Muhammad Mirzahady Amir atau lebih dikenali sebagai Hady Mirza (lahir 28 Januari 1980) merupakan seorang penyanyi lelaki Singapura.[1] Beliau ialah pemenang musim kedua Singapore Idol pada 25 September 2006 di Stadium Tertutup Singapura setelah berjaya memperoleh 70% daripada lebih kurang sejuta undian daripada penonton televisyen. Beliau juga ialah pemenang musim pertama Asian Idol pada 16 Disember 2007 di Jakarta, Indonesia dan telah menewaskan lima finalis yang lain dari Indonesia, India, Filipina, Vietnam dan Malaysia.[2]

Hady Mirza
Hady Mirza semasa persembahan untuk HapyHadys Fanclub.
Latar belakang
Nama lahirMuhammad Mirzahady Bin Amir
Kelahiran (1980-01-28) 28 Januari 1980 (umur 44)
Berasal dariSingapura
GenrePop, R&B, Soul
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2001–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Singapore
Hype Records Singapore
Rocketfuel Entertainment

Beliau turut dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (Musim 6) bersama dengan Naqiu Boboy.[3] Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan markah yang sama.[4][5] Beliau terkenal dengan suaranya yang lunak dan keperibadiannya yang mempersonakan.

Kehidupan awal sunting

Beliau merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai seorang kakak dalam keluarga yang berketurunan Bugis. Beliau berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari Politeknik Temasek.

Kerjaya sunting

Kerjaya muziknya bermula pada 2001.[6]

Album beliau yang pertama, yang bertajuk Hady Mirza, telah dikeluarkan di Singapura pada 13 November 2006 dan beliau menerima anugerah Platinum selepas 4 hari albumnya dikeluarkan disusuli dengan album kedua, Sang Pemimpi dan album ketiga yang merupakan album duet bersama Taufik Batisah, Kenangan Di Hari Raya.

Selepas lama menyepi, Hady membuat kemunculan semula didalam rancangan Gegar Vaganza musim 6[7] dan menjulang takhta Juara sekaligus berkongsi kejuaraan dengan vokalis Boboy, Naqiu. Selepas GegarVaganza, Hady mulai mendapat tawaran kerja seperti menjadi pengacara. Beliau pertama kali mengacarakan rancangan siaran langsung bersama Sherry Al Hadad dalam rancangan Dansa Dan Sing.[8] Beliau juga turut menyumbangkan suaranya untuk lagu tema rancangan tersebut.

Hady bersama 23 artis terkenal Singapura termasuk Ramli Sarip, Taufik Batisah, Sylvia Ratonel, Fauzie Laily dan beberapa lagi telah merakamkan semula lagu bertajuk "Hilang Gelap Terbitlah Terang" nyanyian asal Sweet Charity sebagai penghargaan untuk pasukan barisan hadapan yang memerangi pandemik COVID-19 di Singapura. Artis lain yang terlibat termasuk Sufi Rashid dan Sezairi Sezali.[9]

Hady juga telah dilamar oleh syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment dan bakal mengeluarkan lagu single terbaru, hasil karya komposer Indonesia, Ade Govinda.

Singapore Idol (musim 2) sunting

Minggu # Lagu Penyanyi Asal Keputusan
Top 28 Heaven Bryan Adams Top 12
Top 12 Rock DJ Robbie Williams Selamat
Top 11 Maria, Maria The Product G&B & Santana Selamat
Top 10 I've Got You Under My Skin Frank Sinatra Selamat
Top 9 Freedom! '90 George Michael Selamat
Top 8 You've Got A Friend Carole King Selamat
Top 7 You Give Love a Bad Name Bon Jovi Selamat
Top 6 Lagenda
Party Like This
Sheila Majid
V.E.& Ruffedge
Selamat
Top 5 I'll Make Love to You
Senorita
Boyz II Men
Justin Timberlake
Selamat
Top 4 Kiss
Faithfully
Prince
Journey
Selamat
Top 3 Got to Get You into My Life
Desperado
Earth, Wind and Fire
Eagles
Selamat
Akhir You Give Me Wings
Through the Fire
Freedom! '90
Winning Song
Chaka Khan
George Michael
Juara

