Hana Mae Lee

Pelakon wanita Amerika Syarikat

Hana Mae Lee (lahir 28 September 1988) ialah seorang pelakon, model dan pereka fesyen Korea Amerika.[1][2] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Lilly Onakuramara dalam siri filem Pitch Perfect (2012–2017). Beliau juga memiliki jenama fesyennya yang dikenali sebagai Hanamahn.[3]

Hana Mae Lee
Lee pada September 2013
Kelahiran (1988-09-28) 28 September 1988 (umur 35)
Pusat pendidikanKolej Kesenian dan Rekabentuk Otis (BFA, rekaan fesyen)
PekerjaanPelakon, model, pereka fesyen
Tahun aktif2006–kini
Terkenal keranaPitch Perfect

Biografi sunting

Lee, yang berketurunan Korea, dilahirkan di California Selatan, dan berkelulusan dari Kolej Kesenian dan Reka Bentuk Otis. Beliau berusia 16 tahun ketika memulakan kerjaya pemodelan. Lee telah muncul dalam kempen untuk Honda, Jeep, Apple Inc., Nokia, Sebastian, American Express, HP, Cherry Coke dan Midori. Beliau telah muncul dalam majalah TIME, SOMA, Elle, dan Teen Vogue.

Lee menghadiri Kolej Kesenian dan Reka Bentuk Otis di Los Angeles, California, dari mana beliau menerima BFA. Kemudian beliau merekabentuk untuk Harley-Davidson, Juicy Couture, dan Mossimo.

Pada 2011, Lee membuat kemunculan tetamu TV sulung dalam Mike & Molly, diikuti oleh kemunculannya dalam Workaholics. Beliau muncul sebagai Lilly Onakuramara dalam Pitch Perfect, di mana beliau dicalonkan di Anugerah Pilihan Remaja pada 2013.[2] Lee membawakan semula peranannya dalam Pitch Perfect 2 (2015) dan Pitch Perfect 3 (2017).

Lee berketurunan Korea Amerika.[4]

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2006 The Dog Problem Gadis di Kafe
2007 Hitler's Bowl Virginia Pendek
2007 Eli's Liquor Store Emma Lee Chung
2009 Johnny Raikou Jaden Adventure
2011 Workaholics Hannah 1 episod
2011 Mike & Molly Soo-Jin 1 episod
2011 It's a Match Alice Quinn Pendek
2012 Pitch Perfect Lilly Onakuramara Menang—MTV Movie Award for Best Musical Moment (berkongsi bersama pelakon)
2012–2014 Lips Endora 2 episod
2012 The Late Late Show with Craig Ferguson Dirinya sendiri 1 episod
2012 Made in Hollywood Dirinya sendiri
2013 Ryan Lochte's 'Pool Water' Pendek
2013 Teen Choice Awards Dirinya sendiri Dicalonkan—Scene Stealer
2013 Entertainment Tonight Dirinya sendiri 2 episod
2014 Marry Me Fantasia Yang Siri Televisyen
2014 Super Fun Night Frankie 3 episod
2014 Let's Get Digital Geneva Pendek
2014 Californication Me Suk Kok 1 episod
2015 Ur in Analysis Mara
2015 Resident Advisors PJ 1 episod
2015 Pitch Perfect 2 Lilly Onakuramara
2015 Jem and the Holograms Roxanne "Roxy" Pellegrino
2016 Coco Julie
2016 Unleashed Nina
2017 Patriot Numi 8 episod
2017 The Babysitter Sonya
2017 Love Beats Rhymes Julie
2017 Pitch Perfect 3 Lilly Onakuramara
2019 Abruptio Chelsea Difilemkan

Rujukan sunting

  1. ^ "Hana Mae Lee". Dicapai pada 28 March 2014.
  2. ^ a b Seno, David (30 September 2012). "Q&A with Hana Mae Lee of 'Pitch Perfect'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-31. Dicapai pada 28 March 2014.
  3. ^ Hanamahn homepage accessed 5/15/2015
  4. ^ "Pitch Perfect 3 Star Injured Her Vocal Chords Filming The Sequel". ScreenRant. 29 December 2017.

Pautan luar sunting