Gorillaz ialah sebuah kumpulan muzik maya British diciptakan pada tahun 1998 oleh Damon Albarn, pemuzik dari kugiran Blur, dan Jamie Hewlett, seorang pelukis. Kumpulan ini diuruskan Albarn yang membezakan diri daripada gaya muzik Britpop kugiran Blur melalui penerapan pelbagai genre muzik termasuk hip hop dan muzik dunia;[1] Albarn menguruskan semua produksi lagu dimainkan bagi pihak kumpulan maya ini sambil ia diwakili empat watak yang dianimasikan iaitu Stuart "2-D" Pot, Murdoc Niccals, Noodle dan Russel Hobbs - keempat-empat mereka tampil dalam temubual, video muzik serta filem pendek lain.

Gorillaz
Persembahan langsung Gorillaz di Barclays Center New York pada Oktober 2018;
watak-watak maya Gorillaz tampil di skrin sambil anggota sebenarnya membuat muzik di depan
Latar belakang
Berasal dariWestbourne Grove, London, United Kingdom
Genre
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
gorillaz.com
AhliPugau:
Damon Albarn
Jamie Hewlett
Maya:
2-D
Murdoc Niccals
Russel Hobbs
Noodle
Bekas ahliMaya:
Paula Cracker
Del Tha Ghost Rapper
Cyborg Noodle
Ace

Sejarah sunting

Jamie Hewlett merupakan pengkarya siri cereka sains Tank Girl yang terbit dalam majalah Deadline. Pada tahun 1990, Graham Coxon, seorang gitaris yang juga peminat siri komik ini mengundang Hewlett menemubual rakan sekerja Coxon, Damon Albarn mengenai kugiran mereka berdua yang baharu sahaja ditubuhkan iaitu Blur;[2] dalam wawancara inilah Hewlett berkenalan dengan Albarn waima pada awalnya sering bertengkar.[2] Albarn dan Hewlett turut duduk serumah di Westbourne Grove, London pada tahun 1997.[3]

Idea suatu kumpulan muzik maya mula difikirkan Albarn dan Hewlett semasa mereka berdua menonton MTV.[4] Albarn turut mendapat ilham daripada fenomena boy band yang melonjak terkenal pada ketika ini lalu mahu melakukan perkara sama dengan pendekatan lebih menarik.[5] Projek ini diberi nama asal "Gorilla" dengan lagu pertama mereka "Ghost Train"[6] yang diterbitkan sebagai B-side single "Rock the House".

Keanggotaan sunting

Ahli langsung sunting

Ahli maya sunting

Ahli semasa
  • Murdoc Niccals – bass, mesin dram, vokal latar (1998–kini)[b]
  • 2-D – vokal utama, keyboard, melodika, gitar irama dan akustik, piano (1998–kini)
  • Russel Hobbs – dram, perkusi, vokal latar (1998–2006; 2012–kini); suara watak ini disumbang Remi Kabaka Jr.[7]
  • Noodle – gitar irama dan akustik,[perlu rujukan] keyboards, vokal latar (1998–2006; 2010–kini)
Bekas ahli
  • Paula Cracker – guitar irama (1998)
  • Cyborg Noodle – gitar irama dan akustik,[perlu rujukan] vokal latar (2008–10)
  • Ace – gitar bes (2018); watak ini dipinjam dari siri animasi The Powerpuff Girls[8] dengan kebenaran pencipta siri tersebut Craig McCracken.[9]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Nota sunting

  1. ^ Remi Kabaka Jr. became a music producer for the band in 2015 after several years providing the voice of Russel Hobbs and was listed as A&R producer alongside Albarn and Hewlett in the 2019 documentary Gorillaz: Reject False Icons.[7] He is also the creator of Gorillaz Sound System, project started in 2011.[perlu rujukan]
  2. ^ In 2018, Murdoc was in jail during the course of The Now Now.

Rujukan sunting

  1. ^ Wehner, Cyclone (April 2017). "Gorillaz – 'Humanz'". Music Feeds. Dicapai pada 19 November 2017.
  2. ^ a b Elliot, Paul (August 2001). "FEATURE: Damon and Jamie Interview. HEY HEY WE'RE THE MONKEYS!". Q. Dicapai pada 24 April 2017.
  3. ^ Heath, Chris (November 2007). "The 21 People Who Changed Music: Damon Albarn". Q: 87. Dicapai pada 24 April 2017.
  4. ^ Gaiman, Neil (July 2005). "Keeping It (Un)real". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2010. Dicapai pada 5 October 2008.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-13. Dicapai pada 2020-11-08.
  6. ^ Macnie, Jim (9 June 2005). "Gorillaz: Who Can It Be Now?". VH1. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2009. Dicapai pada 10 October 2007.
  7. ^ a b Hewlett, Denholm (24 December 2019). Gorillaz: Reject False Icons (Director's Cut) (Motion picture). YouTube: Gorillaz. Peritiwa berlaku pada 23:32. Dicapai pada 5 January 2020.
  8. ^ Staley, Brandon (31 Mei 2018). "The Gorillaz's New Band Member is a Powerpuff Girls Character". Comic Book Resources. Dicapai pada 19 Disember 2018.
  9. ^ Wawancara oleh Matt Everitt untuk BBC Radio 6 disiarkan pada tahun 2018

Pautan luar sunting