Gua Krubera (Bahasa Georgia: კრუბერის გამოქვაბული; atau Gua Voronya, kadang-kdang dieja sebagai Gua Voronja) adalah sebuah gua yang terdalam diketahui di Bumi. Gua ini terletak di Arabika Massif dari Gagrinsky Range di Caucasus Barat, dalam daerah Gagra di Abkhazia, sebuah wilayah yang memisahkan daripada Georgia.[1][note 1]

Gua Krubera (Gua Voronya)
Gua Krubera is located in Bumi
Gua Krubera
Gua Krubera (Bumi)
Lokasi gua
TempatGeorgia (negara) Abkhazia, Georgia
Kedalaman2,197 m (7,208 ka)
Panjang13.432 km (8.346 bt)
Ditemui1960
GeologiBatu kapur
Bil. pintu masuk1
TerjemahanGua Burung Gagak   (Rusia)

Perbezaan ketinggian pintu masuk gua dan titik terdalam diterokai adalah 2,197 ± 20 meter (7,208 ± 66 ka). Ia menjadi gua paling dalam terkenal di dunia pada tahun 2001 apabila ekspedisi daripada Persatuan Speleologikal Ukraine tiba di kedalaman 1,710 m (5,610 ka) yang melebihi kedalaman paling dalam gua yang dikenali sebelum ini, Lamprechtsofen, di Banjaran Austrian, dengan 80 m. Pada tahun 2004, buat pertama kalinya dalam sejarah ilmu pengetahuan gua, ekspedisi Persatuan Speleologikal Ukraine mencapai kedalaman yang lebih besar daripada 2000 m, dan meneroka gua sehingga −2,080 m (−6,824 ka). Penyelam Ukrain Gennadiy Samokhin memanjangkan lagi penerokaan kedalaman dengan melalui takungan sehingga 46 m dalam pada tahun 2007 dan sehingga 52 m pada tahun 2012, menetapkan rekod dunia berturut berjumlah masing-masing 2,191 m dan 2,197 m.[2][3] Krubera kekal sebagai hanya gua yang diketahui di Bumi lebih dalam daripada 2,000 meter.

Nota sunting

  1. ^ Status Abkhazia dipertikaikan. Negara ini menganggap dirinya untuk menjadi sebuah negara yang merdeka, tetapi perkara ini hanya diiktiraf oleh beberapa buah negara sahaja. Kerajaan Georgia dan kebanyakan negeri-negeri lain di dunia menganggap Abkhazia de jure sebahagian daripada wilayah Georgia. Dalam pembahagian rasmi Georgia ia adalah republik autonomi, di mana pemerintah duduk di pengasingan di Tbilisi.

Rujukan sunting

  1. ^ "Deepest Cave, Call of the Abyss - National Geographic Magazine" (VRML). National Geographic Magazine. Dicapai pada 2008. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "3D model of the Krubera (Voronja) Cave". Ukrainian Institute of Speleology and Karstology. Diarkibkan daripada yang asal (VRML) pada 2009-04-01. Dicapai pada 2009-04-04.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan