Grebe Alaotra (bahasa Inggeris: Alaotra Grebe; nama saintifik Tachybaptus rufolavatus) ialah salah satu spesies grebe yang endemik di Tasik Alaotra dan tasik sekitarnya di Madagaskar. Spesies ini terakhir dilihat (mungkin hibrid dengan Grebe Kecil) pada tahun 1985 dan telah disahkan pupus pada 2010.[2][3] Cuma satu gambar spesies ini yang diketahui wujud.[4]

Grebe Alaotra
Satu-satunya gambar Grebe Alaotra yang diketahui (kredit: Paul Thompson)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. rufolavatus
Nama binomial
Tachybaptus rufolavatus
(Delacour, 1932)

Grebe ini merupakan burung sepanjang kira-kira 10 inci (25 cm).[5] Kemampuannya untuk terbang dipercayai dijejaskan oleh sayapnya yang kecil.[4]

Kepupusan sunting

Spesies ini secara rasmi dinyatakan pupus pada tahun 2010, setelah kali terakhir ianya kelihatan pada tahun 1985.[2][3][4][6] Leon Bennun, pengarah badan organisasi konservasi BirdLife International menyatakan bahawa "tidak ada harapan yang masih tinggal bagi spesies ini (untuk terus wujud)," dan menyalahkan kejadian menyedihkan ini adalah hasil dari perbuatan manusia.[6]

Kepupusan ini membawa jumlah burung yang disahkan pupus sejak 1600 kepada 162. Kepupusan spesies burung yang disahkan sebelum ini ialah Merpati Liverpool (Caloenas maculata) pada 2008.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2008). Tachybaptus rufolavatus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 22 Februari 2010.
  2. ^ a b BirdLife International (2010) Species factsheet: Tachybaptus rufolavatus. Dimuat turun daripada http://www.birdlife.org pada 26 Mei 2010
  3. ^ a b BirdLife International (2010). Wetland aliens cause bird extinction. Dimuat turun pada 26 Mei 2010 daripada http://www.birdlife.org/news/news/2010/05/red-list-for-birds-2010.html
  4. ^ a b c d Walker, Matt (26 May 2010). "Bird conservation: Alaotra grebe confirmed extinct". BBC News. Dicapai pada 26 May 2010.
  5. ^ Endangered Wildlife and Plants of the World. Marshall Cavendish Corporation. 2001. m/s. 649. ISBN 0761471944.
  6. ^ a b Elliott, Valerie (26 May 2010). "Alaotra grebe declared extinct after struggle against carnivorous fish". The Times. Dicapai pada 26 May 2010.