Habib Ali al-Jifri

Ulama Yang termuka,yang dihormati


Habib Ali Zain al-Abidin al-Jifri (Arab: الحبيب علي زين العابدين الجفري ; lahir 1971) ialah seorang ulama' dan sarjana Islam dari Hadhramaut, Yemen. Beliau mengamalkan mazhab fiqh Shafie, dan mazhab akidah Ashari.

Habib Ali al-Jufri
Kelahiran (1971-04-16) 16 April 1971 (umur 53)
Ibu bapaAbdul Rahman bin Ali Al-Jifri Marumah bint Hassan Al-Jifri

Latar Belakang sunting

Habib Ali al-Jifri dilahirkan sebelum fajar di kota Jeddah, Arab Saudi pada hari Jumaat, 16 April 1971 bersamaan dengan 20 Safar 1391H. Kedua ibu bapa beliau merupakan keturunan Rasulullah s.a.w. melalui susur galur cucu baginda Hussein bin Ali r.a.

Pendidikan sunting

Habib Ali al-Jifri mula mempelajari ilmu sejak daripada kecil lagi melalui guru pertama beliau, Safiah bint Alwi bin Hassan al-Jifri. Guru pertamanya tersebut merupakan moyang saudara beliau dari sebelah ibunya, Marumah bint Hassan al-Jifri. Gurunya itu juga mempengaruhi & menunjuk ajar Habib Ali dalam mengejar ilmu & kerohanian.

Di antara guru-guru beliau ialah :

  • Habib Abdul-Qadir Bin Ahmad al-Saqqaf
  • Habib Ahmad Mashhur Bin Taha Al-Haddad
  • Muhammad Bin Alawi al-Maliki al-Hasani
  • Al-Habib Attas al-Habshi
  • Habib Abu Bakr al-Mashhur al-Adani
  • Sheikh Muhammad Ba-Sheikh


Dari tahun 1991-1993, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Pengajian Islam, Sana'a, Yemen. Ketika inilah beliau mendapat peluang untuk mengambil ilmu secara langsung dari Habib Muhammad Bin Abdullah al-Hadaar, seorang ulama' muktabbar.

Kareer Profesional sunting


Pada tahun 2009, Habib Ali al-Jifri disenaraikan di tempat ke-37 di dalam 500 Muslim Berpengaruh di Dunia.

Perjalanan Dakwah sunting

Habib Ali al-Jifri telah menyebarkan dakwah & mengembangkan ilmu beliau di merata dunia. Bermula pada tahun 1991 di bandar & kampung di Yemen, selanjutnya pada tahun 1993 Habib Ali memulakan perjalan dakwah beliau ke seluruh pelosok dunia ; di antaranya:

  • Tanah Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Syria, Oman, Qatar, Kuwait, Lebanon, Libya, Mesir, Morocco, Mauritania, Kepulauan Comoros, dan Djibouti.
  • Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh, dan Sri Lanka.
  • Afrika: Kenya dan Tanzania
  • Eropah: UK, Jerman, Perancis, Belgium, Belanda, Ireland, Denmark, Bosnia & Herzegovina, and Turki.
  • Amerika: Perjalanan sulung beliau ialah pada tahun 1998. Manakala perjalan ke-2 pada 2001 serta perjalanan ke-3 pada tahun 2002 di mana Habib Ali turut melawat Kanada.

Rujukan sunting