Gwageo (atau kwago) merupakan sejenis peperiksaan awam yang dijalankan ketika zaman-zaman dinasti Goryeo dan Joseon di Korea. Peperiksaan ini menguji kebolehan mengarang tulisan - sama dari sastera sehingga karangan mengenai pengurusan negara - serta pengetahuan sastera klasik Cina. Subjek teknikal turut diberikan bagi memilih mereka yang pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti perubatan, perundangan dan sebagainya. Kesemua ini merupakan jalan utama kebanyakan rakyat untuk memasuki birokrasi kerajaan.

Gwageo
Hangul과거
Hanja科擧
Perumian Semakangwageo
McCune–Reischauerkwagŏ

Peperiksaan ini dihapuskan dalam Pembaharuan Gabo yang berlaku tahun 1894.[1] Walau bagaimanapun, semangat yang dibawa dalam pencapaian masyrakat sebegini masih diteruskan melalui peperiksaan tertentu untuk memasuki universiti dan melayakkan kakitangan pemerintah di Korea Selatan.

Bibliografi sunting

  • 변태섭 (Byeon Tae-seop) (1999). 韓國史通論 [Outline of Korean History] (dalam bahasa Korea) (ed. 20th printing, 4th). Seoul: 三英社 (Samyeongsa). ISBN 9788944591013.
  • Lee, Ki-baik (1984). A New History of Korea. Diterjemahkan oleh Wagner, Edward W. Seoul: 一潮閣 (Ilchokak Publishers). ISBN 9788933702048.
  • SNUERI (Seoul National University Educational Research Institute), penyunting (1997). 한국교육사 [Educational History of Korea] (dalam bahasa Korea). Seoul: 교육과학사 (Kyoyook Book Publishing Co.). ISBN 89-8287-130-6.

Rujukan sunting

  1. ^ Lee (1984), m/s. 291.