Gianluca Mancini (sebutan bahasa Itali: [dʒanˈluːka manˈtʃiːni]; lahir 17 April 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Itali.

Gianluca Mancini
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1996-04-17) 17 April 1996 (umur 28)
Tempat lahir Pontedera, Itali
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 23
Kerjaya remaja
2006–2015 Fiorentina[1]
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2017 Perugia 25 (1)
2017–2020 Atalanta 41 (6)
2019–2020Roma (pinjam) 32 (1)
2020– Roma 106 (6)
Pasukan kebangsaan
2017– Itali B21 13 (0)
2019– Itali 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:55, 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 September 2023

Kerjaya kelab sunting

Perugia sunting

Mancini menyertai Perugia pada pertengahan tahun 2015. Pada mulanya, beliau berpindah sebagai pemain pinjaman tetapi akhirnya seorang pemain tetap. Mancini melakukan penampilan sulungnya untuk Perugia pada 11 September 2015 dalam perlawanan Serie B menentang Pescara.[2]

Pada 1 Ogos 2016, Fiorentina mengumumkan bahawa pihak mereka telah menjual Mancini ke Perugia[3] secara percuma. Kemudian, ia didedahkan bahawa Fiorentina memiliki 50% ke atas pembeliannya untuk masa depan nanti.

Atalanta sunting

Pada Januari 2017, Mancini bersama Alessandro Santopadre telah diikat oleh Atalanta dengan perpindahan bernilai €200,000 dan €1 juta masing-masing.[4] Kedua-dua pemain tersebut kemudiannya dipinjam semula ke Perugia dari Atalanta.[5] Rundingan tersebut telah dituduh oleh seorang pendakwa raya sebagai satu manipulasi perpindahan pemain.[6] Pengerusi yang membabitkan kedua-dua kelab akhirnya dibebaskan atas salah laku pada Julai 2018.

Mancini melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menentang kelab lamanya, Fiorentina. Beliau mula beraksi setelah menggantikan Rafael Tolói pada 25 minit pertama.[7]

Pada 4 Februari 2018, beliau telah menjaringkan gol sulungnya untuk Atalanta ketika menentang Chievo dalam aksi Serie A.[8]

Roma sunting

Pada 17 Julai 2019, Mancini menyertai Roma secara pinjaman bersama pilihan untuk dibeli dengan nilai sebanyak €13 juta bersama bonus dan 10% daripada penjualan. [9]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 15 Mac 2019, Gianluca Mancini menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Itali di bawah kendalian Roberto Mancini untuk menghadapi perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Finland dan Liechtenstein.[10] Pada 26 Mac, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Itali ketika membelasah Liechtenstein 6–0.[11]

Beliau telah mewakili pasukan bawah-21 Itali untuk ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2019.[12]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 26 Mei 2019[13]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Perugia 2015–16 12 0 2 0 14 0
2016–17 15 1 1 0 16 1
Jumlah 27 1 3 0 28 1
  Atalanta 2017–18 11 1 2 0 0 0 13 1
2018–19 30 5 2 0 3 1 35 6
Jumlah 41 1 6 0 4 0 48 7
Jumlah kerjaya 68 7 7 0 3 1 78 8
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Europa

Antarabangsa sunting

Sehingga 11 Jun 2019[14]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2019 2 0
Jumlah 2 0

Catatan sunting

  1. ^ "Conosciamo i 'Giovanissimi' campioni d'Italia". Viola Channel (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). Florence: ACF Fiorentina. 17 June 2011. Dicapai pada 9 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 11 September 2015.
  3. ^ "Mancini al Perugia" [Mancini to Perugia]. Viola Channel (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). Florence: ACF Fiorentina. 1 August 2016. Dicapai pada 9 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "(236) – DEFERIMENTO DEL PROCURATORE FEDERALE A CARICO DI: Santopadre Massimiliano (Presidente della Società AC Perugia Calcio Srl), Goretti Roberto (all'epoca dei fatti responsabile dell'area tecnica della Società AC Perugia Calcio Srl), Percassi Luca (Presidente della Società Atalanta Bergamasca Calcio SpA), Sartori Giovanni (all'epoca dei fatti responsabile dell'area tecnica della Società Atalanta Bergamasca Calcio SpA), Società AC Perugia Calcio Srl e Atalanta Bergamasca Calcio SpA - (nota №13057/571pf17-18GP/GC/blp del 07.06.2018)" (PDF). Tribunale Federale Nazionale. Comunicato Ufficiale (dalam bahasa Italian). Italian Football Federation. 2018–19 (4). 12 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-14. Dicapai pada 14 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Calcio Mercato" (dalam bahasa Italian). Lega B. 14 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2017. Dicapai pada 17 March 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Cessioni sospette, bufera sul Perugia: deferiti Santopadre e Goretti". Il Messaggero (dalam bahasa Itali). 8 June 2018. Dicapai pada 9 June 2018.
  7. ^ "Azzurrini in the league: First Serie A goal for Mandragora and Mancini makes debut". vivoazzurro.it (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-06.
  8. ^ "Serie A Team of the Week | Round 23 | Forza Italian Football". forzaitalianfootball.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-06.
  9. ^ "Official: Roma take Atalanta's Mancini". Football Italia. London: Tiro Media. 17 July 2019. Dicapai pada 3 September 2019.
  10. ^ "Italy: Pavoletti & Quag in, Balotelli out". Football Italia. 15 March 2019.
  11. ^ "Euro 2020: Italy hit Liechtenstein for six". Football Italia. 26 March 2019.
  12. ^ https://www.figc.it/it/nazionali/news/nazionale-under-21-parte-avventura-europea-di-biagio-ufficializza-la-lista-dei-23-azzurrini/
  13. ^ "Gianluca Mancini". Dicapai pada 27 October 2018.
  14. ^ "Mancini, Gianluca" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 26 March 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting