Gundik bermaksud 'isteri tidak rasmi' atau 'perempuan simpanan' untuk golongan raja.[1] Hal ini disebut kegundikan atau pergundikan, dan sering berlaku akibat perbezaan status sosial, ras, dan agama. Selain itu, pergundikan terjadi kerana adanya larangan dalam masyarakat untuk memiliki lebih dari satu isteri.

Amalan memelihara selir atau harem merupakan salah satu bentuk pergundikan.

Amalan budaya sunting

Di tamadun China sunting

Dalam tamadun Cina kuno, seorang lelaki yang berjaya biasanya memiliki beberapa gundik kerana ia lebih dibolehkan berbanding mempunyai lebih dari seorang isteri.[2] Salah satu contoh ialah dokumen-dokumen yang sering mencatat bahawa Maharaja China mempunyai ribuan gundik. Perlakuan terhadap gundik-gundik sangat bergantung kepada status sosial lelaki empunya atau dari sikap si isteri. Kedudukan seorang gundik biasanya lebih rendah dari isteri lelaki tersebut. Seorang gundik dapat memiliki anak sebagai ahli waris, tetapi status sosial dari anak itu biasanya lebih rendah daripada anak "aslinya". Menurut beberapa sumber, gundik kadangkalanya terpaksa dikuburkan hidup-hidup sekiranya tuannya meninggal dunia untuk "menemaninya di kehidupan seterusnya".[3]

Meskipun para gundik pada masa Cina kuno mendapat banyak batasan-batasan, catatan sejarah dan persuratan kontemporari banyak menceritakan mengenai gundik yang mencapai kekuasaan dan pengaruh yang besar. Maharani Balu Cixi misalnya merupakan gundik yang melahirkan satu-satunya waris lelaki Maharaja Xianfeng, Maharaja Tongzhi. Baginda menjadi pemerintah de facto Dinasti Qing selepas kemangkatan suamninya selama 47 tahun.[4]

Gundik-gundik maharaja yang dipelihara dalam Kota Terlarang biasanya dijaga oleh sida-sida untuk meyakinkan khalayak bahawa para gundik tidak dapat diperanakkan oleh orang lain selain baginda sendiri.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Gundik di Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
  2. ^ Ebrey 2002:39.
  3. ^ a b "Concubines of Ancient China". Beijing Made Easy. Beijing Made Easy. 2012. Dicapai pada 13 Jun 2012.
  4. ^ Sterling Seagrave, Peggy Seagrave (1993). Dragon lady: the life and legend of the last empress of China. Vintage Books.