Goguryeo atau Koguryŏ (Hangul: 고구려; hanja: 高句麗) (37 SM – 668 M) merupakan salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea,[1][2][3][4] yang terletak di bahagian utara dan tengah Semenanjung Korea serta bahagian selatan dan tengah wilayah Manchuria. Kerajaan ini memainkan peranan yang aktif dalam pergelutan kuasa untuk mengawal kawasan semenanjung dan juga yang berkaitan dengan ketatanegaraan antara China (Dinasti Han) dan Jepun (Zaman Yamato).

Goguryeo (ݢوݢوريو)
고구려 (高句麗)
37 SM–668 M
Goguryeo ketika zaman kemuncaknya pada 476.
Goguryeo ketika zaman kemuncaknya pada 476.
Ibu negaraJolbon
(37 SM – 3 M)

Gungnae
(3–427)

Pyongyang
(427–668)
Bahasa yang umum digunakanGoguryeo (sama ada bahasa Korea Lama atau andaian bahasa Buyeo)
Agama
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kepawangan
KerajaanBeraja
Raja 
• 37 – 19 M
Dongmyeong
• 391 – 413
Gwanggaeto yang Agung
• 413 – 491
Jangsu
• 590 – 618
Yeongyang
Era SejarahPurba
• Penubuhan
37 SM
• Pengenalan kepada agama Buddha
372
391–413
598–614
645–668
• Kejatuhan Pyongyang
668 M
Populasi
• 
3,500,000 (ketika zaman kejatuhannya pada 668 M)
Didahului oleh
Diganti oleh
Buyeo
Balhae
Silla
Sekarang sebahagian dari Korea Utara
 Korea Selatan
 Republik Rakyat China
 Rusia

Dalam catatan Samguk Sagi (삼국사기; 三國史記), menunjukkan bahawa Goguryeo diasaskan oleh putera Jumong, seorang putera dari Buyeo pada 37 SM, walaupun terdapat bukti arkeologi dan berteks daripada monograf geografi Cina yang mencadangkan Goguryeo mungkin telah wujud sejak abad ke-2 SM iaitu ketika zaman kejatuhan Gojoseon, kerajaan sebelum ini yang juga menduduki selatan Manchuria dan utara Korea.

Goguryeo ketika zaman pengembangan kuasanya adalah suatu wangsa utama di Asia Timur sebelum ia dikalahkan oleh perikatan SillaTang pada 668 M. Selepas kejatuhannya, wilayah Goguryeo dibahagikan kepada kepada kerajaan Silla Bersatu, Balhae dan Tang.

Sejarah sunting

Pengasasan kerajaan sunting

 
Tiga Kerajaan Lama, c. 1 M.

Menurut catatan Samguk Sagi dan Samguk Yusa, seorang putera dari Buyeo, bernama Jumong melarikan diri selepas berlaku perebutan kuasa dengan putera–putera lain dalam kerajaan Buyeo[5] dan mengasaskan kerajaan Goguryeo pada 37 SM di dalam kawasan yang dikenali sebagai Jolbon, di mana ia dianggap terletak di lembangan sungai T'ung-chia dan Yalu tengah, yang menindih sempadan di antara China–Korea Utara pada hari ini. Sesetengah sarjana percaya bahawa Goguryeo mungkin telah diasaskan pada abad ke-2 SM.[6] Di dalam monograf ilmu alam Han Shu, perkataan 'Goguryeo' (高句麗) pertama kali disebut pada 113 SM sebagai kawasan di bawah pemerintahan daerah Xuantu.[7] Dalam Buku Lama Tang (945 M), adalah direkodkan bahawa Maharaja Taizong merujuk sejarah Goguryeo berusia 900 tahun.

Pada 75 SM, sekumpulan puak Yemaek (puak proto Goguryeo), yang mungkin berasal dari Goguryeo membuat serangan ke atas daerah Xuantu di barat lembah sungai Amnok.

Rujukan sunting

  1. ^ "Koguryo". Encylopaedia Britannica. Dicapai pada 15 Oktober 2013.
  2. ^ "고구려 : 두산백과" (dalam bahasa Korea). Ensiklopedia Doosan. Dicapai pada 17 Februari 2015.
  3. ^ "Complex of Koguryo Tombs". Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 24 Oktober 2013.
  4. ^ Byeon 1999.
  5. ^ Mark E. Byington (2003). A History of the Puyo State, its History and Legacy. PhD dissertation for the department of East Asian History, Universiti Harvard. m/s. 234.
  6. ^ 'Daniel Kane, postdoctoral student, Korean History Department, Universiti Hawaii, personal web site http://www2.hawaii.edu/~dkane/Puyo.htm
  7. ^ Christopher I. Beckwith (2004). Koguryo, The Language Of Japan's Continental Relatives. Brill Academic Publishers. m/s. 33.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting