Grehaun Inggeris

baka anjing
(Dilencongkan dari Greyhound)

Grehaun Inggeris, greyhound Inggeris,[a] atau hanya grehaun atau greyhound,[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan yang telah dibiakbakakan untuk coursing, perlumbaan grehaun, dan perburuan. Sejak peningkatan adopsi besar-besaran grehaun perlumbaan bersara, baka ini telah menyaksikan kebangkitan semula sebagai anjing peliharaan keluarga.

Grehaun Inggeris
Nama lainGreyhound Inggeris
Grehaun
Greyhound
Negara asalMeluas
Trait
Berat Jantan 27–40 kilogram (60–88 lb)[1]
Betina 25–34 kilogram (55–75 lb)[1]
Tinggi Jantan 71–76 sentimeter (28–30 in)
Betina 68–71 sentimeter (27–28 in)
Saiz perinduk 1–12 ekor anak anjing
Jangka hayat 10–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grehaun ditakrifkan sebagai jenis anjing pemburu penglihatan "berbentuk S", tinggi, berotot, dan berbulu licin dengan tungkai panjang dan kaki teguh. Grehaun ialah baka terpisah daripada anjing pemburu penglihatan berkaitan lain, seperti grehaun Itali.[2][3]

Gabungan tungkai panjang dan berkuasa, dada dalam, spina boleh lentur, dan tubuh langsing pada grehaun membolehkannya mencapai purat kelajuan perlumbaan yang melebihi 64 kilometer per jam (40 mph).[4][5][6] Grehaun perlumbaan mampu mencapai kelajuan penuh sekurang-kurangnya 21.3 m/s (77 km/j).[7][8][9]

Penampilan sunting

 
Seekor grehaun betina biru

Jantan biasanya setinggi 71–76 sentimeter (28–30 in) pada paras kelasa dan berukuran pada purata seberat 27–40 kilogram (60–88 lb). Betina cenderung untuk berukuran lebih kecil dengan ketinggian bahu dalam lingkungan 66–71 sentimeter (26–28 in) dan seberat dari 25–34 kilogram (55–75 lb), walaupun berat dapat lebih dan kurang daripada nilai purata ini.[1] Grehaun mempunyai bulu sangat pendek yang mudah dijaga. Terdapat hampir-hampir 30 bentuk warna beriktiraf, yang daripadanya variasi putih, brindle, perang kekuning-kuningan (sawo matang pucat hingga merah rusa gelap), hitam, merah, dan biru (kelabu) dapat muncul secara unik atau dalam gabungan.[10] Grehaun adalah dolikosefalik, dengan tengkorak yang agak panjang berbanding dengan lebarnya, dan muncung memanjang.[11]

Perangai sunting

 
Margaret Gorman dengan grehaun peliharaan beliau, "Long Goodie", pada April 1925

Grehaun hidup dengan paling bahagia sebagai anjing peliharaan dalam persekitaran senyap.[12][meragukan ] Ia paling sesuai dalam keluarga dengan anak-anak, selagi anak-anak diajar untuk melayan anjing berkenaan dengan betul dengan kesopanan dan kehormatan sewajarnya.[13] Grehaun mempunyai sifat sensitif dan arahan lemah lembut berkesan dengan paling baik sebagai kaedah pelatihan.[14]

Kadang-kadang, grehaun mungkin menyalak; walau bagaimanapun, ia pada umumnya bukan penyalak yang bermanfaat dalam persekitaran pinggir bandar dan ia biasanya ramah dengan orang asing seperti dengan keluarga sendiri.[15] Kajian Universiti Pennsylvania tahun 2008 mendapati bahawa grehaun ialah salah satu baka anjing paling tidak agresif terhadap orang asing, pemilik, dan anjing lain.[16]

Tinjauan terhadap mereka yang mengadopsi grehaun yang diselamatkan mendapati bahawa adopsi grehaun mempunyai kejayaan adopsi jangka pendek lebih tinggi berbanding dengan tempat perlindungan. Tinjauan juga mendapati bahawa paras hiperaktiviti laporan adalah lebih rendah daripada yang untuk anjing tempat perlindungan.[17]

