Gilgamesh (/ˈɡɪl.ɡə.mɛʃ/; 𒄑𒂆𒈦, Gilgameš, originally Bilgamesh 𒄑𒉈𒂵𒈩) merupakan watak utama dalam epik Gilgamesh, sebuah puisi Akkadia yang dianggap hasil karya agung yang pertama dalam kesusasteraan,[1] dan dalam puisi Sumeria lebih awal. Dalam epik itu, Gilgamesh merupakan separa dewa dari segi kekuatan luarbiasa yang membina tembok kota Uruk untuk mempertahankan kaumnya dan mengembara untuk berjumpa pendita Utnapishtim, yang terselamat dari Banjir Besar .

Gilgamesh
Louvre Museum
Tempat tinggalBumi
SymbolLembu Jantan, Singa
Ibu BapaLugalbanda dan Ninsun

Gilgamesh pada umumnya dilihat oleh cendikiawan sebagai tokoh sejarah, kerana inskripsi telah dijumpai yang mengesahkan kewujudan tokoh lain yang dikaitan dengan beliau dalam epik ini. Sekiranya Gilgamesh wujud, dia mungkin seorang raja yang memerintah sekitar antara 2800 dan 2500 SM.[2] Daftar Raja Sumeria mendakwa bahawa Gilgamesh memerintah kota Uruk selama 126 tahun. Menurut Prasasti Tummal,[3] Gilgamesh dan anaknya, Urlugal membina semula kuil dewi Ninlil di Tummal, suku suci di bandar nya Nippur.


Rujukan Tulisan Pepaku Kuneiform sunting

Rujukan tulisan pepaku terawal mengenai Gilgamesh adalah dalam kelompok puisi Sumeria di mana dia muncul di bawah nama "Bilgamesh" (dieja dalam tulisan pepaku Sumeria sebagai 𒄑𒉈𒂵𒈩 GIŠ.NE.GA.MES atau 𒄑𒉋𒂵𒈨𒌍 GIŠ.NE-šeššig.GA.ME.U.U.U[4][5]).). Puisi ini termasuk kebanyakan cerita yang akan membentuk puisi berikutnya yang lebih terkenal, iaitu Epik Gilgamesh, yang ditulis dalam bahasa Akkadia. Yang paling terkini dan menyeluruh kisah mengenai legenda Gilgamesh merupakan dua belas tablet Versi Piwaian Babylonian, yang disusun sekitar 1200 SM oleh pendita eksorsis (mašmaššu) Sîn-lēqi-unninni.

Cebisan teks epik tersebut ditemui di Me-Turan (moden Tell Haddad ) menyatakan bahawa pada akhir hidupnya Gilgamesh telah dikebumikan di bawah dasar sungai. Rakyat Uruk mengalihkan aliran SUngai Euphrates yang melalui Uruk bagi tujuan mengkebumikan jenazah raja yang mati di dasar sungai. Pada bulan April 2003, satu ekspedisi Jerman mendakwa telah menemui tempat pengkebumiannya yang terakhir.[6]

Sesetengah teks Sumeria mengeja namanya sebagai Bilgamesh. Kesulitan awal dalam membaca tulisan pepaku kuneiform menyebabkan nama Gilgamesh itu yang pada mulanya diberikan sebagai "Izdubar" apabila sebahagian epik itu pertama kali diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1872.[7][8]

Sungguhpun Gilgamesh pada awalnya dianggap oleh para sarjana sebagai wira separa dewa, dia kini secara amnya dianggap sebagai raja dalam sejarah. Dalam kebanyakan teks tulisan pepaku, nama Gilgamesh didahului dengan "dingir berbentuk bintang" ideogram bagi makhluk dewa, tetapi tidak ada bukti mengenai kultus kontemporari, dan mitos Gilgamesh Sumeria membayangkan bahawa pendewaa merupakan satu perkembangan terkemudian (tidak seperti kes dewa -raja Akkadia). Inskripsi kuneiform telah dijumpai yang mengesahkan kewujudan sejarah tokoh-tokoh yang berkaitan dengan Gilgamesh dalam epik, seperti raja-raja Enmebaragesi dan Aga dari Kish. Sekiranya Gilgamesh adalah seorang raja sebenar, dia mungkin memerintah sekitar abad ke-26 SM.

Dengan peredaran zaman berlaku pertambahan secara beransur-ansur kisah mengenai Gilgamesh, sesetengahnya mungkin berasal dari kehidupan sebenar tokoh-tokoh sejarah yang lain, khususnya Gudea, pemerintah Dinasti Kedua Lagash (2144-2124 SM).[9]

Rujukan Berikutnya (bukan Kuneiform) sunting

Dalam tatal Qumran yang dikenali sebagai Kitab Gergasi (sekitar 100 SM) nama Gilgamesh dan Humbaba muncul sebagai dua daripada gergasi kuno, yang diberikan (dalam bentuk konsonan) sebagai glgmš dan ḩwbbyš. Teks yang sama kemudiannya digunakan di Timur Tengah oleh mazhab Manichaean, dan bentuk bahasa Arab Gilgamish/Jiljamish bertahan sebagai nama syaitan ymenurut ulama Mesir Al-Suyuti (sekitar 1500).[10]

Nama Gilgamesh muncul sekali dalam bahasa Yunani sebagai "Gilgamos" (Γίλγαμος), dalam De Natura Animalium oleh Claudius Aelianus (Mengenai Sifat Haiwan) 12.21 (ditulis sekitar AD 200).[11] Dalam cerita Aelian itu, Raja Babylon, Seuechorus atau Euechorus, diramalkan oleh ahli nujum bahawa cucunya Gilgamos akan membunuhnya, sehingga dia melemparkannya dari menara yang tinggi. Helang mengurangkan kejatuhannya, dan bayi itu ditemui dan dibesarkan oleh tukang kebun, akhirnya menjadi raja.

Theodore Bar Konai (sekitar AD 600), menulis di Syria, turut menyebut seorang raja Gligmos, Gmigmos atau Gamigos sebagai yang terakhir dari dua belas raja yang sezaman dengan para patriarch dari Peleg sehingga Abraham; kejadian ini juga dianggap sebagai peninggalan bekas ingatan mengenai Gilgamesh itu.[12][13]


Rujukan sunting

  1. ^ Keys, David (16 November 1998). "First lines of oldest epic poem found". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-30. Dicapai pada 20 August 2014. The beginning of the world's first truly great work of literature - the 4,000-year-old Mesopotamian Epic of Gilgamesh, the poem on which the story of Noah and the Flood was probably based - has been discovered in a British Museum storeroom.
  2. ^ Dalley, Stephanie (2000). Myths from Mesopotamia (ed. Revised). Oxford University Press. m/s. 40. ISBN 0-19-283589-0. Precise dates cannot be given for the lifetime of Gilgamesh, but they are generally agreed to lie between 2800 and 2500 BC.
  3. ^ The Tummal Inscription, an expanded king-list based on the standard Old Babylonian copy-texts, which exist in numerous examples, from Ur and Nippur.
  4. ^ gilgameš, gilgameš2, dan gilgameš3 dalam Kamus Sumeria Eletronik Pennsylvania [1] Diarkibkan 2018-09-24 di Wayback Machine
  5. ^ Epik Gilgamesh, diterjemah oleh Andrew George 1999, Penguin Books, Harmondsworth, p. 141, ISBN 978-0-14-044721-7
  6. ^ "Gilgamesh tomb believed found", BBC News, 29 April 2003
  7. ^ Smith, George (1872). "The Chaldean Account of the Deluge", in Transactions of the Society of Biblical Archaeology, Volumes 1-2, pp.213–214. Society of Biblical Archæology; London.
  8. ^ Alfred Jeremias, Izdubar-Nimrod, eine altbabylonische Heldensage (1891).
  9. ^ N.K. Sandars, introduction to The Epic of Gilgamesh (Penguin, 1972:16).
  10. ^ A. R. George, The Babylonian Gilgamesh epic p 60.
  11. ^ Walter Burkert: The Orientalizing Revolution; 1992, p. 33 note 32.
  12. ^ George, The Babylonian Gilgamesh epic p. 61
  13. ^ Tigay, The Evolution of the Gilgamesh Epic p. 252.

Bibliografi sunting

  • Damrosch, David (2007). The Buried Book: The Loss and Rediscovery of the Great Epic of Gilgamesh. Henry Holt and Co. ISBN 0-8050-8029-5.
  • Electronic Text Corpus of Sumerian Literature, “Narratives featuring… Gilgameš”
  • George, Andrew [1999], The Epic of Gilgamesh: the Babylonian Epic Poem and Other Texts in Akkadian and Sumerian, Harmondsworth: Allen Lane The Penguin Press, 1999 (published in Penguin Classics 2000, reprinted with minor revisions, 2003. ISBN 0-14-044919-1
  • George, Andrew, The Babylonian Gilgamesh Epic - Introduction, Critical Edition and Cuneiform Texts, Oxford: Oxford University Press, 2 volumes, 2003.
  • Gmirkin, Russell E, Berossus and Genesis, Manetho and Exodus, New York, T & T Clark International, 2006.
  • Foster, Benjamin R., trans. & edit. (2001). The Epic of Gilgamesh. New York: W.W. Norton & Company. ISBN 0-393-97516-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Hammond, D. & Jablow, A. [1987], “Gilgamesh and the Sundance Kid: the Myth of Male Friendship,” in Brod, H. (ed.), The Making of Masculinities: The New Men's Studies, Boston, 1987, pp. 241–258.
  • Kovacs, Maureen Gallery, transl. with intro. (1985,1989). The Epic of Gilgamesh. Stanford University Press: Stanford, California. ISBN 0-8047-1711-7. Check date values in: |year= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) Glossary, Appendices, Appendix (Chapter XII=Tablet XII).
  • Jackson, Danny (1997). The Epic of Gilgamesh. Wauconda, IL: Bolchazy-Carducci Publishers. ISBN 0-86516-352-9.
  • Mitchell, Stephen (2004). Gilgamesh: A New English Version. New York: Free Press. ISBN 0-7432-6164-X.
  • Oberhuber, K., ed. (1977). Das Gilgamesch-Epos. Darmstadt: Wege der Forschung.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Parpola, Simo, with Mikko Luuko, and Kalle Fabritius (1997). The Standard Babylonian, Epic of Gilgamesh. The Neo-Assyrian Text Corpus Project. ISBN 9514577604.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Pettinato, Giovanni (1992). La saga di Gilgamesh. Milan, Italy: Rusconi Libri. ISBN 978-88-18-88028-1.