Kauki [1] atau koki (Bahasa Cina: 枸杞Pinyin Mandarin: gǒuqǐJyutping: gau2 gei2; Pe̍h-ōe-jī: kó͘-kí diinggeriskan kepada goji) adalah pokok-pokok spesis Lycium barbarum atau chinense[1] berkait rapat menghasilkan buah berupa beri, deduanya dalam keluarga Solanaceae yang bertaburan di Asia.[2] Kedua-dua spesies ini dapat dibezakan oleh perbezaan rasa dan kandungan gula buah dihasilkan.[3]

Buah koki Lycium chinense masak di atas pokok

Pucuk daunnya digemari dalam sup atau digoreng kacau.[1] Buah kauki diterapkan tidak sahaja dalam masakan-masakan Asia Timur malah dalam perubatan tradisi baik dalam kalangan masyarakat Cina, Korea, Vietnam, dan Jepun, sejak sekurang-kurangnya abad ke-3 Masihi.[3][4] Buah ini dimasyhurkan di dunia Barat sejak awal abad ke-21 melalui bentuk keringnya yang dipasarkan sebagai makanan kesihatan melalui dakwaan manfaat tidak disokong secara saintifik[5][6][7][8][9][10] sehinggakan dimasukkan dalam banyak makanan ringan dan penokok baik yang kering dan segar.[11]

Khasiat sunting

Komposisi buah, biji, akar, dan bahagian lain tumbuhan ini telah dianalisis secara terperinci secara in vitro dan in vivo.[12] Walau bagaimanapun, belum ada keberkesanan klinikal terhadap ekstrak yang dapat dibuktikan setakat 2018.[5][13][7]

Penanaman sunting

Buah kauki paling sering didagangkan dalam bentuk keringnya.

Saat matang, beri merah dan lonjong menjadi lembut dan harus dipetik dengan hati-hati atau digoncang dari pohonnya ke dalam nampan untuk menghindari pembusukan. Buah-buah ini dikeringkan di bawah sinar matahari penuh agar diawet, pengeringan ini dilakukan pada bekas terbuka atau secara penyahidratan mekanik yang ditingkatkan suhu pemanasan ia selama 48 jam.[10] Air seduhnya diminum untuk merawat mati pucuk, sakit kepala, sakit belakang dan kencing manis.[1]

China sunting

China adalah pengeluar utama kauki di dunia, dengan jumlah eksport menghasilkan US$120 juta pada tahun 2004. Produksi ini berasal dari 82,000 hektar yang ditanam seluruh negara menghasilkan 95,000 tan buah secara keseluruhannya.[14] Kebanyakan hasil beri komersial (50,000 ton pada 2013, 45% dari jumlah hasil dituai seluruh China) berasal dari ladang-ladang kebun L. barbarum di Ningxia dan Xinjiang di bahagian barat laut berjumlah 200.000 hektar pada tahun 2005.[10] Pengkultivaran ia dipusatkan di Zhongning, Ningxia, di mana perkebunan kauki biasanya berkisar antara 40 dan 400 hektar (100–1000 hektar atau 500–6000 mu) di daerah tersebut.

Buah kauki Ningxia amat digunakan dalam perubatan tradisional[15] telah dibudidayakan di sepanjang dataran banjir subur Sungai Kuning selama lebih dari 700 tahun; penghasilan ini kadangkala dijolokkan secara komersial sebagai "berlian merah".[14][16] Wilayah ini telah mengembangkan suatu rangkaian industri yang terdiri dari petani, pengolah, pemasar, dan pakar kultivar kaukiberi untuk mempromosikan potensi komersial dan eksport beri ini.[15] Suatu festival tuaian dirayakan setiap bulan Ogos di provinsi ini pada awalnya diadakan di ibukota Ningxia, Yinchuan, tetapi beralih ke Zhongning sejak tahun 2000.[17]

Selain Ningxia, hasil komersial kauki turut didatangkan dari Mongolia Dalam, Qinghai, Gansu, Shaanxi, Shanxi, dan Hebei.