Di Victoria, Australia, terdapat larangan ke atas grehaun perlumbaan yang tidak terkawal dan tanpa berongsong di ruang awam.[18] Ini hanya berlaku pada grehaun perlumbaan aktif. Mana-mana grehaun bersara atau yang digunakan untuk tujuan lain dikecualikan.[19]

Grehaun cenderung untuk menjadi mesra, gembira, dan mudah bergaul dengan orang dan kelihatan menikmati hubungan dengan manusia, malah sehingga mengikuti pemilik dari bilik ke bilik di rumah (sebagai anjing yang dikenali secara percakapan sebagai "anjing Velcro"). Haiwan kecil termasuk kucing mungkin menjadi sasaran tingkah laku dorongan mangsa oleh grehaun.[20]:58–60

Sukan sunting

Coursing sunting

 
"Gray-Hound" pada toreh kayu Inggeris 1658

Kegunaan utama grehaun asli bagi grehaun, di Kepulauan British dan di Benua Eropah, adalah dalam coursing rusa untuk daging dan sukan; kemudian, khususnya di Britain, ia mengkhusus dalam pertandingan coursing kelinci.[21] Sesetengah grehaun masih digunakan untuk coursing, walaupun sukan umpan buatan seperti lure coursing dan perlumbaan adalah jauh lebih lazim dan popular. Banyak pelari pecut 300 hingga 550 ela terkemuka mempunyai susur galur yang dapat dijejak kembali melalui bapa-bapa Ireland, dalam beberapa generasi pelumba yang memenangi acara seperti Irish Coursing Derby atau Piala Ireland.[22][23]

Perlumbaan sunting

Sehingga awal abad ke-20, grehaun pada dasarnya dibiakbakakan dan dilatih untuk perburuan dan coursing. Semasa tahun 1920-an, perlumbaan grehaun moden diperkenalkan ke Amerika Syarikat, ke England (1926), ke Ireland Utara (1927), ke Scotland (1927), dan ke Republik Ireland (1927).[24] Australia juga mempunyai budaya perlumbaan ketara.[25][26][27]

Di Amerika Syarikat, selain perlumbaan profesional, banyak grehaun menikmati kejayaan di trek perlumbaan amatur. Pertubuhan seperti Large Gazehound Racing Association (LGRA) dan National Oval Track Racing Association (NOTRA) menyediakan kesempatan untuk grehaun untuk bertanding.[28][29]

Pendamping sunting

Dari segi sejarah, grehaun, sejak kemunculan pertamanya sebagai jenis dan baka pemburu, menikmati suatu darjah spesifik bagi kemasyhuran dan takrif dalam kesusasteraan, heraldri, dan kesenian Barat sebagai pendamping dan pemburu paling elegan atau mulia dalam dunia anjing. Pada zaman moden, industri perlumbaan profesional, dengan sebilangan besar grehaun baka trek, serta program adopsi antarabangsa yang disasarkan ke arah penempatan anjing ke rumah baharu telah mentakrifkan baka ini semula sebagai anjing sukan yang membekalkan pendampingan ramah dalam persaraannya. Ini telah menjadi berleluasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana penutupan trek di Amerika Syarikat.[30][31][32] Di luar industri perlumbaan dan komuniti coursing, baka berdaftar The Kennel Club ini masih menjadi ikutan sederhana sebagai anjing pertunjukan dan anjing peliharaan.[perlu rujukan]

Kesihatan dan fisiologi sunting

Grehaun biasanya merupakan baka sihat dan berumur panjang dan penyakit keturunan adalah jarang. Sesetengah grehaun telah diketahui menghidap akalasia esofagus, volvulus pendilatan gastrik (yang juga dikenali sebagai kembung), dan osteosarkoma. Oleh sebab susuk tubuh langsing grehaun menjadikannya tidak sesuai untuk tidur di atas permukaan keras, pemilik kedua-dua grehaun perlumbaan dan pendamping pada umumnya menyediakan alas tidur lembut; tanpa alas tidur, grehaun terdedah kepada kudis kulit menyakitkan. Purata jangka hayat grehaun ialah 10 hingga 14 tahun.[33][34]

Seekor grhaun dalam fasa memanjang (atas) dan fasa mengecut bagi derapan gantungan berputar ganda

Kunci kepada kelajuan grehaun terdapat dalam binaan ringan namun berotot, jantung besar, peratusan tertinggi otot sentak pantas antara mana-mana baka,[35][36] derapan gantungan ganda, dan kebolehlenturan ekstrem bagi tulang belakangnya. "Derapan gantungan berputar ganda" memerihalkan lenggok lari terpantas bagi grehaun apabila keempat-empat tungkainya terangkat dari tanah dalam dua fasa, mengecut dan memanjang, semasa setiap langkah penuh.[37]

Oleh sebab fisiologi dan anatomi unik grehaun, doktor haiwan yang memahami isu yang berkaitan dengan baka ini pada umumnya diperlukan apabila anjing ini memerlukan rawatan, khususnya apabila anestesia diperlukan. Grehaun tidak dapat memetabolismekan anestesia berasaskan barbiturat dengan cara sama seperti baka lain kerana hatinya mempunyai jumlah lebih rendah bagi enzim pengoksidaan.[38] Grehaun menunjukkan kimia darah luar biasa,[39] yang dapat disalah baca oleh doktor haiwan yang tidak terbiasa dengan baka ini dan dapat mengakibatkan diagnosis tidak betul.[40]

Grehaun sangat peka terhadap racun serangga.[41] Ramai doktor haiwan tidak mengesyorkan penggunaan kolar pinjal atau semburan pinjal pada grehaun jika produk berkenaan berasaskan piretrin. Produk seperti Advantage, Frontline, Lufenuron, dan Amitraz adalah selamat untuk digunakan pada grehaun, walau bagaimanapun, dan sangat berkesan dalam pengawalan pinjal dan sengkenit.[42]

Grehaun mempunyai paras lebih tinggi bagi sel darah merah berbanding dengan baka lain. Memandangkan sel darah merah membawa oksigen ke otot, paras lebih tinggi ini membolehkan anjing tersebut memindahkan kuantiti lebih tinggi bagi oksigen dengan lebih cepat dari paru-paru ke otot.[43] Sebaliknya, grehaun mempunyai paras lebih rendah bagi platelet berbanding dengan baka lain.[44]

Perdarahan tertunda ikutan trauma atau pembedahan rutin adalah lebih lazim pada grehaun, dengan sebuah kajian yang melaporkan perdarahan ketara pada 26% grehaun selepas gonadektomi rutin,[45] berbanding dengan 0–2% pada baka anjing lain.[46] Ini kerap diistilahi sindrom fibrinolisis grehaun atau hiperfibrinolisis berkaitan dengan baka, iaitu apabila terdapat gangguan sistem fibrinolisis tanpa kekacauan sistem penggumpalan primer atau sekunder, dan juga tidak berkaitan dengan bilangan platelet.[46] Dalam sindrom ini, terdapat hemostasis cukup awal ikutan trauma atau tatacara pembedahan rutin, namun 36–48 jam kemudian tapak tersebut menjalani hiperfibrinolisis tidak wajar.[45] Ini mengakibatkan perdarahan tertunda yang dapat mengakibatkan morbiditi dan mortaliti ketara.[46] Kerja darah prapembedahan piawai tidak mengenal pasti yang berisiko[46] Ini berbeza daripada gangguan perdarahan lazim pada baka lain seperti penyakit von Willebrand, yang kurang lazim pada grehaun.[47] Walaupun data penyelidikan berkualiti tinggi kurang, keadaan ini dianggap dapat dicegah dan dirawat dengan memberikan ubat-ubatan antifibrinolisis seperti asid traneksamik melalui laluan mulut atau parenteral.[48][46] Penjagaan rapi dan pemberian produk darah juga mungkin diperlukan dalam kes parah.[46]

Grehaun tidak mempunyai lapis bulu bawah dan dengan itu kurang berkemungkinan untuk mencetuskan alahan anjing pada manusia (ia kadang-kadang salah dirujuk sebagai anjing "hipoalergenik"). Kekurangan lapis bulu bawah, yang ditambah dengan kekurangan umum lemak badan, juga menjadikan grehaun lebih rentan terhadap suhu ekstrem (panas dan sejuk); oleh sebab ini, ia mesti ditempatkan di ruangan dalaman.[49] Sesetengah grehaun rentan terhadap kematu pada tapak kaki; pelbagai kaedah digunakan untuk merawatnya.[50][51]

