Hajime Sugiyama (Jepun: 杉山 元, Hepburn: Sugiyama Hajime / Sugiyama Gen, 1 Januari 1880 – 12 September 1945) adalah seorang Fil Marsyal yang berkhidmat dengan jayanya sebagai Ketua Turus Am Tentera Darat Imperial, dan menteri perang dalam Tentera Darat Imperial Jepun semasa Perang Dunia II antara tahun 1937 dan 1944. Selaku Menteri Perang pada tahun 1937, beliau merupakan salah seorang arkitek utama Peristiwa Jambatan Marco Polo atau perang China-Jepun kedua. Kemudian, selaku Ketua Turus Tentera Darat pada tahun 1940 dan , beliau adalah penganjur terpenting dalam memperluaskan empayar Jepun ke Asia Tenggara dan kemudian perang pencegahan terhadap Amerika Syarikat.


Hajime Sugiyama
杉山 元
Menteri Tentera Darat
Empayar Jepun
Dalam jawatan
9 Februari 1937 – 3 Jun 1938
RajaShōwa
Perdana Menteri
Didahului olehKōtarō Nakamura
Digantikan olehSeishirō Itagaki
Dalam jawatan
22 Julai 1944 – 7 April 1945
Perdana MenteriKuniaki Koiso
Didahului olehHideki Tojo
Digantikan olehKorechika Anami
Ketua Staf Am
Tentera Darat Imperial Jepun
Dalam jawatan
3 Oktober 1940 – 21 Februari 1944
RajaShōwa
Perdana Menteri
Didahului olehPutera Kan'in Kotohito
Digantikan olehHideki Tojo
Butiran peribadi
Lahir1 Januari 1880
Kokura, Wilayah Fukuoka, Jepun
Meninggal dunia12 September 1945(1945-09-12) (umur 65)
Tokyo, Jepun
AnugerahOrder of the Golden Kite, Order of the Rising Sun
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Empayar Jepun
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Empayar Jepun Tentera Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1901–1945
Pangkat Marsyal Jeneral
PerkhidmatanDivisyen Ke-12
Tentera Darat Kawasan China Utara
Tentera Darat Umum Pertama
PertempuranPerang Jepun-Rusia

Perang China-Jepun Kedua

Perang Dunia II

Biografi sunting

 
Sugiyama pada 1944

Dilahirkan pada keluarga samurai daripada Kokura (kini sebahagian dari Bandaraya Kitakyushu), Wilayah Fukuoka, Sugiyama telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam infantri pada tahun 1901 selepas tamat pengajian dari kelas ke-12 Akademi Tentera Darat Imperial Jepun, dan berkhidmat didalam Perang Jepun-Rusia.[1]

Selepas tamat pengajian dari kelas ke-22 Maktab Turus Tentera Darat pada tahun 1910 dan berkhidmat didalam Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun, Sugiyama telah ditugaskan sebagai atase tentera ke Filipina dan Singapura pada tahun 1912. Dinaikkan pangkat ke Mejar pada tahun 1913, beliau telah ditugaskan sekali lagi sebagai atase tentera ke India British pada tahun 1915. Pada masa ini, beliau juga melawat Jerman, dan telah berminat dengan penggunaan kapal terbang tempur dalam Perang Dunia I.

Sekembalinya beliau, Sugiyama telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel, dan menjadi komander Battalion Ke-2 Udara pada Disember 1918. Beliau merupakan penyokong kuat penerbangan tentera, dan selepas kenaikkan pangkatnya ke Kolonel pada tahun 1921, menjadi ketua pertama Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun pada tahun 1922.

Pada Mei 1925, Sugiyama menjadi Mejar Jeneral dan pemangku Timbalan Menteri Perang pada Jun 1930. Pada Ogos, beliau menjadi Timbalan Menteri Perang dan Leftenan Jeneral.[2]Beliau kembali memerintah Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun pada Mac 1933. Sugiyama telah mendapat kenaikkan pangkat ke jeneral penuh pada November 1936.

Kerjaya Politik sunting

Walaupun tidak pernah dipilih ke jawatan politik, Sugiyama dianggap sebagai ahli politik nasionalis. Beliau bermula dari puak Toseiha, diketuai oleh Kazushige Ugaki, bersama Koiso Kuniaki, Yoshijirō Umezu, Tetsuzan Nagata, dan Hideki Tōjō. Mereka menentang puak radikal Kodaha dibawah Sadao Araki. Kemudian kedua-dua puak bergabung dalam pergerakan Kumpulan Haluan Imperial, dan Sugiyama menjadi salah seorang pemimpin ideologinya.

Perang China-Jepun Kedua sunting

 
Gambar berita Jepun 1 Jun 1943

Sejurus selepas Peristiwa 26 Februari, Sugiyama menjadi Menteri Perang. Dibawah tempoh perkhidmatannya, situasi antara tentera Jepun Manchukuo dan tentera China menjadi bertambah teruk, ditambah dengan Peristiwa Jambatan Marco Polo dan pencerobohan Wilayah Shanxi.

