Hab atau (Hub) merupakan sebuah peranti yang terdapat dalam rangkaian komputer. Hab secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz. Ia mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ45 yang dikenali sebagai port. Setiap penyambung ini direka bentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted pair) melalui penyambung male RJ45.

Hab Ethernet 4 port

Hab digunakan dalam rangkaian ethernet yang menggunakan kabel jenis UTP. Hab adalah titik penyambungan di antara stesen dengan stesen dan di antara stesen dengan pelayan.

Kategori hab sunting

Terdapat dua kategori hab iaitu: