Gimnasium Universiti Peking

Gimnasium Universiti Peking merupakan sebuah arena tertutup yang terletak di tenggara Universiti Peking, Beijing, China.

Gimnasium ini masih dalam pembinaan sebagai persediaan Sukan Olimpik 2008. Ia akan menganjurkan acara ping pong.

Gimnasium ini mempunyai lantai yang berkeluasan 26,900 m², 6,000 tempat duduk kekal dan 2,000 tempat duduk sementara. Ia dijadualkan akan siap dibina pada Ogos 2007.

Pada pagi 2 Julai 2007, gimnasium ini kebakaran ketika kerja-kerja mengimpal dijalankan. Tiada mangsa kebakaran dan kecederaan direkodkan.

Lihat juga sunting