Sugiyama secara singkat menerima jawatan medan sebagai Panglima Tentera Darat Kawasan China Utara dan Ketumbukan Garison Mongolia pada Disember 1938.

Perang Dunia II sunting

 
Sugiyama pada 1943

Sekembalinya ke Jepun, Sugiyama secara singkat dilantik ketua Kuil Yasukuni pada tahun 1939. Pada 3 September 1940, beliau menggantikan Putera Kan'in Kotohito yang sudah berusia sebagai Ketua Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun. Beliau merupakan salah seorang pegawai utama tentera darat yang melobikan perang dengan pihak Barat. Walau bagaimanapun, pada 5 September 1941, ketika Jepun diambang perang dengan Amerika Syarikat dan Great Britain, beliau telah dimarahi dengan teruk oleh Majaraja Hirohito kerana membuat ramalan lebih awal tentang pencerobohan Jepun keatas China pada tahun 1937 akan selesai dalam masa tiga bulan, dan mencabar keyakinannya kemenangan pantas terhadap kuasa Barat.[3]

Sugiyama telah dianugerahkan pangkat kehormat Fil Marsyal pada 21 Jun 1943. Oleh kerana semua barisan perang tumbang, Sugiyama telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Turus Am pada 21 Februari 1944, oleh Jeneral Hideki Tōjō (yang masih terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri).

Sugiyama telah dilantik sebagai Inspektor Jeneral Latihan Tentera, yang mana masih merupakan salah satu jawatan paling berprestij dalam Tentera Darat. Selepas pemecatan Tōjō pada Julai 1944, Sugiyama sekali lagi menjadi Menteri Perang. Pada Julai 1945, beliau telah diminta mengambil alih pemerintahan Tentera Darat Umum Pertama, yang mengarah barisan pertahanan tanah besar Jepun menentang pencerobohan pihak Bersekutu yang bakal berlaku.[4]

Sepuluh hari selepas penyerahan kalah Jepun, ketika menyiapkan persediaan untuk pembubaran akhir Tentera Darat Imperial Jepun seperti yang ditentukan oleh Kuasa Bersekutu yang menang, Sugiyama membunuh diri dengan menembak dadanya sebanyak empat kali dengan revolver ketika berada didalam pejabatnya. Di rumah pula, isterinya juga membunuh diri.[5] Pusaranya terletak di Tanah Perkuburan Tama, di Fuchū, Tokyo.

 
Sugiyama (kiri barisan pertama), selaku Menteri Perang dalam kabinet Kuniaki Koiso (tiga dari kiri barisan depan), bersama Mitsumasa Yonai (kanan barisan depan)

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budge, The Pacific War Online Encyclopedia
  2. ^ Ammenthorp, The Generals of World War II
  3. ^ Bix, Hirohito and the Making of Modern Japan
  4. ^ Frank, Downfall The End of the Japanese Empire
  5. ^ Chen, WW2 Database

Buku sunting

  • Bix, Herbert P. (2001). Hirohito and the Making of Modern Japan . New York: Harper Perennial. ISBN 0-06-093130-2.
  • Dupuy, Trevor N. (1992). The Harper Encyclopedia of Military Biography. New York: HarperCollins Publishers Inc. ISBN 0-7858-0437-4.
  • Frank, Richard B. (1999). Downfall: the End of the Imperial Japanese Empire. Penguin, non-classics. ISBN 0-14-100146-1.
  • Fuller, Richard (1992). Shokan: Hirohito's Samurai. London: Arms and Armor. ISBN 1-85409-151-4.
  • Hayashi, Saburo; Cox, Alvin D (1959). Kogun: The Japanese Army in the Pacific War. Quantico, Virginia: The Marine Corps Association.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Kōtarō Nakamura
Menteri Tentera Darat
Feb 1937-Jun 1938
Diikuti oleh:
Seishirō Itagaki
Didahului oleh
Tōjō Hideki
Menteri Tentera Darat
Jul 1944-Apr 1945
Diikuti oleh:
Anami Korechika
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Tentera Darat Umum Pertama IJA
Apr 1945 – Sept 1945
Diikuti oleh:
Kenji Doihara
Didahului oleh
Otozō Yamada
Inspektor Jeneral Latihan Tentera
Jul 1944 – Nov 1944
Diikuti oleh:
Shunroku Hata
Didahului oleh
Putera Kan'in Kotohito
Ketua Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun
Okt 1940 – Feb 1944
Diikuti oleh:
Tōjō Hideki
Didahului oleh
Shigeru Hasunuma
Panglima Ketumbukan Garison Mongolia
Og 1939 – Sept 1939
Diikuti oleh:
Naozaburo Okabe
Didahului oleh
Hisaichi Terauchi
Panglima Tentera Darat Kawasan China Utara
Dis 1938 – Og 1939
Diikuti oleh:
Hayao Tada
Didahului oleh
Yoshikazu Nishi
Inspektor Jeneral Latihan Tentera
Og 1936 – Feb 1937
Diikuti oleh:
Hisaichi Terauchi