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasabahasa Inggeris
BajetAS$30 juta

Ia diikuti dengan sebuah sambungan, Ghostbusters II (1989), dan siri televisyen beranimasi, The Real Ghostbusters (kemudiannya Slimer! And the Real Ghostbusters) dan Extreme Ghostbusters.

Ghostbusters dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 8 Jun 1984, dengan lakonan Bill Murray, Dan Aykroyd, Harold Ramis, Rick Moranis, Sigourney Weaver, Annie Potts dan Ernie Hudson, dan mengaut keuntungan kasar kira-kira $240 juta di A.S. dan lebih dari $50 juta[1] di luar negara sewaktu tayangan di pawagam, lebih dari tayangan kedua "Indiana Jones", lalu memudahkan jalan filem tersebut (Ghostbusters) sebagai yang termaju pada tahun itu, dan komedi yang termaju pada zaman 1980-an.

Pada 2000, pembaca majalah Total Film mengundi Ghostbusters filem komedi terhebat ke-44 sepanjang masa. Institut Perfileman Amerika meletakkan filem ini ke tangga ke-28 dalam senarai komedi 100 tertinggi sepanjang masa (dalam senarai "AFI's 100 Years...100 Laughs"). Pada 2005, IGN mengundi Ghostbusters komedi yang terhebat.

Filem ini berada di tempat ke-76 dalam senarai 100 Buah Filem Yang Paling Lucu" yang dikendalikan oleh Bravo.


Rujukan sunting