United Kingdom sunting

Beri spesies Lycium barbarum telah diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1730-an oleh Duke Argyll, tetapi tanaman itu sebagian besar digunakan untuk pagar dan perkebunan dekoratif.[18]

Penguasa Piawai Makanan British (FSA) awalnya menempatkan beri ini dalam senarai "makanan langka" (novel foods)[19] yang diserahkan kepada Parlimen dan Majlis Eropah untuk memasarkannya. Namun, pada 18 Jun 2007, FSA menyimpulkan bahawa didapati ada sejarah pemakanan buah yang signifikan sebelum 1997 lalu menunjukkan keselamatan buah tersebut; maka ia disingkirkan dari senarai daftar ini.[20]

Amerika Utara sunting

Petani-petani Kanada dan Amerika Syarikat mula menanam kauki dalam skala komersial pada dekad pertama abad ke-21 untuk memenuhi pasar berpotensi buah beri segar, jus, dan produk olahannya yang boleh diusahakan.[21][22]

Australia sunting

Australia turut mempunyai usaha menanam buah sendiri namun pasaran dalam negeri lebih mengimport sebahagian besar buah ini dari China kerana kos murah tenaga kerja sana serta pasaran terbesar dibandingkan dengan Australia.[23]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2003). Sayuran: Khasiat & Ubatan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. m/s. 48–9. ISBN 978-9676-113-900.
  2. ^ Flint, Harrison Leigh (1997). "Lycium barbarum". Landscape plants for eastern North America: exclusive of Florida and the immediate Gulf Coast. Chichester: John Wiley & Sons. m/s. 326. ISBN 978-0-471-59919-7.
  3. ^ a b Lee, HW; Kim, YH; Kim, YH; Lee, GH; Lee, MY (2014). "Discrimination of Lycium chinense and Lycium barbarum by taste pattern and betaine analysis". International Journal of Clinical and Experimental Medicine. 7 (8): 2053–9. ISSN 1940-5901. PMC 4161546. PMID 25232386.
  4. ^ Nobuo Kawahara, ed. (2011): "Comparative Studies on Pharmacopoeial Definitions, Requirements and Information for Crude Drugs among FHH Member Countries in 2007". Western Pacific Regional Forum for the Harmonization of Herbal Medicines (FHH). Online document, accessed on 2018-06-12.
  5. ^ a b Gross PM (2007). "Goji: what it is... and isn't". NewHope Network, Penton Media Inc.
  6. ^ "Goji Berries" (PDF). UK Food Standards Agency, Novel Foods, Additives and Supplements Division. June 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 November 2012. Dicapai pada 13 April 2013.
  7. ^ a b Dharmananda S (2007). "Lycium fruit: food and medicine". Institute for Traditional Medicine.
  8. ^ McNally A. Superfoods market set to double by 2011, NutraIngredients.com-Europe, October 8, 2007
  9. ^ Runestad T. Functional Ingredients market overview, Functional Ingredients, October 2007 Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine
  10. ^ a b c "Potential for saskatoon and goji berry production in the Great Lakes region" (PDF). Michigan State University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 November 2014. Dicapai pada 9 March 2014.
  11. ^ Baltazar A (January 2010). "Raising the Bar (on Chocolate)". Nutraceuticals World. Rodman Media. Dicapai pada 13 April 2013.
  12. ^ Potterat, O (2010). "Goji (Lycium barbarum and L. Chinense): Phytochemistry, pharmacology and safety in the perspective of traditional uses and recent popularity". Planta Medica. 76 (1): 7–19. doi:10.1055/s-0029-1186218. PMID 19844860.
  13. ^ NIH (January 2013). "Lycium". MedlinePlus. US National Institutes of Health. Dicapai pada 13 April 2013.
  14. ^ a b "Wolfberry festival to be held in Ningxia". China Daily. 2004-07-19. Dicapai pada 2015-02-05.
  15. ^ a b "China's First Provincial-level Wolfberry Association Established". People's Daily - English. 19 August 2001. Dicapai pada 2 March 2015.
  16. ^ "Harvest and trade for Chinese Wolfberry in Ningxia". China Daily USA. 28 October 2013. Dicapai pada 2 March 2015.
  17. ^ [1] Xinhua News Agency, Opening ceremonies of Ningxia wolfberry festival, August 3, 2005.
  18. ^ "Goji". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.
  19. ^ The Novel Foods and Novel Food Ingredients Regulations 1997
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fsa07 tidak disediakan
  21. ^ Boutin, N (30 Julai 2008). "Fairground family first to gamble on gojis". Woodstock Sentinel Review. Sun Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 14 April 2013.
  22. ^ Karp, D (5 Ogos 2009). "Goji taunts North American farmers". Los Angeles Times - Food. LA Times. Dicapai pada 14 April 2013.
  23. ^ Wainwright, Sofie (30 September 2015). "Hundreds of Australian farmers growing goji berries, but none selling yet". ABC Rural (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Ogos 2019.

Pautan luar sunting