Gordon Brown

Politician

James Gordon Brown merupakan Perdana Menteri ke-52 United Kingdom dari tahun 2007 hingga tahun 2010, Menteri Perkhidmatan Awam, Ahli Parlimen Kirkcaldy dan Cowdenbeath serta ketua Parti Buruh UK.


Gordon Brown

Potret rasmi, s. 2008
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
27 Jun 2007 – 11 Mei 2010
RajaElizabeth II
Didahului olehTony Blair
Digantikan olehDavid Cameron
Canselor Kewangan
Dalam jawatan
2 Mei 1997 – 28 Jun 2007
Perdana MenteriTony Blair
Didahului olehKenneth Clarke
Digantikan olehAlistair Darling
Anggota Parlimen
untuk Kirkcaldy dan Cowdenbeath
Dunfermline East (1983 – 2005)
Dalam jawatan
9 Jun 1983 – 7 Mei 2015
Butiran peribadi
LahirJames Gordon Brown
(1951-02-20) 20 Februari 1951 (umur 73)
Govan, Glasgow, Scotland, UK
KerakyatanBritish
Parti politikLabour
PasanganSarah Brown
Anak-anakJennifer Jane (meninggal dunia), John Macaulay dan James Fraser
Kediaman10 Downing Street (official)
North Queensferry (private)[1]
Alma materUniversiti Edinburgh
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAkademi
Pemberita
TandatanganFail:Gordon Brown signature.svg
Laman web rasmiGovernment Website

Sebelum menjadi Perdana Menteri, Brown menyandang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun (2 Mei 1997 hingga 27 Jun 2007), iaitu tempoh yang paling lama sejak jawatan tersebut dipegang oleh Nicholas Vansittart (1812 hingga 1823).

Pemilihan ke Parlimen dan pembangkang sunting

Gordon Brown diundi sebagai Ahli Parlimen Parti Buruh Dunfermline Timur pada 1983 dan menjadi jurucakap parti pembangkang bagi Perdagangan dan Industri pada 1985. Pada 1986, Brown menulis biografi ahli politik dari Parti Buruh Bebas (Independent Labour Party) James Meaxton sebagai tesis Ph.D.nya. Brown menjadi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bayangan dari 1987 hingga 1989 dan Setiasuaha Perdagangan dan Industri Bayangan sebelum menjadi Canselor Kewangan Bayangan pada 1992.

Selepas kematian ketua Parti Buruh John Smith pada 1994, Brown dijangka oleh ramai akan mengambil alih jawatan itu. Namun, Brown dikatakan telah membuat perjanjian rahsia engan Tony Blair di sebuah restoran di Islington, London. Blair menjanji akan memberi kebebasan kepada Brown mengawal dasar ekonomi Britain jika Brown tidak bersaing dengannya dalam pemilihan ketua Parti Buruh 1994. Sejak perjanjian itu, Blair dan Brown telah mengamalkan kerjasama yang rapat hinggalah 2007 walaupun dikatakan sering bertelingkah di belakang mata awam.

Sebagai Canselor Kewangan sunting

Kemenangan Parti Buruh dalam pilihanraya 1997 telah membawa kepada pelantikan Brown sebagai Canselor (Menteri) Kewangan Britain di bawah Perdana Menteri Blair. Tempoh perkhidmatannya yang panjang telah melihat pertumbuhan ekonomi yang bertahan yang paling lama dalam sejarah United Kingdom.

Sebagai Perdana Menteri sunting

Pada 27 Jun 2007, Blair meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 10 tahun memimpin Britain. Beliau digantikan oleh Gordon Brown.

Pada 6 Mei 2010, beliau kalah dalam Pilihan raya Britain 2010. Beliau mendapat reputasinya sebagai seorang yang tidak disukai kerana berimej kaku, panas baran, tidak sabar dan jarang tersenyum berbanding David Cameron dan Nick Clegg. Undi spontan selepas debat terbuka yang disiar secara langsung melalui televisyen mendapati Gordon Brown tewas.

'Isu Bigotgate' turut menyebabkan parti beliau tewas. Namun beliau menang di kawasanya di Kirkcaldy, Scotland.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau mengahwini Sarah Macaulay dalam sebuah majlis persendirian pada tahun 2000.[3]

Gordon mempunyai dua adik lelaki iaitu John Brown dan Andrew Brown, di mana Andrew merupakan seorang bekas wartawan serta juga suami Clare Rewcastle Brown.[4] Gordon turut menulis sebuah surat kepada akhbar The Independent yang menyokong kegiatan adik iparnya memperjuangkan perlindungan hutan-hutan Sarawak pada tahun 2011.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ MacLeod, Catherine (2007-08-14). "Brown to work from home". The Herald. Newsquest. Dicapai pada 2008-03-01.
  2. ^ Gordon Brown gagal pikat pengundi
  3. ^ "Gordon and Sarah wed at home". London: BBC News. 3 August 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2008. Dicapai pada 23 September 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Christopher Hope (May 8, 2009). "Who is Andrew Brown? Profile of Gordon Brown's brother". London: The Daily Telegraph. Dicapai pada May 10, 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ "Fight for the Borneo rainforest: Gordon Brown celebrates the role of journalist Clare Rewcastle". The Independent. London. 10 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2011. Dicapai pada 13 March 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting