Gundam (Jepun: ガンダム, Hepburn: Gandamu) ialah satu metasiri anime yang menampilkan robot gergasi atau "mecha" yang dipanggil "mobile suit", dan direka oleh Sunrise.

Metasiri ini bermula dengan siri anime Mobile Suit Gundam yang mula disiarkan pada 7 April 1979. Dari situ, siri ini berkembang dengan pelbagai francais media yang merangkumi pelbagai media - OVA, novel, manga dan juga media lain. Cerita asal yang disiarkan pada tahun 1979 ini, telah dikembangkan dengan sambungan, pendahulu, kisah sampingan dan juga garis masa yang berlainan. Ini menjadikan Gundam sebagai satu metasiri.

Siri Gundam yang berlainan garis masa secara kasarnya tidak berkait antara satu sama lain, tetapi terdapat beberapa siri anime dan manga yang mengaitkan semua garis masa seperti dalam siri Turn A Gundam.[1]

Selain itu kemunculan model plastik Gundam atau Gunpla, telah menjadikan siri ini sebagai salah satu siri yang terkenal.

Umum sunting

Konsep sunting

Siri Gundam boleh dikatakan dibangunkan oleh pengarah animasi terkenal, Tomino Yoshiyuki. Siri turut melibatkan sekumpulan staf dari Sunrise yang digelar dengan nama samaran Yatate Hajime.

Semasa di peringkat konsep, siri ini bernama Freedom Fighter Gunboy (Gunboy) kerana pistol yang dilengkapi untuk mecha tersebut, dan sasaran penonton mereka adalah kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 18 tahun (shōnen). Yatate, kumpulan yang terlibat dalam produksi ini menggabungkan perkataan "gun (Jepun: ガン, Hepburn: gan)" dan "freedom (Jepun: フリーダム, Hepburn: Furīdamu)" menjadikannya "Gundom (Jepun: ガンダム, Hepburn: gandamu)". Tomino menukar tajuk kepada nama baru ini dengan menyatakan Gundam menandakan unit yang hebat, serta memegang pistol boleh menahan musuh seperti empangan hidroelektrik yang menahan air.

Kebanyakan Gundam adalah "kenderaan" yang besar, berkaki dua yang dikawal oleh pemandu manusia dari dalam kokpit. Kebanyakan "mobile suit" ini mempunyai kokpit di bahagian dada mesin dengan kamera terbina didalam bahagian "kepala" untuk menghantar imej ke kokpit dan tidak boleh bergerak mahupun berfikir dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, Psyco Gundam mempunyai kokpit di bahagian "kepala" dan Superior Gundam mempunyai kecerdasan buatan (artificial intelligence/AI) yang bernama A.L.I.C.E.

Plot Penceritaan sunting

Setiap siri dalam metasiri Gundam ini mempunyai latar cerita yang berlainan mengikut garis masa yang digunakan. Secara asasnya, robot-robot besar atau mecha yang dipanggil "mobile suit" yang muncul dalam siri ini ditonjolkan sebagai salah satu persenjataan sahaja. Disebabkan kelainan jalan cerita yang ditetapkan, siri ini berjaya mendapat peminat di luar golongan sasar dan mendapat tempat di hati penonton dewasa. Ini memberi kesan yang ketara dan dapat dilihat pada anime-anime robot yang keluar selepas siri ini.

Kebanyakan karya Gundam tidak menetapkan pihak baik mahupun baik, sebaliknya ia banyak menceritakan mengenai manusia yang berperang sesama sendiri.Seringkali watak utamanya adalah remaja yang terheret dalam kancah peperangan, menaiki mobile suit dan menyertai peperangan secara terpaksa. Selepas itu, watak utama akan diserapkan ke dalam tentera. Pihak lawan juga bukanlah lawan tunggal (seperti raksasa ataupun makhluk jahat seperti dalam anime lain) sebaliknya satu organisasi seperti negara atau tentera. Malah di pihak lawan juga terdapat kanak-kanak yang terheret ke dalam kancah peperangan seperti watak utama. Babak-babak ngeri peperangan seperti pembunuhan beramai-ramai dengan penjatuhan koloni dan gas beracun banyak dipaparkan dalam siri ini.

Kebanyakan dunia dalam Gundam, manusia telah tinggal di koloni-koloni angkasa lepas dengan Bumi mempunyai kuasa politik yang besar. Tetapi keamanan tidak dapat dikawal dan kekacauan telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang menghasilkan peperangan. Dalam Gundam, manusia tinggal dalam lingkungan orbit Bulan dan paling jauh adalah Planet Musytari.

Inovasi sunting

Gundam dikatakan telah menerajui anime "Real Robot" yang bermaksud anime mecha dengan elemen realistik.

Tidak seperti anime robot yang lain, Gundam cuba mendekati realiti dalam rekaan robot dan persenjataan dengan memaparkan kehabisan tenaga atau peluru dan juga kerosakan pada mesin membuatkan setiap mesin perlu diselenggara setiap masa. Teknologi yang ditampilkan juga adalah praktikal dan kebanyakannya menggunakan istilah sains angkasa yang sebenar (seperti koloni yang terletak di Titik Langrange) selain unsur-unsur fiksyen seperti zarah Minovsky.

Garis masa Universal Century mempunyai penceritaaan yang agak lengkap dengan menceritakan kepentingan membina senjata yang berupa robot untuk pertarungan jarak dekat dimana zarah Minovsky telah membuatkan senjata-senjata seperti peluru berpandu jarak jauh dan meriam laser kurang berkesan dan sistem amaran awal boleh dikatakan lumpuh. Selain itu, robot membuatkan pergerakan dalam graviti sifar lebih mudah dan juga sesuai semasa pembinaan di angkasa.

Era Kalendar sunting

Dalam kebanyakan siri dan juga siri terawal Gundam, berlaku dalam dunia fiksyen pada era kalendar "Universal Century" (UC). Walau bagaimanapun, siri Mobile Fighter G Gundam menggunakan era kalendar yang berlainan. Sejak itu, muncul beberapa era kalendar yang lain yang tidak ada kene-mengena dengan UC. Dengan menggunakan era kalendar selain UC, siri tersebut mempunyai tahap kebebasan kreativiti yang tinggi kerana tidak terikat dengan peristiwa dan sejarah dalam UC.

Peminat Gundam di Jepun menyifatkan Siri Gundam sebenar hanya berlaku dalam garis masa Universal Century. Selain itu, mereka memanggil gundam selain garis masa Universal Century sebagai "Gundam lain". Siri Gundam dalam Cosmic Era digelar sebagai Gundam versi abad ke-21 (merujuk pada Gundam pertama, Mobile Suit Gundam).

Peminat-peminat yang lama banyak menyukai Gundam dalam Universal Century, manakala Cosmic Era berjaya menarik peminat baru. Dikalangan peminat Gundam, peminat Cosmic Era boleh dikatakan peminat yang setahun jagung kerana kebanyakan peminat Cosmic Era hanya mengethui Gundam dalam Cosmic Era sahaja.

Universal Century sunting

Era kalendar yang dibuat untuk siri Gundam yang pertama Mobile Suit Gundam yang mula disiarkan pada tahun 1979. Majoriti siri Gundam menggunakan era kalendar ini. Siri-siri yang diletakkan dalam kalendar ini mempunyai peminat yang ramai dan menjadi petunjuk aras bagi peminat Gundam yang setia (die-hard fan).

Dalam UC, manusia mula tinggal di koloni-koloni angkasa lepas. Bagaimanapun, koloni-koloni ini menuntut kemerdekaan lalu meletus perang yang diberi nama Perang satu tahun (One Year War).

Future Century sunting

Satu-satunya siri gundam yang menggunakan era kalendar ini adalah Mobile Fighter G Gundam. Mobile Fighter G Gundam merupakan siri yang pertama menggunakan era kalendar yang berlainan.

Berlainan dengan UC, dalam Future Century (FC) peperangan dapat dielakkan dengan mengadakan satu pertandingan antara koloni bagi mendapatkan hak pemerintahan.

After Colony sunting

After Colony (AC) merupakan era kalendar kedua yang digunakan oleh New Mobile Report Gundam Wing.

AC bermula selepas manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas. Bagaimanapun,era pentadbiran dikawal sepenuhnya oleh wakil-wakil Bumi.

After War sunting

After War Gundam X memulakan penggunaan kalendar After War (AW).

AW bermula selepas berlakunya Perang Angkasa Lepas ke-7 yang menyaksikan Bumi hancur akibat kejatuhan koloni ke Bumi.

Correct Century sunting

Turn A Gundam menggunakan Correct Century (正歴 Seireki). Menurut Tomino Yoshiyuki, CC diletakkan di masa hadapan yang jauh dari garis masa-garis masa yang terdahulu.

Koloni Angkasa mempunyai kuasa yang besar dan lebih aggresif jika dibandingkan dengan FC. menurut Buku Panduan Rasmi Turn A, CC bermaksud Correct Century.

Cosmic Era sunting

Anime Mobile Suit Gundam Seed, Mobile Suit Gundam Seed Destiny dan Mobile Suit Gundam Seed Stargazer menggunakan era kalendar Cosmic Era (CE).

CE bermula selepas manusia mula tinggal di angkasa lepas.

===Anno Domini=== Mobile Suit Gundam 00]] menggunakan kalendar Anno Domini atau kalendar Masihi dan merupakan siri Gundam yang tidak menggunakan era kalendar fiksyen.

Advance Generation sunting

Advance Generation (AG) merupakan era kalendar terbaru dengan siri Gundam AGE.

Seperti CC, AG bermula setelah bertahun-tahun (mungkin beratus tahun) selepas manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas dan peperangan sudah tiada.

Lain-lain sunting

Siri-siri Gundam Build Fighter,Divers dan SD Gundam menggunakan era kalendar yang berlainan bagi memudahkan jalan cerita. Boleh dikatakan, SD Gundam tiada kene mengena dengan konsep Gundam yang asal.

Media sunting

Anime sunting

Nama Media Tahun Tarikh dalam siri
Mobile Suit Gundam Siri TV
Filem Kompilasi
1979-1980
1981-1981
2079-80 AD
(U.C. 0079-80)
Mobile Suit Zeta Gundam Siri TV
Filem Kompilasi
1985-1986
2005-2006
2087-88 AD
(U.C. 0087-88)
Mobile Suit Gundam ZZ Siri TV 1986–1987 2088-89 AD
(U.C. 0088-89)
Mobile Suit Gundam: Char's Counterattack Filem 1988 2093 AD
(U.C. 0093)
Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket OVA 1989 2079-80 AD
(U.C. 0079-80)
Super Deformed Gundam Filem
OVA
Siri TV
1988–1989, 1991, 1993
1988, 1990
1993
Tidak Diketahui
Mobile Suit Gundam 0083: Stardust Memory OVA
Filem Kompilasi
1991-1992
1992
2083 AD
(U.C. 0083)
Mobile Suit Gundam F91 Filem 1991 2123 AD
(U.C. 0123)
Mobile Suit Victory Gundam Siri TV 1993-1994 2153 AD
(U.C. 0153)
Mobile Fighter G Gundam Siri TV 1994–1995 F.C. 60
New Mobile Report Gundam Wing Siri TV
OVA Kompilasi
1995-1996
1996
2195 AD
(A.C.195)
Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team OVA
Filem Kompilasi
1996
1998
2079 AD
(U.C. 0079)
After War Gundam X TV series 1996 A.W. 0015
Gundam Wing: Endless Waltz OVA
Filem Kompilasi
1997
1998
2196 AD
(A.C.196)
Turn A Gundam Siri TV
Filem Kompilasi
1999-2000
2002
C.C. 2345
Gundam Neo Experience 0087: Green Divers Filem format khas 2001 2087 AD
(U.C. 0087)
Gundam Evolve Animasi pendek 2001–2005 Pelbagai
Mobile Suit Gundam Seed Siri TV, OVA
Kompilasi khas
HD Remaster
2002-2003
2004
2011-2012
CE 71
Superior Defender Gundam Force Siri TV 2003–2004 Neotopia
Mobile Suit Gundam MS IGLOO: The Hidden One Year War Filem 2004 2079 AD
(U.C. 0079)
Mobile Suit Gundam Seed Destiny Siri TV, OVA
Kompilasi khas
HD Remaster
2004-2005
2006-2007
2013-2014
CE 73
Mobile Suit Gundam MS IGLOO: Apocalypse 0079 OVA 2006 2079 AD
(U.C. 0079)
Mobile Suit Gundam Seed Stargazer ONA 2006 CE 73
Mobile Suit Gundam 00 Siri TV
Kompilasi khas
2007-2009
2009
2307-2312 AD
Mobile Suit Gundam MS IGLOO 2: The Gravity Front OVA 2009 2079 AD
(U.C. 0079)
Ring of Gundam Filem Format Khas 2009 Tidak Diketahui
Mobile Suit Gundam Unicorn OVA
Siri TV
2010-2014
2017
2096 AD
(U.C. 0096)
SD Gundam Sangokuden Brave Battle Warriors Filem
Siri TV
2010 Mirisha
Mobile Suit Gundam 00 The Movie: Awakening of the Trailblazer Filem 2010 2314 AD
Model Suit Gunpla Builders Beginning G OVA 2010 2010 AD
Gundam Build Fighters Siri TV 2013 2013 AD
Mobile Suit Gundam Age[2] Siri TV
OVA
2011-2012
2013
AG 101-201
AG 140-142
Gundam Build Fighters Try Siri TV 2014 2020 AD
Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans Siri TV 2015 Post Disaster 325
Mobile Suit Gundam: The Origin[3] OVA
Siri TV
2015 2079 AD
(U.C. 0079)
Gundam Build Divers ONA
Siri TV
2018 Tidak Diketahui

Super Deformed Gundam sunting

Super Deformed Gundam (SD Gundam) berasal dengan lukisan Yokoi Koji, seorang pelajar Sekolah Menengah Rendah dari Nagoya yang dihantar ke sebuah majalah keluaran Bandai pada tahun 1980-an. Lukisan tersebut menarik perhatian ketua editor lalu memujuk Yokoi Koji melukis untuk majalah tersebut.

Rekabentuk SD Gundam yang comel telah berjaya menambat hati peminat dan berkembang ke media lain seperti permainan video dan anime.

Aksi Langsung sunting

G-Saviour adalah satu-satunya telemovie aksi langsung dalam siri Gundam. Siri ini berlatarkan tahun U.C. 0223.

Permainan Video sunting

Disebabkan siri ini amat popular, banyak permainan video berdasarkan siri ini telah dibuat dan mempunyai watak-watak tersendiri yang tidak terdapat dalam media lain. Seperti juga anime dalam siri Gundam yang lain, permainan video juga dikembangkan ke media lain seperti manga dan novel.

Novel dan Manga sunting

Siri Gundam juga mempunyai novel dan manga yang berbentuk huraian siri anime, terbitan turunan mahupun penceritaan semula. Manga Gundam Origin adalah salah satu manga yang menceritakan semula kejadian-kejadian semasa Perang Satu Tahun.

Gunpla sunting

Gunpla merupakan nama bagi model-model skala Siri Gundam. Hampir semua mecha didalam siri ini telah dimodelkan dengan versi-versi baru dikeluarkan dari masa ke masa selaras dengan perkembangan teknologi. Skala yang paling kecil ialah 1:144, manakala terbesar ialah 1:35. Gundam 1:1 telah didirikan di Tokyo pada tahun 2009 sebagai sokongan kepada Tokyo untuk menjadi host sukan Olimpik.

Gundam di Malaysia sunting

Gundam juga mempunyai ramai peminat di Malaysia. DVD siri-siri Gundam boleh didapati di pasaran tempatan dan beberapa siri Gundam seperti Mobile Suit Gundam Seed disiarkan di TV tempatan dengan versi alih suara.

Rujukan sunting

  1. ^ Turn A Gundam "Moon's Wind", Gundam Ace, 2006
  2. ^ "Level 5 to Help Create Gundam AGE Anime This Fall (Updated) - News". Anime News Network. 9 Jun 2011. Dicapai pada 14 November 2012.
  3. ^ "Gundam The Origin Manga to Launch Anime Project - News". Anime News Network. 22 Jun 2011. Dicapai pada 14 November 2012.


Pautan Luar sunting