Sejarah sunting

 
Figura gangsa barang kali bagi seekor vertragus (anjing pemburu penglihatan), zaman Roman (50–270 Masihi)
 
Anjing pemburu penglihatan yang tidak bercawak dalam karya Paolo Uccello Perburuan Malam (Muzium Ashmole)

Asal usul sunting

"Asal usul sebenar grehaun tidak dipastikan, tetapi lukisan-lukisan penemuan dari tapak Çatalhöyük di Turki (6000 SM), penemuan anjing mirip grehaun di dalam sebuah jambangan pengebumian di bandar Fusa di Iran (4200 SM), atau dalam seni batu di Tassili (bertarikh pada 5000 SM – 2000 SM) menunjukkan bahawa grehaun sememangnya merupakan salah satu baka anjing tertua."[52]

Jasad rangka purba bagi seekor anjing yang dikenal pasti sebagai anjing berbentuk grehaun/saluki dikorek di Tell Brak di Syria moden dan bertarikh berusia hampir-hampir 4,000 tahun.[53][54] Anjing yang kelihatan serupa dengan saluki dan grehaun semakin banyak digambarkan pada makam-makam Mesir dari Kerajaan Pertengahan (2134 SM–1785 SM) dan selanjutnya.[55]

Kesusasteraan bersejarah oleh Arrianos tentang vertragus (daripada vertragus bahasa Latin, sepatah kata asal Celt),[56] anjing pemburu penglihatan tercatat pertama di Eropah dan kemungkinan pendahulu bagi grehaun, mencadangkan bahawa asal usulnya terletak pada orang Celt dari Eropah Timur atau Eurasia. Arkeozoologi sistematik di Britain yang dijalankan pada tahun 1974[57] menolak kewujudan jenis grehaun sebenar di Britain sebelum pendudukan Rom, yang selanjutnya disahkan pada tahun 2000.[58] Bukti bertulis daripada tempoh awal pendudukan Rom, lauh Vindolanda (No. 594), menunjukkan bahawa askar pendudukan dari Eropah Benua sama ada membawa sekali bersama dengan mereka di Utara England, atau pastinya mengenali, vertragus dan kegunaannya dalam perburuan.[59]

Semasa Zaman Pertengahan, grehaun hanya dapat dimiliki oleh pemerintah dan bangsawan, setelah lama dikaitkan dengan lambang heraldik bagi golongan pemerintah di England, di Perancis, dan di tanah-tanah Czech.[52]

Bukti arkeologi terawal yang didapati secara konklusif merupakan grehaun khususnya berada di kubu Chotěbuz di Republik Czech. Ini merangkumi tulang-temulang "grasil" jenis anjing pemburu penglihatan yang bertarikh dari abad ke-8 hingga abad ke-9 Masihi. Tulang-temulang ini memadani tulang-temulang "grehaun" setinggi 70 sentimeter (28 in) dan juga dibandingkan secara genetik dengan grehaun moden dan anjing pemburu penglihatan lain dan didapati hampir sepenuhnya serupa dengan baka grehaun moden dengan pengecualian empat pemotongan dan satu penggantian dalam jujukan-jujukan DNA yang ditafsirkan sebagai perbezaan yang barang kali timbul daripada 11 abad pembiakbakaan jenis anjing ini.[52]

Semua grehaun berpedigri moden diterbitkan daripada ternakan grehaun yang dicatatkan dan didaftarkan pertama kali dalam buku-buku pembaka peribadi pada abad ke-18, kemudian dalam buku pembaka awam pada abad ke-19, yang akhirnya didaftarkan dengan pihak berkuasa coursing, perlumbaan, dan kelab kenel di United Kingdom.[60] Dari segi sejarah, anjing pemburu penglihatan ini digunakan terutamanya untuk berburu di kawasan terbuka kerana kelajuan pengejara dan penglihatan tajam adalah penting.[perlu rujukan]

 
Ilustrasi kontemporari bagi Saint Guinefort, seekor grehaun yang disantokan oleh orang di rantau Dombes di Perancis pada sekitar abad ke-13

