아 준비해 주세요 런닝맨에 퇴근 씨 태안에 런닝맨 좀 해 테너 씨가 태연에 지금 나 아버님과 런닝맨 멤버님이랑 함께 남기는 어 중국어 로 김종국 나이 저렴한 그 배우 센스 그럼 뭐 예수님 많이 온다 황금 거랑 건강네 저의 마마님과 남해 한번 애원 의 센터 맘이 없었지 말라는 거예요 그럼 제일 작은 거예요 천교육교 맘이 아니고요 마음에다가 쳤어요 전기 아빠 도 많이 애모 전기 어느 거야 만세 제천에도 어떡해 마무리 되지 오늘이면 되지 말고 너랑 고생은 내가 오빠 는 방법 이에요 여보세요 여보세요 짐작하고 예원어요 네 알겠습니다 내 자기 언제 가서 지금 거래심 삼성 어 저기 아파트 안가 현정이 많이 노래 한다말 제발집남편이알아듣지 마라 런닝맨 런닝맨 okey alhamdulillah 고맙습니다 전기 나림면 좌우에 엄청 덥네 새로운 놀이 믿음과 채팅 봐 돈 많이 듣고 아빠 calon sembang 정말 이렇게 좋고 재미있는 걸로 예요 이 좋지만

Kerjaya sunting

2007–2008: Penampilan pertama dan 소녀시대 (Sonyeo Shidae) sunting

Pada tahun 2007, di atas pentas kelolaan rancangan realiti School of Rock saluran Mnet Girls Generation telah mengadakan persembahan pentas yang pertama mereka walaupun tidak rasmi.[1] Girls' Generation mempersembahkan single pertama mereka bertajuk "다시 만난 세계 (Into the New World)" (Bertemu Lagi Dunia Baharu (Into the New World)) yang juga dirakamkan untuk disiarkan dalam rancangan realiti-dokumentari mereka Mnet Girls' Generation Goes to School. Tidak lama kemudian, single pertama mereka merangkupi lagu "다시 만난 세계", "Beginning" dan "Perfect For You (소원)" (Hajat) juga runut instrumental "다시 만난 세계" dilancarkan. Debut rasmi kumpulan ini berlangsung pada 5 Ogos 2007 di pentas Inkigayo SBS, kemudiannya di Music Core MBC dan juga Music Bank KBS. "Bertemu Lagi Dunia Baharu" mencapai tangga pertama di M! Countdown.[2][3]

Girls' Generation melancarkan album penuh pertama mereka bertajuk "소녀시대" dengan 11 runut pada lewat musim luruh tahun 2007 dengan single "소녀시대 (Sonyeo Shidae)" yang disadur daripada lagu Lee Seong-Cheol pada tahun 1989. Juga disertakan dua lagu daripada album single pertama mereka iaitu "다시 만난 세계" dan "Honey (소원)" -lagu "Perfect For You" yang diberi tajuk baru. Kumpulan ini memenangi K-Chart pertama mereka setelah meraih tangga teratas carta Februari Music Bank KBS dengan lagu "Kissing You", single kedua daripada album pertama yang mula dipromosikan bermula awal 2008.[4][5]

Album pertama mereka telah dilancar-semula selepas dipakej-semula dan diberi judul baru "Baby Baby". Single ketiga "Baby Baby", dilancarkan untuk promosi. Sementara itu, tiga orang ahli Jessica, Tiffany dan Seohyun tampil dalam album mini kumpulan RoomMate, dari syarikat Purple Communication "RoomMate: Emotional Band Aid" dan dilancarkan pada satu Disember 2008. Tiga gadis itu menyanyikan "오빠 나빠" (bermaksud "Abang Jahat") yang secara digitalnya dilancarkan pada bulan empat tahun itu. Lagu ini dipersembahkan secara langsung di Inkigayo SBS, Music Bank KBS dan M! Countdown. Tidak lama kemudian, tiga ahli itu melancarkan pula "Mabinogi" (It's Fantastic) iaitu lagu tema permainan elektronik Mabinogi keluaran Nexon dan melibatkan Tiffany dengan pembikinan klip video.[6]

Dalam rancangan realiti Factory Girl terbitan Mnet, ahli Girls' Generation berkerja secara intern dengan majalah fesyen Elle Girl versi Korea dan artikel-artikel yang ditulis mereka disiarkan. Program ini bermula siar pada awal bulan sepuluh 2008. Hujung tahun itu, mereka menyertai konsert SM Town Live '08 bersama artis-artis lain SM Town.

2009: Gee, Genie, dan menjadi terkenal sunting

Disember 2008. Poster-poster para anggota Girls' Generation memakai kasut roda telah ditampal di beberap lokasi sekitar Seoul. Talian telefon SM Entertaintment dihujani panggilan bertanyakan perihal poster-poster apakah ada dijual sehinggakan pihak syarikat ada meminta peminat agar tidak menanggalkan poster untuk simpanan peribadi. Lalu pada hari ke 29 bulan itu, pihak pengurusan akhirnya menyatakan bahawa poster-poster tersebut sememangnya poster teaser (usikan) dan Girls Generation akan melancarkan Extended Play pertama, "Gee" mereka pada Januari 2009.

Sebuah video teaser dilancarkan pada bulan satu 2009 dan single "Gee" kemudiannya yang mendaki ke tangga teratas carta muzik jaman Cyworld pada hari itu juga. Lagu "Gee" mendapat tempat pertama di kebanyakan carta digital utama dalam dua hari dan klip videonya mencatat rekod satu juta tontonan di GomTV dalam sehari selepas pelancaran.

Promosi untuk "Gee" bermula pada bulan itu juga di Music Core MBC dengan Girls' Generation menyanyikan single utama mereka "Gee" dan juga "힘내! (Way To Go)" (Tabahlah! (Way To Go)). "Gee" langsung menjadi fenomena, memecahkan rekod kedudukan nombor satu berturutan dengan sembilan kemenangan berturutan di Music Bank, malah menerima triple crown di Inkigayo SBS. "Gee" juga kukuh di carta-carta lain, di Mujikon, Melon dan carta MNet untuk lapan minggu berturut-turut. Di carta Dosirak selama tujuh minggu, carta Muse enam minggu dan carta Baksu selama empat minggu.

 
Mempersembahkan "Genie" di LG Mobile Worldcup in 2009

Selepas tempoh rehat yang agak pendek, SM Entertaintment mengumumkan bahawasanya Girls' Generation akan kembali dengan album mini baharu dengan konsep busana "Marine Girl". Single terbaharu bertajuk "소원을 말해봐 (Genie)" (Sebutlah Hajatmu (Genie)) dan album mini penuhnya dilancarkan secara digital pada 22 Jun 2009. Aktiviti promosi bermula pada hari ke-26 bulan itu juga di pentas Music Bank KBS diikuti persembahan di Music Core MBC pada 27 Jun dan Inkigayo SBS pada keesokannya. Album fizikalnya dilewatkan agar dapat SM Entertaintment mereka semula kulit album untuk meredakan kontroversi yang melanda berhubung rekaan kulit album "소원을 말해봐 (Genie)" dan dilancarkan pada 29 Jun 2009.

Runut itu terbukti berjaya apabila menguasai pelbagai laman muzik, termasuk Melon, Dosirak, Mnet dan Bugs. Juga tempat pertama di carta-carta mingguan dan carta mingguan nada dering SKT pada minggu pertama bulan tujuh 2009. Album mini ini terjual pada anggaran 50,000 lebih salinan dalam minggu pertama selepas pelancaran (sekali ganda jumlah jualan minggu pertama "Gee"), penampilan luar biasa untuk mana-mana kumpulan gadis Korea.

2010: Oh!/Run Devil Run, debut di Jepun dan Hoot sunting

Pada tahun 2010, di bulan Januari, Oh!, album penuh kedua telah disahkan oleh SM Entertainment dan dilancarkan pada 28 haribulan. Namun, single utama "Oh!" telah dilancarkan awal pada 25 haribulan dan klip videonya 27 haribulan. Pada 30 Januari, aktiviti promosi bermula dengan rakaman Music Core MBC. Pada penghujung siaran rakaman persembahan itu, terjadi keputusan tenaga elektrik lalu pihak MBC memuat naik keseluruhan persembahan di internet. "Oh!", Girls' Generation memenangi K-Charts lima kali berturut-turut di Music Bank, malah memenangi juga K-Charts pertengahan tahun dan hujung tahun. "Oh!" mencapai triple crown di Inkigayo SBS, dan mendapat tempat kedua di carta jualan album setengah tahun pertama Hanteo. Klip videonya menjadi video Youtube yang paling banyak ditonton di Korea Selatan pada penghujung 2010. Pertama di Hong Kong dan top 10 di Taiwan dan Jepun.

 
Girls Generation menyampaikan lagu HOOT

Bermula 11 hari bulan tiga, gambar-gambar para ahli dengan konsep suram di gelar "Black SoShi" dimuatkan di internet. Video teaser di mula-siar pada 16 haribulan dan single baharu "Run Devil Run" dilancarkan secara digital pada 17 haribulan. Pada 22 Mac itu, album pakej-semula "Oh!" dipasarkan dengan judul "Run Devil Run" dengan tambahan tiga lagu baru iaitu "Run Devil Run", "Echo" dan versi akustik R&B untuk lagu "별별별 (☆★☆)" (Bintang Bintang Bintang (☆★☆)).

Pertengahan Jun, telah diumumkan bahawa Girls' Generation telah pun menandatangani kontrak untuk berkerja di bawah Nayutawave Records iaitu anak syarikat Universal Music Jepun pada Mei yang lalu dengan anggaran pelancaran single pertama Jepun mereka pada bulan September 2010. Namun, gadis-gadis ini telah memulakan promosi pada bulan Ogos. "少女時代到来~初来日記念盤~" (Ketibaan Girls' Generation ~ Cakera Memperingati Julung Kalinya di Jepun), sebuah DVD yang menampilkan tujuh buah video klip Girls' Generation dan sebuah klip rakaman bonus istimewa dilancarkan pada 11 Ogos, dengan edisi istimewa mengandungi glowstick merah jambu dan juga pas kepada debut Girls' Generation di Colosseum Ariake Tokyo pada 25 Ogos. Dalam minggu pertama selepas pelancaran, DVD istimewa ini terjual sebanyak 23,000 salinan, meletakkannya di tempat keempat kedudukan DVD mingguan Oricon dan tempat ketiga DVD muzik mingguan, menjadikan Girls' Generation kumpulan k-pop perempuan pertama mencapai "Top-5" kedudukan DVD Oricon. Jualan untuk buku-bergambar pertama mereka “少女” (So Nyeo (Gadis)), mencapai anggaran 1.6 billion won (± RM 4,270,000) walau belum dipasarkan.

Sambil cergas dengan aktiviti di Jepun, mereka juga menyertai Jelajah Dunia SMTown Live '10 bersama rakan sesyarikat pada 21 Ogos di Panggung Sukan Olimpik Jamsil di Seoul. Begitu juga di Shanghai, Los Angeles, Paris dan Tokyo.

Pada 25 Ogos, gadis-gadis ini mengadakan showcase pertama mereka di Colosseum Ariake Tokyo. Dilaporkan inilah perancangan paling besar skalanya untuk artis Korea yang muncul di Jepun dengan sebanyak 10,000 orang peminat dijemput. Walaubagaimanapun, disebabkan kedatangan yang dijangkakan tinggi, pihak pengurusan mengumumkan showcase mereka akan diadakan sebanyak tiga kali pada hari yang sama berbanding sekali untuk menampung jumlah penonton yang dianggar paling kurang 22,000 orang. Pada showcase ini juga, klip video Genie versi Jepun ditayangkan buat pertama kali selepas teasernya di lancarkan beberapa hari sebelum itu (20 Ogos).

Single "Genie" untuk debut Jepun terus muncul pada tempat ke-5 pada hari pelancarannya di Carta Harian Oricon dan kemudiannya mendaki ke tempat ke-2 meraih tempat ke-4 untuk kedudukan mingguan Oricon. Pada carta muzik video iTunes Jepun mereka meraih tempat pertama, juga pertama untuk carta clip video harian Rekochoku dan carta kedudukan harian wayang yang mendatang sehari kemudian. Dengan pra-tempah yang menggunung (80,000), single ini dianggar terjual pada 45,000 salinan di minggu pertama pelancaran. Pada 20 hari bulan sepuluh 2010, single ke-2 mereka "Gee" dilancarkan.

Seminggu selepas single Jepun mereka dipasarkan, para gadis ini melancarkan album mini Korea ketiga mereka "Hoot" pada pada 27 Oktober 2010 yang mengandungi lima buah runut. Klip video untuk single utama mereka "Hoot" -yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris sebagai "BUlletproof" (kalis peluru)- dilancarkan pada 28 Oktober. Girls' Generation memulai aktiviti promosi di Music Bank KBS pada 29 haribulan. Lalu, dalam masa yang singkat "Hoot" memanjat ke puncak carta-carta dan meraih tempat pertama sebanyak beberapa kali di pelbagai rancangan muzik, membuktikan satu lagi kejayaan untuk mereka. Girls' Generation mempromosikan "Hoot" di Korea dan "Gee" dan Jepun serentak, menyertai siaran-siaran muzik Jepun seperti Festival Muzik FNS yang mereka persembahkan dua buah single Jepun mereka, "Gee" dan Genie" pada empat Disember.

