Dato' Hamidah Osman merupakan bekas ADUN kawasan Sungai Rapat, Ipoh, negeri Perak. Beliau mewakili UMNO sebuah parti komponen Barisan Nasional dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, bagi kawasan baru N.43 Sungai Rapat.

Yang Berbahagia Dato' Hajah

Hamidah Osman

DPCM (Perak); KMN
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia
Dalam jawatan
8 Mei 2019 – 10 Ogos 2022
Berkhidmat dengan
PresidenIbrahim Ali
Didahului olehPenyandang awal
Naib Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
3 November 2016 – 16 September 2017
Berkhidmat dengan
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMohd Rafiq Naizamohideen
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
2009–2013
Menteri BesarZambry Abdul Kadir
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Sungai Rapat
Dalam jawatan
2004 – 4 Mei 2013
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehRadzi Zainon
Butiran peribadi
Parti politik BN-UMNO (hingga 2015)
PH-PPBM (2016-2017)
PUTRA (2018-2022)
BEBAS (2022-Kini)

Beliau juga disegani oleh ramai pihak termasuk pemimpin UMNO sendiri kerana kerajinan dan kecekapan beliau menjalankan tugas[perlu rujukan] sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak,[1] tugas-tugas sebagai Ketua Wanita Bahagian, tugas sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Diarkibkan 2013-01-16 di Wayback Machine dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (MKT).

Kontroversi sunting

Dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Hamidah telah menimbulkan isu perkauman apabila membandingkan kredibiliti orang India dengan ular. Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang meminta pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali memohon maaf di atas ketelanjuran Hamidah Osman itu.[2] Dalam kejadian pada 27 Jun 2008, Hamidah bertanyakan kepada Speaker V. Sivakumar sama ada bersetuju atau tidak dengan analogi tersebut.

Pautan luar sunting

Hamidah Osman di Facebook

Rujukan sunting

  1. ^ "Single Mother's to make souvenirs for Visit Perak Year 2012". Visit Perak. 27 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-15. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ BN assemblyman slammed over racial slur thestar. 29/6/2008.