Etimologi sunting

Nama "greyhound" pada umumnya dipercayai berasal daripada grighund bahasa Inggeris Kuno. Hund ialah pendahulu "hound" ("anjing [pemburu]") moden, tetapi maksud bagi grig tidak dapat ditentukan, selain dalam rujukan kepada anjing dalam bahasa Inggeris Kuno dan bahasa Norse Kuno. Perkataan "hund" masih digunakan untuk anjing secara umum dalam bahasa Skandinavia kini. Asal usulnya kelihatannya tidak mempunyai sebarang akar bersama dengan perkataan moden "grey" ("kelabu")[61] untuk warna dan sememangnya grehaun terlihat dengan warna lapis bulu sangat pelbagai. Warna-warna lebih cerah, tanda-tanda mirip tompok dan putih muncul pada baka ini yang biasanya pernah berwarna kelabu.[62]

Grehaun ialah satu-satunya anjing yang disebut dengan namanya dalam Alkitab (Ibrani: זַרְזִיר מׇתְנַיִם, rumi: zarir mosna'im) dalam Amsal 30:29–31.Templat:Non-primary source needed Banyak versi, termasuk Jewish Publication Society dan Versi Raja James, menamakan greyhound sebagai salah satu daripada "tiga yang kelihatan gagah ketika berjalan". Walau bagaimanapun, sesetengah terjemahan lebih baharu bagi Alkitab, termasuk New International Version, telah mengubah ini kepada "ayam jantan" (strutting rooster), yang kelihatannya merupakan terjemahan alternatif. Walau bagaimanapun, terjemahan Alkitab Douay–Rheims daripada Vulgata bahasa Latin lewat abad ke-4 ke dalam bahasa Inggeris menterjemahkan istilah ini sebagai "ayam jantan" ("a cock").[perlu rujukan]Templat:Original research inline

Menurut Pokorny,[63] istilah bahasa Inggeris greyhound tidak memaksudkan "anjing [pemburu] kelabu", tetapi hanya "anjing elok". Perkataan berikutnya telah diterbitkan daripada akar Proto-Indo-Eropah *g'her- "bersinar, berkelipan": grey bahasa Inggeris, gris bahasa Jerman Hulu Kuno "kelabu, tua", griss bahasa Iceland Kuno "anak babi, babi", gryja bahasa Iceland Kuno "menjelang fajar", gryjandi bahasa Iceland Kuno "fajar", grian bahasa Ireland Kuno "matahari", zorja bahasa Slav Gereja Kuno "fajar, kecerahan". Pengertian umum perkataan-perkataan ini ialah "bersinar; cerah".[perlu rujukan]

Pada tahun 1928, pemenang pertama Best in Show dalam Crufts ialah grehaun milik pembiak baka/pemilik En. H. Whitley, Primley Sceptre.[64] Grehaun telah memenangi anugerah ini sebanyak tiga kali, yang paling terkini pada tahun 1956.[65]

Dari segi sejarah, grehaun Inggeris dikelompokkan: dua ekor untuk coursing, sebagai "pasangan", tiga ekor untuk perburuan, sebagai "leash", atau dikenali sebagai "couple and a half" ("sepasang setengah").[66]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: ݢريهاءون ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English greyhound
  2. ^ Jawi: ݢريهاءون; bahasa Inggeris: greyhound