22 Disember 2010. "Hoot" telah dipakej-semula dengan runut-runut tambahan daripada album-album lepas dan di pasarkan di Jepun. Album pakej-semula ini naik ke tempat ke-2 di carta-carta Oricon dan terjual sebanyak 21,000 salinan pada hari pertama, jumlah yang memuaskan memandangkan semua lagu-lagu yang tersenarai adalah dalam bahasa Korea semata-mata.

Pada 9 Disember 2010, Girls' Generation menghadiri Anugerah Golden Disk dan diganjarkan tiga jenis anugerah termasuk Disk Daesang (Album Tahun Ini) untuk album ke-2 "Oh!". Mereka menjadi kumpulan gadis pertama yang memenangi kedua-dua Disk Daesang (2010) dan Digital Daesang (2009). Pada 15 Disember, mereka menghadiri pula Anegerah Muzik Melon memenangi anugerah Busana Penyanyi Terbaik, anugerah Lagu Trend Panas untuk lagu mutakhir mereka, "Hoot", juga anugerah Artis Tahunan yang merupakan anugerah ke-2 berturut-turut untuk Girls' Generation. Girls' Generation memenangi carta Anugerah Penyanyi tahunan Hanteo 2010.

Girls' Generation disenaraikan Asia Today sebagai ketua kuasa Korea pada tempat ke-44 tahun 2011, menjadi satu-satunya kumpulan idola yang tersenarai. Girls' Generation ditabalkan sebagai "Artis Tahunan" oleh Dosirak, Soribada, Korea Gallup, Hanteo dan Sport Korea dan juga memenangi Lagu Terbaik dengan "Oh!" di Monkey 3.

2011: Mr. Taxi, Girls' Generation dan The Boys sunting

Hoot diakui bertaraf Emas oleh Industry Rakaman Jepun. Sebermulanya 2011, Girls' Generation menyediakan lagu baru bertajuk "Visual Dream" sebagai sebahagian daripada usaha sokongan tajaan mereka untuk cip Pemproses Teras kepunyaan Intel di seluruh Asia. Klip Video "Visual Dream" mula bersiar pada 17 Januari, dan disertakan dengan pelbagai kempen promosi termasuk muzik baru, klip Video 3D dan 2D, laman sesawang, gambar-gambar dan pameran kedai komputer.

Lewat pertengahan Januari, diumumkan bahawa Girls' Generation akan pulang ke pasaran Jepun melalui pelancaran single digital "Run Devil Run" versi Jepun mereka yang dijadualkan pada 25 haribulan.

20 Januari, di Anugerah Muzik Seoul ke-20, Girls' Generation menerima anugerah Artis Tahunan, hadiah Bonsang, anugerah Populariti dan Hallyu. Begini, Girls' Generation menjadi salah satu daripada empat artis dalam sejarah muzik Korea yang memenangi anugerah Artis Tahunan di Anugerah Muzik Seoul. Girls' Generation juga menjadi satu-satunya kumpulan gadis dalam sejarah yang menerima Anugerah Artis Tahunan untuk Anugerah Muzik Seoul dan Anugerah Muzik Melon untuk dua tahun berturutan. Mereka juga menerima Anugerah Daesang (teragung/terbesar/terutama) di acara Golden Disk, sebuah Digital Daesang untuk tahun 2009, dan juga anugerah Jualan Album Fizikal 2010.

Lapan hari bulan tiga, SM Japan mengemaskini laman web rasmi mereka dengan maklumat perihal pelancaran single Jepun ketiga Girls' Generation. Dinyatakan pada 27 April, Girls' Generation akan melancarkan "MR. TAXI / Run Devil Run" yang mengandungi "MR. TAXI" lagu berbahasa Jepun julung mereka, dan lagu "Run Devil Run" yang ditulis semula dalam bahasa Jepun. Sebahagian daripada keuntungan daripada single ini akan didermakan kepada Palang Merah Jepun untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011. Sembilan April, klip video "Run Devil Run" versi jepun bermula-siar.

Juga diumumkan bahawa Girls' Generation akan konsert jelajah Jepun berjudul "The 1st Japan Arena Tour" yang akan bermula di Osaka pada 31 Mei. Sebanyak 14 konsert didalam enam buah bandaraya akan diadakan sepanjang sebulan setengah.

Di acara Muzik Video MTV Bantu Jepun (MTV Video Music Aid Japan (VMAJ)) 2011, Girls' Generation telah tercalon dibawah tiga buah anugerah iaitu "Video berkumpuan Terbaik", "Video Terbaik Tahunan" dan "Lagu Karaokee! Terbaik. Majlis yang pada asalnya bernama "Anugerah Muzik Video MTV Jepun (MTV Video Music Awards Japan (VMAJ))" sebelum ditukar untuk memberi tumpuan kepada membantu Jepun, dengan dermaan diikat kepada jumlah undian untuk para artis. Girls' Generation merpersembahkan dua buah lagu, menyertai barisan bintang-bintang yang lain termasuk artis terkenal sedunia yang lain termasuk Tokio Hotel, Lady Gaga dan AKB48. Pada dua Julai diumumkan yang mereka telah memenangi dua daripada tiga kategori pencalonan iaitu "Video Berkumpulan Terbaik" dan "Lagu Karaokee! Terbaik" untuk lagu "Genie" versi Jepun.

Satu hari bulan enam 2011, Girls' Generation melancarkan "Girls' Generation", album penuh Jepun julung mereka. Album ini mengandungi 12 buah lagu termasuk single "Genie", "Gee", "Run Devil Run", "MR. TAXI" dan "Hoot" versi Jepun.

Album "Girls' Generation" diakui Platinum (250,000) oleh Persatuan Industri Rakaman Jepun pada 14 Jun 2011, menjadikannya album artis Korea yang ke-5 selepas S.E.S, BoA, TVXQ dan KARA. Kemudiannya dianugerahkan pula Platinum Berkembar (500,000) pada lapan Julai 2011. Julung kali untuk mana-mana kumpulan gadis Korea. Girls' Generation juga mencapai rekod "jualan album PERTAMA yang tertinggi di Jepun oleh artis luar. Girls' Generation ialah artis ke-4 yang memperoleh tempat pertama di carta album mingguan selepas Boa, TVXQ dan Big Bang," dan menjadi artis Korea ke-3 yang melangkaui aras 500,000 unit selepas BoA dan TVXQ. Sebagai hasil meningkatnya keketerkenalan mereka, Girls' Generation menjadi artis luar yang memperoleh pendapatan tertinggi pada separuh pertama tahun 2011. Girls' Generation telah menjual lebih 629,436 salinan, dan memegang tempat ke-5 untuk jualan album terbaik 2011 di Jepun menurut Oricon.

Yang terbaharu, Girls' Generation sedang cergas dengan Jelajah Asia ke-2 mereka. Mereka mengadakan dua buah konsert di Seoul pada 23 dan 24 Julai, diikuti dengan Taipei, Taiwan pada sembilan, 10 dan 11 September dan seterusnya di Singapura pada sembilan hari bulan 12.

21 Ogos, DVD The 1st Asia Tour: Into The New World mendapat tempat pertama di "Tower Records" Jepun kerana menjadi DVD terlaris terjual antara 15 hingga 21 Ogos.

Girls' Generation dicalonkan sebagai "Penghibur Paling Berpengaruh di Korea" untuk tahun 2011 oleh pihak akhbar SISA setelah mendapat tempat ke-6 pada tahun 2010.

Pada 26 hari bulan sembilan, teaser pertama yang menampilkan Taeyon dilancarkan untuk comeback mereka yang mendatang dengan album berbahasa Korea ke-3 "The Boys" diikuti oleh Sunny dan Hyoyeon pada 27 haribulan, Jessica, Sooyoung dan Tiffany pada 28 haribulan dan Yuna, Yuri dan Seohyeon pada 29 haribulan. Citra teaser pertama "The Boys" dilancarkan pada tengah malam satu Okteber 2011 melalui saluran YouTube SM Entertaintment.

Pada asalnya Girls' Generation dijadualkan untuk melancarkan album "The Boys" menerusi iTunes di seluruh dunia dan pelbagai laman muzik di Asia termasuk Korea pada lima September 2011. Namun pada 30 September didedahkan bahawa pelancarannya telah di tangguhkan. 10 hari bulan 10, disahkan bahawa album ini akan dilancarkan pada 19 Oktober 2011, dan comeback di Music Bank KBS pada 21 haribulan.

Meletakkan pandangan pada pasaran antarabangsa, Girls' Generation menanda kontrak dengan Universal Music Group dibawah Interscope records.

Runut judul "The Boys" di lancarkan dalam bahasa Korea dan Inggeris. Ia telah ditulis, dikarang dan disusun oleh Teddy Riley, yang pernah menerbitkan lagu untuk Michael Jackson dan kumpulan R&B Blackstreet.