Gegar Vaganza (musim 6) sunting

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Angkasa" Dirinya sendiri Ke-2
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Demi Cinta" Ezad Lazim Ke-2
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Ibu Kota Cinta" Def-Gab-C Ke-5
Minggu 4 Haa... Tepuk "Kisah Ku Inginkan" (duet Siti Sarah) Judika & Dato' Sri Siti Nurhaliza Ke-4
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Luluh" Khai Bahar Ke-6
Minggu 6 Melets (Meletop) "Cinta Luar Biasa" Andmesh Kamaleng Tempat Pertama
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Jatuh Bangun" Haqiem Rusli dan Aman RA Tempat Pertama
Minggu 8 Reset "Malaikat" Hazama Azmi Ke-3
Minggu 9 (Suku akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang' "Taman Rashidah Utama" Wings Ke-2
Minggu 10 (Separuh Akhir) Fabulous "All My Life" K-Ci & JoJo Tempat Pertama
"Takdir Tercipta" (duet Dia Fadila) Hafiz Suip & Adira
Minggu 11 (Akhir) Peluang Terakhir "Ku Bersuara" Ernie Zakri Juara
"Haa Tepok" (duet Naqiu Boboy) MeerFly ft. Kidd Santhe & MK K-Clique

Kehidupan peribadi sunting

Hady berkahwin dengan Nurjannah Abd Wahid pada 1 Mac 2014.[10] Bersama isterinya, beliau membahagikan masanya antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura.[11]

Beliau ialah cucu kepada pelakon veteran Osman Zailani.

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album duet sunting

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2020 Dansa Dan Sing Pengacara Astro Ria Bersama dengan Sherry Alhadad
Si Tanggang Pelakon GSC Bersama dengan Ruminah Sidek
Romantika Raya Artis Jemputan Astro Ria Bulan madu di Dubai bersama isteri, Nurjannah (6 Jun 2020)
Gegar Vaganza: Raya Level Lain Tetamu jemputan Ditemubual melalui video call Skype
Dansa dan Sing Raya Pengacara Bersama Sherry Alhadad
Sedapur Bersama Tok Ram Tetamu jemputan Astro Naura Dalam rancangan yang dikendalikan oleh Dato' Ramli M.S. (17 Disember 2020)
Gegar Vaganza 7 Penyanyi dan Juri Jemputan Astro Ria Menyanyi lagu pembukaan dan menjadi salah seorang juri jemputan yang bergelar Juara Gegar Vaganza di dalam konsert pertama
Penyanyi jemputan Menjadi rakan duet bagi peserta Linda Nanuwil di konsert final untuk lagu 'Terlanjur Cinta' nyanyian asal Rossa dan Pasha Ungu

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2006 Singapore Idol (Musim 2) Juara Menang
2007 Asian Idol (Musim 1) Juara Menang
Anugerah Planet Muzik 2007 Artis Singapura Paling Popular Menang
Lagu Singapura Paling Popular Menang
2008 Anugerah Planet Muzik 2008 Artis Singapura Paling Popular Menang
2011 Anugerah Planet Muzik 2011 Artis Singapura Paling Popular Menang
Lagu Singapura Paling Popular Menang
Lagu Serantau Paling Popular Menang
2012 Anugerah Planet Muzik 2012 Lagu Singapura Paling Popular Menang
Lagu Serantau Paling Popular Menang
2019 Gegar Vaganza (Musim 6) Juara Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (13 Januari 2020). Sedia cuba cabang seni lain Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 Oktober 2019). Impak ketara selepas sertai GV Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  3. ^ Ira Musfirah (30 November 2019). Hady Mirza mengaku tidak ada strategi untuk menang Gegar Vaganza Berita Harian Singapura. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  4. ^ Hady Mirza, Naqiu juara bersama GV6 Berita Harian (23 Disember 2019). Dicapai pada 23 Disember 2019.
  5. ^ Malavika Menon (24 Disember 2019). Hady Mirza is co-winner of Malaysian reality music show: 5 ups and downs over The Straits Times. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  6. ^ Eddino Abdul Hadi (31 Julai 2018). Hady Mirza's career from 2001 The Straits Times. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  7. ^ 2006 Singapore Idol winner Hady Mirza eyes comeback on Malaysian reality singing show Gegar Vaganza The Straits Times. 10 Oktober 2019. Dicapai pada 30 Disember 2019.
  8. ^ Norhayati Nordin (6 Januari 2020). 'Entah kenapa saya gemuruh sangat' - Hady Mirza Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  9. ^ Eddino Abdul Hadi (18 Mei 2020). Singers Ramli Sarip, Taufik Batisah and Hady Mirza and more in front-line workers The Straits Times. Dicapai pada 30 Disember 2020.
  10. ^ Singapore Idol Hady Mirza holds wedding reception for 2000 in Johor The Straits Times. 5 April 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014.
  11. ^ Isteri tulang belakang persembahan Hady Mirza Berita Harian Singapura. 10 Disember 2019. Dicapai pada 28 Disember 2019.

Pautan luar sunting