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "2018 Oaks first round results". Greyhound Board of Great Britain (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Greyhound Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ "Greyhound Type - The Archtypical Sighthound". Greyhound Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ Gunnar von Boehn. "Shepparton (VIC) Track Records" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound-data.com. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  5. ^ Gunnar von Boehn. "Singleton (NSW) Track Records" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound-data.com. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  6. ^ Gunnar von Boehn. "Capalaba (QLD) Track Records" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound-data.com. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  7. ^ "thedogs - Richmond Straight 29 April 2023 Race 10". www.thedogs.com.au (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "thedogs - Richmond Straight". www.thedogs.com.au (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ Sharp, N.C. Craig.Animal athletes: a performance review (Inggeris) Veterinary Record Jil. 171 (4) 87–94 2012
  10. ^ "American Kennel Club – Breed Colors and Markings" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  11. ^ Schoenebeck, Jeffrey J; Ostrander, Elaine A (1 Februari 2013). "The Genetics of Canine Skull Shape Variation". Genetics (dalam bahasa Inggeris). 193 (2): 317–325. doi:10.1534/genetics.112.145284. ISSN 1943-2631. PMC 3567726. PMID 23396475.
  12. ^ Livinggood, Lee (2000). Retired Racing Greyhounds for Dummies (Inggeris), hlm. 31. IDG Books Worldwide, Inc., Foster City, California, Amerika Syarikat. ISBN 0-7645-5276-7
  13. ^ Livinggood 2000, hlm. 55–56
  14. ^ Livinggood, Lee (2000). Retired Racing Greyhounds for Dummies (Inggeris). IDG Books Worldwide, Inc., Foster City, California, Amerika Syarikat. ISBN 0-7645-5276-7
  15. ^ Branigan, Cynthia A. (1998). Adopting the Racing Greyhound (Inggeris), hlm. 17–18. Howell Book House, New York, Amerika Syarikat. ISBN 0-87605-193-X.
  16. ^ Duffy, Deborah L.; Hsu, Yuying; Serpell, James A. (2008). "Breed differences in canine aggression". Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). 114 (3–4): 441–460. doi:10.1016/j.applanim.2008.04.006.
  17. ^ "The Greyhound Adoption Program (GAP) in Australia and New Zealand: A survey of owners' experiences with their greyhounds one month after adoption" (Inggeris) Applied Animal Behaviour Science Elliott, 2010 jil. 124, keluaran 3–4. hlm. 121–135.
  18. ^ "DOMESTIC ANIMALS ACT 1994 – SECT 27 Restraint of greyhounds". www.austlii.edu.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
  19. ^ "Removal of muzzling requirements for pet greyhounds". Animal Welfare Victoria (dalam bahasa Inggeris). 6 Julai 2020. Dicapai pada 23 Mac 2024.
  20. ^ Livingood, Lee (4 April 2011). Retired Racing Greyhounds For Dummies (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. ISBN 978-1-118-05365-2.
  21. ^ Turberville, George (7 Oktober 2018). "Turbervile's Booke of hunting, 1576" (dalam bahasa Inggeris). [Oxford, United Kingdom] : Clarendon Press; New York, Amerika Syarikat : [Oxford University Press] – melalui Internet Archive.
  22. ^ Buku Pembaka Grehaun Ireland (Inggeris)
  23. ^ Gunnar von Boehn. "The Greyhound Breeding and Racing Database" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound-data.com. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  24. ^ Genders, Roy (1990). NGRC book of Greyhound Racing (dalam bahasa Inggeris). Pelham Books Ltd. ISBN 0-7207-1804-X.
  25. ^ "Greyhound racing" (dalam bahasa Inggeris). Animals Australia. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  26. ^ "Tribute to Chief Havoc -- Australian Greyhound Racing Association" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2015. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  27. ^ "Greyhound Racing in Australia | GREY2K USA Worldwide". www.grey2kusa.org (dalam bahasa Inggeris).