Beberapa minit selepas pelancarannya, Girls' Generation mencapai taraf all-kill pada semua carta utama dalam dan luar talian di Korea.

21 Oktober 2011, Girls' Generation memulakan promosi dengan kemunculan di Music Bank KBS mepersembahkan "The Boys" dan "MR. TAXI". Pada 23 haribulan pula, di konsert SMTown Live '10 Wourld Tour mereka mengesahkan bahawa Maxi-Single "The Boys akan dilancarkan di seluruh dunia pada 19 November 2011 walau kemudiannya di tunda ke lapan Disember.

 
Girls' Generation membersempahkan "The Boys" di SM TOWN New York pada 23 hari bulan 10 2011

Seminggu selepas kemunculan comeback mereka, Girls' Generation memenangi anugerah tempat pertama untuk "The Boys" yang pertama mereka di M! Countdown pada 27 Oktober, yang ke-2 di Music Bank KBS pada 28 Oktober, dan yang ke-3 di Inkigayo SBS pada 30 Oktober menjadikan "The Boys" bertaraf all-kill di semua carta aturcara muzik. Mereka juga kemudiannya menerima "triple crown" di Inkigayo SBS. Keseluruhannya, Girls' Generation telah menang sebanyak 12 kali di pelbagai aturcara muzik.

"The Boys" terjual sebanyak 227,994 unit dalam masa hanya 12 hari di Korea Selatan sahaja menjadi album jualan terbaik bulan Oktober dan album jualan ketiga terbaik sepanjang 2011 ketika itu.

Telah diumumkan pada 11 hari bulan 11 2011 yang Girls' Generation akan memasarkan photobook Jepun rasmi mereka bertajuk "Holiday". Girls' Generation's The 1st Japan Arena Tour iaitu rakaman langsung konsert mereka di Jepun juga dipasarkan dengan format ''Blu-ray'' dan DVD bermula 14 Disember.

"Holiday", iaitu buku kumpulan gambar Jepun pertama menyambar tempat pertama di carta kedudukan jualan buku dibawah kategori kumpulan gambar. Buku yang mengumpulkan gambar-gambar para gadis ini menikmati masa senggang mereka terjual sebanyak 17,000 salinan pada minggu pertama jualan bermula pada 30 November. Pada keseluruhan kedudukan jualan buku, buku ini terletak pada tangga ke-18.

Girls' Generation juga menyertai album kompilasi "2011 Winter SMTown - The Warmest Gift" bersama teman sesyarikat menyanyikan lagu "Diamond", yang telah dipasarkan bermula 13 Disember 2011.

Pada penghujung Disember, "The Boys" telah terjual sebanyak 385,348 salinan di Korea Selatan, menjadi album yang terbanyak dijual pada tahun 2011.

2012: David Letterman, Kelly, Le Grand Journal dan Anugerah-anugerah, TaeTiSeo, kembali ke Jepun sunting

12 Januari 2012, Girls' Generation menghadiri Anugerah Golden Disk di Osaka, dengan keputusannya mereka membawa pulang dua anugerah dipanggil "Digital Bonsang" dan "Digital Daesang" yang merupakan anugerah tertinggi diberikan malam itu. Pada 19 Januari pula, mereka ke Anugerah Muzik Seoul juga membawa pulang dua lagi anugerah, "Bonsang" dan "Populariti".

Pada 31 Januari, Girls' Generation buat pertama kalinya berpersembahan di rancangan lewat malam Amerika Late Show with David Letterman. Mereka mempersembahkan versi remix versi bahasa Inggeris "The Boys" diikuti persembahan di rancangan bual-bicara Live! with Kelly keesokannya. Kemunculan mereka menandakan pertama kalinya penampilan persembahan muzik dari Korea untuk kedua-dua rancangan. Kumpulan ini juga tampil di rancangan Perancis, Le Grand Journal pada sembilan Februari 2012.

Tujuh Februari, didedahkan bahawa Girls' Generation akan secara rasminya melancarkan album "The Boys" di Perancis pada 13 Februari melalui Polydor Records Kumpulan Universal Music .

22 Februari, Girls' Generation memenangi dua anugerah Carta Gaon, iaitu Album of The Year untuk suku keempat dan "Penyanyi Hallyu Oricon".

23 Mac, Girls' Generation telah membuat persembahan debut di Malaysia, sebagai pelancaran konsert Twin Towers @Live 2012 di Menara Berkembar Petronas.

