"Give Me Five!" (Jepun: GIVE ME FIVE!, Hepburn: "Bagi saya lima!") adalah album single utama ke-25 oleh gadis idola Jepun kumpulan AKB48. Ia adalah juga merupakan single bertemakan sakura kali ke-5 AKB48, dan single pertama mereka tahun 2012. Single ini telah dikeluarkan di Jepun pada 15 Februari 2012.

"GIVE ME FIVE!"
Kulit Depan Edisi Biasa Jenis A Give Me Five!
Single oleh AKB48
daripada album 1830m
Sisi B"Sweet & Bitter"
"New Ship" (Jenis A)
"Hitsujikai no Tabi" (Jenis B)
"Yungu ya Furoito no Baai" (Edisi Teater)
Dilancarkan pada15 Februari 2012 (2012-02-15) (Jepun)
Dirakamkan pada2012
FormatCD Single, Muat-turun digital
GenreJ-pop
SyarikatYou, Be Cool! / King Records
PenulisAkimoto Yasushi (lyrics)
PenerbitAkimoto Yasushi
Kronologi single AKB48
""Ue kara Mariko"
(2011)"
"GIVE ME FIVE!" ""Manatsu no Sounds Good!"
(2012)"
Kulit album single alternatif
Kulit Depan Edisi Terhad Jenis A
Kulit Depan Edisi Terhad Jenis A
Kulit Depan Edisi Biasa Jenis B
Kulit Depan Edisi Biasa Jenis B
Kulit Depan Edisi Terhad Jenis B
Kulit Depan Edisi Terhad Jenis B
Kulit Depan Edisi Teater
Kulit Depan Edisi Teater
Gambar promosi
Gambar promosi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Video muzik lagu GIVE ME FIVE! adalah selama 34 minit, videonya seperti gaya drama Jepun. Video ini diarahkan oleh Shigemichi Sugita, dan bintangi oleh ahli AKB48 seperti Maeda Atsuko, Oshima Yuko, Kashiwagi Yuki dan Takahashi Minami. Pelakon Jinnai Takanori juga bintang dalam video muzik.

GIVE ME FIVE! menjual sebanyak 1,287,217 salinan pada minggu pertama jualan, sekaligus menjadikan 12 single AKB48 kedudukan No.1 pada carta mingguan Oricon. Single ini juga telah mendapat tempat ke-2 dalam carta tahunan Oricon.

Dalam FNS Song Festival 2012 pada 5 Disember 2012, lagu GIVE ME FIVE! telah ubahsuai dalam "versi tarian", hanya bernyanyi dan menari sahaja, tidak perlu bermain alat muzik.


Pengeluaran sunting

CD single sunting

Single ini diedarkan oleh King Records dalam 3 jenis versi: Jenis A (Biasa / Terhad), Jenis B (Biasa / Terhad) dan Edisi Teater. Single ini juga sebahagian dalam album 1830m.

Give Me Five! sunting

GIVE ME FIVE! dinyanyikan oleh band yang dikenali sebagai Baby Blossom terdiri daripada 18 ahli terpilih dari AKB48 dan kumpulan kembar SKE48 dan NMB48.

Antara anggotanya ialah:

  • Maeda Atsuko - Gitar irama (Ketua band)
  • Oshima Yuko - Gitar bass
  • Takahashi Minami - Gitar utama
  • Yuki Kashiwagi - Dram
  • Watanabe Mayu- Piano elektrik
  • Kojima Haruna - Piano sintesis
  • Sashihara Rino dan Minegishi Minami - trombon
  • Matsui Rena dan Yokoyama Yui - trompet
  • Matsui Jurina - Gendang berdiri
  • Shinoda Mariko - Tamborin
  • Itano Tomomi - Penggoncang
  • Miyazawa Sae, Kitahara Rie, Takajo Aki, Kasai Tomomi dan Yamamoto Sayaka - Korus band.

Band ini ditubuhkan secara rahsia oleh AKB48 oleh Akimoto Yasushi pada 28 Ogos 2011. Pada yang 5 bulan sebelum revelasi yang rasmi band ini, dengan 18 anggota dilatih secara rahsia di antara jadual prestasi mereka. Daripada 18 anggota band, hanya tiga sebelum ini telah memainkan apa-apa alat muzik. Mereka itulah Oshima Yuko yang memainkan gitar bass semasa di bangku sekolah sekolah tinggi, Matsui Rena pernah bermain trompet dan Sashihara Rino mahir bermain trombon. Baby Blossom secara rasmi diturunkan kepada orang ramai semasa konsert "AKB48 Request Hour Set List Best 100 2012" diadakan pada 22 Januari 2012. Pada konsert itu, anggota yang terlibat lagu GIVE ME FIVE! muncul buat pertama kali.

Video sunting

Pada 27 Januari 2012, telah mengumumkan bahawa video muzik untuk lagu GIVE ME FIVE! sepanjang 34 minit dan video ini menyerupai gaya televisyen seperti drama Jepun. Video muzik yang diarahkan oleh pengarah Shigemichi Sugita, kerja-kerja yang pernah dilakukan termasuklah siri televisyen Kita no Kuni Kara dan filem Saigo no Chushingura. Video muzik bintangi oleh AKB48 sendiri iaitu Maeda Atsuko, Oshima Yuko, Kashiwagi Yuki, Takahashi Minami dan pelakon Jinnai Takanori. Penggambaran video muzik ini berlaku di sebuah sekolah tinggi yang terletak di Wilayah Saitama pada akhir November 2011.