  28. ^ "Large Gazehound Racing Association" (dalam bahasa Inggeris). Lgra.org. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  29. ^ "National Oval Track Racing Association" (dalam bahasa Inggeris). Notra.org. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  30. ^ Flaim, Denise (2010) 'Forward Thinking', Sighthound Review (Inggeris), Jil. 1 Keluaran 1.
  31. ^ "As Dog Racetracks Close, Where Do All the Greyhounds Go?" (dalam bahasa Inggeris). BlogHer. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2011. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  32. ^ Madden, Raymond (2010) 'Imagining the greyhound: 'Racing' and 'rescue' narratives in a human and dog relationship' (Inggeris), Continuum, 24: 4, 503–515 .
  33. ^ "Summary results of the Purebred Dog Health Survey for Greyhounds" (PDF). The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association Scientific Committee. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 Jun 2014. Dicapai pada 11 Mac 2024. n=69, median 9 years 1 month
  34. ^ O’Neill, D. G.; Church, D. B.; McGreevy, P. D.; Thomson, P. C.; Brodbelt, D. C. (2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" (PDF). The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. PMID 24206631. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 31 Disember 2019. "n=88 median=10.8 IQR=8.1-12.0"
  35. ^ Snow, D.H. dan Harris R.C. "Thoroughbreds and Greyhounds: Biochemical Adaptations in Creatures of Nature and of Man" (Inggeris) Circulation, Respiration, and Metabolism Berlin, Jerman: Springer Verlag 1985
  36. ^ Snow, D.H. "The horse and dog, elite athletes – why and how?" (Inggeris) Proceedings of the Nutrition Society 44 267 1985
  37. ^ Curtis M Brown. Dog Locomotion and Gait Analysis (Inggeris). Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin 1986 ISBN 0-86667-061-0
  38. ^ Blythe, Linda, Gannon, James, Craig, A. Morrie, dan Fegan, Desmond P. (2007). Care of the Racing and Retired Greyhound (Inggeris), hlm. 416. American Greyhound Council, Inc., Kansas, Amerika Syarikat. ISBN 0-9641456-3-4.
  39. ^ Zaldívar-López, S.; Marín, L.M.; Iazbik, M.C.; Westendorf-Stingle, N.; Hensley, S.; Couto, C.G. (22 Disember 2011). "Clinical pathology of Greyhounds and other sighthounds". Veterinary Clinical Pathology / American Society for Veterinary Clinical Pathology (dalam bahasa Inggeris). 40 (4): 10.1111/j.1939–165X.2011.00360.x. doi:10.1111/j.1939-165X.2011.00360.x. PMC 3816276. PMID 22092909.
  40. ^ Veterinary Consultants Are Sighthounds Really Dogs? (Inggeris), 2017
  41. ^ Branigan, Cynthia A. (1998). Adopting the Racing Greyhound (Inggeris), hlm. 99–101. Howell Book House, New York, Amerika Syarikat. ISBN 0-87605-193-X.
  42. ^ Branigan, Cynthia A. (1998). Adopting the Racing Greyhound (Inggeris), hlm. 101–103. Howell Book House, New York, Amerika Syarikat. ISBN 0-87605-193-X.
  43. ^ Blythe, Linda, Gannon, James, Craig, A. Morrie, dan Fegan, Desmond P. (2007). Care of the Racing and Retired Greyhound (Inggeris), hlm. 82. American Greyhound Council, Inc., Kansas, Amerika Syarikat. ISBN 0-9641456-3-4.
  44. ^ "Making Sense of Blood Work in Greyhounds" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Mac 2009. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  45. ^ a b Lara-García, A.; Couto, C. G.; Iazbik, M. C.; Brooks, M. B. (Mei 2008). "Postoperative bleeding in retired racing greyhounds". Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). 22 (3): 525–533. doi:10.1111/j.1939-1676.2008.0088.x. ISSN 0891-6640. PMID 18466249.
  46. ^ a b c d e f Birkbeck, R.; Humm, K.; Cortellini, S. (November 2019). "A review of hyperfibrinolysis in cats and dogs". The Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 60 (11): 641–655. doi:10.1111/jsap.13068. ISSN 1748-5827. PMID 31608455. S2CID 204544250.
  47. ^ Zaldívar-López, S.; Marín, L. M.; Iazbik, M. C.; Westendorf-Stingle, N.; Hensley, S.; Couto, C. G. (Disember 2011). "Clinical pathology of Greyhounds and other sighthounds". Veterinary Clinical Pathology (dalam bahasa Inggeris). 40 (4): 414–425. doi:10.1111/j.1939-165X.2011.00360.x. ISSN 1939-165X. PMC 3816276. PMID 22092909.