Pada 19 April, SM Entertainment telah mengumumkan sub-unit pertama Girls' Generation, TaeTiSeo. Ahli-ahli yang akan menyertai sub-unit tersebut ialah Taeyeon, Tiffany, dan Seohyun. Mini album pertama TaeTiSeo bertajuk "Twinkle" bakal dilancarkan pada 29 April , 2012.

2013: I Got a Boy, Tour dan Love & Peace sunting

Pada January 1, 2013, Girls' Generation melancarkan 4th korea album,I Got a Boy. Mereka menentukan hala dalam pelbagai carta album Billboard, termasuk menduduki carta nombor satu di carta World Album. Kumpulan ini memulakan penampilan promosi di Mnet's M! Countdown sehingga bulan Februari. Girls' Generation mengadakan sejam "Konsert Maya" disiarkan secara langsung melalui Naver Muzik pada 5 Januari 2013 di mana mereka menyampaikan lagu " I Got A Boy", "Talk Talk" dan "Dancing Queen".

Girls ' Generation memulakan Tour Girls & Peace : Jepun Tour di Kobe pada 9 Februari 2013. Tour ini telah dihadiri oleh lebih 200,000 orang. Kumpulan ini mengeluarkan remix pertama Jepun bertajuk, Best Selection Non Stop Mix pada Mac 20, 2013. Album tersebut menduduki nombor 6 pada carta album mingguan Oricon. kumpulan itu mengeluarkan album studio ketujuh mereka, "Love & Peace" pada 11 Dis, 2013 selepas merilis "Love&Girls", "Galaxy Supernova" dan "My Oh My" pada tahun 2013.

 
Girls Generation di konsert japan Love&Peace

S.M. Entertainment mengumumkan bahawa Girls Generation membuat persembahan "SM Town Week" pada 22 Disember, 2013.

2014: Mr.Mr., The Best, Jepun Tour ke-3 and Pengunduran Jessica sunting

Pada 10 Februari 2014, S.M. Entertaiment melancarkan klip video terbaru di saluran YouTube rasmi mereka iaitu Mr.Mr. .video klip secara penuh telah dikeluarkan pada 24 februari 2014.

Keadaan menjadi semakin mencabar apabila satu laporan eksklusif oleh OSEN mendedahkan bahawa semasa proses suntingan untuk muzik video terbaru,telah berlaku kehilangan data menyebabkan penghapusan sebahagian daripada rakaman. Girls 'Generation asalnya merancang untuk melancarkan trek dan video muzik pada 19 hari bulan dan kemunculan semula mereka di M! Countdown pada 20 hari bulan .tetapi ditunda untuk proses pengeditan semula muzik video itu dan melancarkan semula pada 24 februari 2014. Girls' Generation meriliskan muzik video "Mr.Mr" pada 24 Februari di laman web muzik Korea dan luar negara, termasuk di iTunes. Album itu dikeluarkan pada 27 Februari, 2014 . Berikutan pengeluaran album ini, "Mr.Mr." menjadi hit di sembilan laman web muzik yang berbeza,lagu tersebut meduduki carta nombor satu di Melon, Mnet, Olleh, Bugs, Genie, Soribada, Monkey3, Naver, Daum.Dalam masa satu jam lagu tesebut mencapai "ALL KILL" di semua carta muzik korea,antara rekod yang paling tinggi yang pernah dicapai didalam semua carta.Yang kedua tertinggi ialah Girls' Generation - TTS"Twinkle",

Girls 'Generation telah mengeluarkan Album "The Best" di Jepun pada 23 Julai 2014. Album ini termasuk trek hit sebelum ini dan juga lagu-lagu baru,dan disebalik pembikinan video mereka bermula daripada mereka debut di jepun sehingga sekarang. Selepas seminggu meriliskan album tersebut , album itu telah terjual lebih daripada 75,000 salinan, mendahului carta mingguan Oricon muzik di Jepun. Dengan pencapaian tersebut Girls Generation digelar Kumpulan wanita pertama bukan jepun mempunyai tiga album jepun terbaik yang menduduki carta pertama di Jepun.(diikuti dengan tour Love&peace).

kumpulan itu berjaya menamatkan siri lawatan konsert ketiga "~ Girls Generation Love & Peace ~ 3rd Jepun Tour" yang diadakan pada bulan April di Fukuoka. Pada bulan Ogos, Pitchfork menyenaraikan dua lagu Girls ' Generation iaitu "I Got A Boy" dan "Gee" sebagai sebahagian daripada 20 lagu K-pop yang terbaik sepanjang zaman.

 
Jessica:bekas ahli Girls Generation

Pada September 2014, Girls ' Generation menjadi kumpulan K-Pop pertama yang mempunyai 3 video rasmi YouTube, "Gee", "I Got A Boy" dan "The Boys" dengan lebih 100 juta orang yang menonton video tersebut. Semua sembilan anggota tersebut telah menandatangani kontrak pembaharuan 3 tahun dengan SM Entertainment sebelum 7 tahun kontrak yang pertama akan tamat tempoh. Walau bagaimanapun, pada 30 September, 2014, SM Entertainment mengumumkan Jessica tidak lagi menjadi ahli dan kumpulan itu dan mereka akan meneruskan aktiviti dengan berbaki 8 orang ahli tersebut.

Sub-Unit sunting

Pada 19 April, SM Entertainment telah mengumumkan sub-unit pertama Girls' Generation, TaeTiSeo. Ahli-ahli yang menyertai sub-unit tersebut ialah Taeyeon, Tiffany, dan Seohyun. Mini album pertama TaeTiSeo bertajuk "Twinkle" telah dilancarkan pada 29 April , 2012.Pada 16 September 2014, TaeTiSeo telah melancarkan album kedua mereka bertajuk yang Holler .Album Holler Ini telah di sambut hangat oleh peminat dan berjaya meraih kedudukan no.1 carta dalam Muzik Bank

Kesenian sunting

 

Konsep muzik kumpulan ini mempunyai banyak gentre, termasuk K-Pop, dan Pop pada awal kemunculan mereka. Mereka juga terpengaruh oleh penyanyi veteran K-Pop BoA dan Britney Spears. Tetapi selepas debut di Jepun, mereka telah mengubah konsep muzik mereka menjadi lebih matang dengan menggunakan konsep Elektropop.

Ahli sunting

  • Taeyeon (태연) -- Tarikh lahir : 9 Mac 1989 - Kim Tae-Yeon (김태연)
  • Jessica (제시카) -- Tarikh lahir: 18 April 1989 - Jung Soo-Yeon (정수연)
  • Sunny (써니) -- Tarikh lahir: 15 Mei 1989 - Lee Soon-Kyu (이순규)
  • Tiffany (티파니) -- Tarikh lahir : 1 Ogos 1989 - Stephanie Hwang (스테파니 황) - Nama Korea: Hwang Mi-Young (황미영)
  • Hyoyeon (효연) -- Tarikh lahir : 22 September 1989 - Kim Hyo-Yeon (김효연)
  • Yuri (유리) -- Tarikh lahir : 5 Disember 1989 - Kwon Yu-Ri (권유리)
  • Sooyoung (수영) -- Tarikh lahir: 10 Februari 1990 - Choi Soo-Young (최수영)
  • Yoona (윤아) -- Tarikh lahir: 30 Mei 1990 - Im Yoon-Ah (임윤아)
  • Seohyun (서현) -- Tarikh lahir: 28 Jun 1991 - Seo Joo-Hyun(서주현)

Diskografi sunting

Diskografi bahasa Korea sunting

Album studio sunting

Album pakej semula sunting

Album mini sunting

Album rakaman langsung sunting

Single dan single digital sunting

Diskografi bahasa Jepun sunting

Album studio sunting

Album pakej semula sunting

Single sunting

Diskografi bahasa Inggeris sunting

Maxi-singles sunting

Album khas sunting

Single digital sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 윤아 '연기 오디션 200번, 자신감 있는 태도 중요' [Yoona '200 acting auditions, confident attitude is important'] (dalam bahasa Korea). Nate News. December 1, 2013. Dicapai pada November 18, 2014.
  2. ^ "Route 0 – profile" (dalam bahasa Jepun). R&C Japan Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2006.
  3. ^ Song Hye-jin (February 12, 2009). 데뷔 7년차 중견가수, '소녀시대' 멤버가 되다 [7 singers debut mid-year, 'Girls' Generation' ranked]. The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 26, 2015.
  4. ^ Kim Soe-jung (January 18, 2008). "Schools for stardom groom pop wannabes". JoongAng Ilbo. Dicapai pada February 26, 2015.
  5. ^ "Girls' Generation Making Its American Dream Come True". Billboard Korea. November 13, 2011. Dicapai pada February 26, 2015.
  6. ^ "소녀시대 써니 SM 이수만 친조카 '슈가 후속 그룹 멤버 될 뻔'". The Asia Economy Daily (dalam bahasa Korea). November 30, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2011. Dicapai pada June 15, 2010.

Pautan luar sunting