Video muzik ini adalah mengisahkan kisah empat pelajar, yang mana semua datang dari latar belakang yang bermasalah. Maeda Atsuko memainkan peranan sebagai Ogata Atsuko, seorang gadis tinggal bersama bapanya di Tokyo selepas ibu bapanya bercerai dan bekerja di restoran untuk menangung bapanya yang sering mabuk. Oshima Yuko memainkan sebagai Osawa Yuko, seorang gadis yang bekerja di kelab pelancur secara senyap-senyap untuk menampung perbelanjaan rumah. Kashiwagi Yuki bintangi sebagai Kobayashi Yuki, seorang gadis yang senyap dan bermasalah mental disebabkan sering dibuli di sekolah. Takahashi Minami memainkan peranan sebagai Ichikawa Minami, gadis yang cepat panas baran dan tidak pernah boleh lakukuan dalam satu pekerjaan untuk masa panjang. Jinnai Takanori bintangi sebagai guru kelas mereka berempat itu. Mereka berempat memberi cadangan kepada guru mereka, membentuk satu band muzik bernama Baby Blossom. Bersama-sama, mereka berfikiran matang dan secara beransur-ansur menjadi keyakinan diri.

Video muzik termasuk dalam kedua-dua versi Jenis A dan Jenis-B single ini.

Sampel lagu sunting

Senarai lagu sunting

Jenis A sunting

CD
  1. GIVE ME FIVE! [5:02]
    (lirik: Akimoto Yasushi, komposer: Sasabuchi Daisuke, susunan: Nonaka “Masa” Yuuichi)
  2. Sweet & Bitter (スイート&ビター) - Selection 6 [4:16]
    (lirik: Akimoto Yasushi, komposer: Shibata Nao, susunan: Muto Seiji)
  3. NEW SHIP - Special GirlS A [4:49]
    (lirik: Akimoto Yasushi, komposer: Hira Ryusuke, susunan: Nonaka “Masa” Yuuichi)
  4. GIVE ME FIVE! (Off vocal ver.)
  5. Sweet & Bitter (Off vocal ver.)
  6. NEW SHIP (Off vocal ver.)
DVD
  1. GIVE ME FIVE! Music Video
  2. Sweet & Bitter Music Video
  3. NEW SHIP Music Video
  4. Making of GIVE ME FIVE!
  5. Utsukushii Mix Kouza (美しいMIX講座)

Jenis B sunting

CD
  1. GIVE ME FIVE!
  2. Sweet & Bitter" (スイート&ビター)
  3. Hitsujikai no Tabi (羊飼いの旅) - Special Girls B [5:18]
    (lirik: Akimoto Yasushi, komposer / susunan: YUMA)
  4. GIVE ME FIVE! (Off vocal ver.)
  5. Sweet & Bitter (Off vocal ver.)
  6. Hitsujikai no Tabi (Off vocal ver.)
DVD
  1. GIVE ME FIVE! Music Video
  2. Sweet & Bitter Music Video
  3. Hitsujikai no Tabi Music Video
  4. Making of GIVE ME FIVE!
  5. Utsukushii Overture & Encore Kouza (美しいoverture&アンコール講座)

Edisi Teater sunting

  1. GIVE ME FIVE!
  2. Sweet & Bitter (スイート&ビター)
  3. Yungu ya Furoito no Baai (ユングやフロイトの場合) - Special Girls C [4:29]
    (lirik: Akimoto Yasusuhi, komposer: Sakai Yasuo, susunan: Nonaka “Masa” Yuuichi)
  4. GIVE ME FIVE! (Off vocal ver.)
  5. Sweet & Bitter (Off vocal ver.)
  6. Yungu ya Furoito no Baai (Off vocal ver.)

Anggota yang terpilih sunting

"Give Me Five!" sunting

(Posisi tengah : Maeda Atsuko)

Nota: Ahli-ahli yang dipilih adalah sama dalam single ke-23 iaitu "Kaze wa Fuiteiru".

"Sweet & Bitter" sunting

Selection 6

"NEW SHIP" sunting

Special Girls A

(Posisi tengah: Matsui Jurina, Melody Nurramdhani Laksani)

"Hitsujikai no Tabi" sunting

Special Girls B

(Posisi tengah: Kashiwagi Yuki, Watanabe Mayu)

"Yungu ya Furoito no Baai" sunting

Special Girls C

Kedudukan Dalam Carta Oricon dan Jumlah Jualan sunting

Dikeluarkan Carta Single Oricon Kedudukan puncak Debut jualan (salinan) Jumlah jualan (salinan)
15 Februari 2012 Carta harian 1 966,529 1,436,519
Carta mingguan 1 1,287,217
Carta bulanan 1 1,391,163
Carta pertengahan tahun 2 1,434,398
Carta tahunan 2 1,436,519

Pautan Luar sunting