  48. ^ Osekavage, Katie E.; Brainard, Benjamin M.; Lane, Selena L.; Almoslem, Mohammed; Arnold, Robert D.; Koenig, Amie (Oktober 2018). "Pharmacokinetics of tranexamic acid in healthy dogs and assessment of its antifibrinolytic properties in canine blood". American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). 79 (10): 1057–1063. doi:10.2460/ajvr.79.10.1057. ISSN 1943-5681. PMID 30256146. S2CID 52823458.
  49. ^ Blythe, Linda, Gannon, James, Craig, A. Morrie, dan Fegan, Desmond P. (2007). Care of the Racing and Retired Greyhound (Inggeris), hlm. 394. American Greyhound Council, Kansas, Amerika Syarikat. ISBN 0-9641456-3-4.
  50. ^ "Greyhound Health. Corns in Greyhounds". www.ngap.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  51. ^ "Vet Times CPD + Digital flexor tenotomy for treatment of corns in dogs". cpd.vettimes.co.uk (dalam bahasa Inggeris).
  52. ^ a b c SVOBODOVÁ, H., BARTOŠ, M., NÝVLTOVÁ FIŠÁKOVÁ, M., dan KOUŘIL, P., (2015). Genetic analysis of possibly the oldest greyhound remains within the territory of the Czech Republic as a proof of a local elite presence at Chotěbuz-Podobora hillfort in the 8th–9th century AD (Inggeris). SbNM B, 71, hlm. 17–24. [1]
  53. ^ Clutton-Brock, J., 1989. A dog and a donkey excavated at Tell Brak (Inggeris). Iraq, 51, hlm. 217–224.
  54. ^ Structured Deposition of Animal Remains in the Fertile Crescent during the Bronze Age (Inggeris), José Luis Ramos Soldado, Archaeopress, 2016, hlm. 12, ISBN 9781784912697
  55. ^ Allsen, Thomas T. (2006). The Royal Hunt in Eurasian History (dalam bahasa Inggeris). University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-3926-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2021. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  56. ^ Arrianos; Dansey, W. (1831). Arrian on coursing : the Cynegeticus of the younger Xenophon, translated from the Greek, with classical and practical annotations, and a brief sketch of the life and writings of the author. To which is added an appendix, containing some account of the Canes venatici of classical antiquity (dalam bahasa Inggeris). Bohne. m/s. 74.
  57. ^ Harcourt, R.A., 1974. The dog in prehistoric and early historic Britain (Inggeris). Journal of Archaeological Science, 1(2), hlm. 151–175.
  58. ^ Clark, K.M., 2000. Dogged persistence: the phenomenon of canine skeletal uniformity in British prehistory (Inggeris). BAR International Series, 889, hlm. 163–170.
  59. ^ Bowman, Alan K; Thomas, J David (2003). The Vindolanda writing-tablets (Tabulae Vindolandenses III) (Inggeris). British Museum Press. ISBN 978-0-7141-2249-6.
  60. ^ The Greyhound and the Hare: A history of the breed and the sport (Inggeris) Charles Blanning, The National Coursing Club, 2018
  61. ^ Richardson, Charles (1839). A New Dictionary of the English Language (dalam bahasa Inggeris). Universiti Oxford. m/s. 357.
  62. ^ admin (21 Jun 2020). "Greyhound". Native Breed.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  63. ^ Pokorny, Indogermanisches Woerterbuch (Jerman), hlm. 441–442.
  64. ^ "(No.584, pp19 & 121)" (dalam bahasa Inggeris).
  65. ^ "The winners from the past and present - Crufts". Crufts (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  66. ^ Turbervile's Booke of Hunting 1576 Clarendon Press 1908 hlm. 242

Bacaan lanjut sunting

  • "The Greyhound in 1864: ..." Walsh 1864 (Inggeris)
  • "The Greyhound, ..." Dalziel 1887 (Inggeris)
  • Of Greyhounds and of Their Nature (Inggeris), Bab XV: "The Master of Game", Edward dari York sekitar 1406
  • "The Greyhound" (Inggeris) Roger D. Williams, dalam The American Book of the Dog Penyunting George O. Shields. Chicago, Amerika Syarikat: Rand Mcnally, 1891
  • Greyhound Nation: A Coevolutionary History of England, 1200–1900 (Inggeris). Edmund Russell, Cambridge University Press, 2018. ISBN 978-0521762090
  • The Greyhound and the Hare: A History of the Breed and the Sport (Inggeris). Charles Blanning, The National Coursing Club, 2018.
  • Twenty Two Waterloo Cups 1981-2005 (Inggeris). Charles Blanning, Fullerton Press bersama-sama dengan National Coursing Club, 2022.
  • High speed galloping in the cheetah (Acinonyx jubatus) and the racing greyhound (Canis familiaris): spatio-temporal and kinetic characteristics (Inggeris). Hudson et al. Journal of Experimental Biology 215.14, 2012.[2] [pautan mati]

Pautan luar sunting