Habanero (/ˌhɑːbəˈnɛr/; Sebutan Sepanyol: [aβaˈneɾo]) adalah sejenis cili. Apabila digunakan dalam bahasa Inggeris, ia kadang-kadang dieja dan disebut habañero,[1] tilde ditambah sebagai hiperforeignisme mencontohi jalapeño. Habaneros yang belum matang berwarna hijau, dan berubah warna apabila matang. Warna biasa ialah oren dan merah, tetapi putih, coklat, kuning, dan merah jambu juga boleh didapati. Biasanya, cili habanero matang adalah 2–6 cm (0.8–2.4 in) panjang. Cili habanero adalah sangat pedas, diberi nilai 100,000-350,000 pada skala Scoville.[2]

Habanero
SpesiesCapsicum chinense
Kultivar'Habanero'
Habanero
KepedasanTerlampau pedas
Skala Scoville100,000–350,000 SHU

Nama sunting

Nama ini bermaksud "seseorang atau sesuatu dari La Habana, atau seperti yang dikenali dalam bahasa Melayu, Havana (fonetik "b" dan "v" boleh ditukar ganti dalam Bahasa Sepanyol). Kerana nama Sepanyol "La Habana" mengandungi "n" normal dan bukannya "ñ", nama lada mengandungi "n" juga.

Asal usul dan kegunaan semasa sunting

 
Sos pedas habanero dari Flor de Lirio, koperasi asli di Peto, Yucatán

Cili habanero berasal dari rantau Amazonas, dan dari sana ia disebarkan melalui Mexico.[3] Spesis habanero domestik, yang boleh dijejak tarikhnya pada usia 8,500 tahun, ditemui di sebuah tapak penggalian arkeologi di Peru.[4] Buah utuh habanero tanaman, dijumpai di dalam tahap sebelum seramik di Gua Guitarrero di kawasan tanah tinggi Peru, bertarikh 6500 SM.

Habanero kemudiannya dibawa utara ke Caribbean melalui Colombia. Setelah diketahui oleh orang Sepanyol, cili habanero dengan pantas disebarkan ke lain-lain kawasan iklim sederhana di dunia, ke tahap abad ke-18 apabila ahli taksonomi tersalah anggap China sebagai tempat asalnya dan memanggilnya Capsicum chinense ("lada Cina").[5][6][7]

Hari ini, pengeluar terbesar habanero ialah Semenanjung Yucatan Mexico.[8] Habanero merupakan sebahagian makanan Yucatecan. Cili habanero mengiringi kebanyakan hidangan di Yucatan, sama ada dalam bentuk utuh atau bentuk purée/salsa. Pengeluar moden yang lain termasuk Belize, Panama, Costa Rica, Colombia, Ecuador, dan bahagian-bahagian Amerika Syarikat, termasuk Texas, Idaho, dan California. Sementara Mexico adalah pengguna terbesar bahan pedas ini, rasa dan aromanya telah menjadi semakin popular di seluruh dunia.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Habanero". Merriam-Webster. Dicapai pada 2013-10-26.
  2. ^ "Chile Pepper Heat Scoville Scale". Homecooking.about.com. Dicapai pada 2013-04-14.
  3. ^ "El chile habanero de Yucatán. Origen y dispersión prehispánica del chile habanero". Ciencia y Desarrollo. May 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 2015-01-07.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  4. ^ "Habanero Chili Peppers". Hot Sauce Planet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-20. Dicapai pada 2014-03-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Bosland, P.W. (1996). J. Janick (penyunting). "Capsicums: Innovative Uses of an Ancient Crop". Progress in New Crops. Arlington, VA: ASHS Press: 479–487. Dicapai pada 2013-04-14.
  6. ^ "Bosland, "The History of the Chile Pepper"". Brooklyn Botanic Garden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-24. Dicapai pada 2014-12-12.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  7. ^ Eshbaugh, W.H. 1993. History and exploitation of a serendipitous new crop discovery. pp. 132–139. In: J. Janick and J.E. Simon (eds.), New crops. Wiley, New York as reproduced at "Uncle Steve's Hot Stuff"
  8. ^ "Profile of the Habanero Pepper". Whole Chile Pepper Magazine. July 1989. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-06. Dicapai pada 2013-04-14.

Pautan luar sunting

  • Aji Chombo peppers – photographic account of chilies grown in Fairfax, Virginia from seeds imported from Panama. Dale C. Clarke, 2003–04.