Gurun Namib adalah sebuah gurun di Namibia yang merupakan sebahagian dari Taman Negara Namib-Naukluft, salah satu taman negara yang terbesar di Afrika. Nama "Namib" berasal dari bahasa Nama. Gurun ini meliputi wilayah sekitar 50,000 km², merentangi 1,600 km (1,000 batu) sepanjang pesisir Lautan Atlantik di Namibia, yang mendapatkan namanya dari gurun ini. Luas barat-timurnya adalah dari 50-160 km (30 hingga 100 batu). Gurun Namib juga mencapai sebelah barat daya Angola.

Bukit Pasir 7, bukit pasir tertinggi di dunia (±. 383 m.), di Gurun Namib, Namibia.
Bukit pasir di Gurun Namib. Perhatikan bagaimana puncak bukit pasir bersatu dalam arah barat laut-tenggara. Puncaknya membentuk garis potongan ke angin formatif. Puncak bukit pasir itu berlaku sebagai penghambat, dan penghambat menyebabkan angin terserong secara ketara ke kanan, di hemisfera selatan, wujudnya reorientasi pada angin selatan seperti angin barat daya.

Daerah ini dianggap sebagai gurun tertua di dunia dan telah mengalami keadaan tandus atau separa tandus sekurang-kurangnya selama 80 juta tahun. Keadaan tandusnya disebabkan oleh turunnya air kering yang disejukkan oleh arus Benguela sepanjang pantai. Kurang dari 10 mm (0.4 inci) hujan turun di gurun ini setiap tahun sehingga hampir tandus.

Sejumlah spesies tanaman dan tumbuhan unik ditemukan di sini. Salah satunya adalah Welwitschia mirabilis, tanaman seperti semak belukar. Welwitschia terkenal kerana kemampuannya bertahan hidup dalam keadaan yang amat kering di Namib, terkadang mendapat embun dari pesisir.

Walaupun gurun ini tak berpenghuni dan tak terjangkau, ada penempatan di Sesriem, dekat Sossusvlei yang terkenal dan sekelompok besar bukit pasir, yang dengan tinggi 340 meter merupakan bukit pasir tertinggi di dunia. Kerumitan dan pola bukit pasir dalam lautan bukit pasir telah menarik perhatian para geologi selama puluhan tahun; namun tak dapat difahami dengan baik.

Interaksi antara udara berisi air dari laut angin selatan, dan udara yang kering dari gurun menyebabkan banyaknya kabus dan aliran kuat, menyebabkan para pelayar mudah tersesat dengan ancaman Skeleton Coast di utara, terkenal sebagai tempat bangkai kapal. Beberapa bahagian daripadanya boleh ditemui sekitar 50 meter di daratan, kerana gurun ini bergerak perlahan ke barat menuju laut.

Gurun Namib adalah tempat penting bagi perlombongan tungsten, garam dan berlian.

Perhubungan melalui pesawat kecil dari Windhoek (ibu negara Namibia, sekitar 480 km dari timur pusat gurun), Swakopmund dan Walvis Bay di utara gurun, atau melalui darat di jalan berbatu.

Rujukan sunting

  • National Geographic, January 1992, hal. 54-85.
  • "Dune Patterns, Namib Desert, Namibia". NASA Earth Observatory. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-30. Dicapai pada 5 Mei. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • Galeri foto Taman Namib Naukluft
  • Galeri foto Gurun Namib Diarkibkan 2007-03-26 di Wayback Machine